Malam ni secara tidak sengaja berlaku sesuatu di luar jangkaan aku. Sehingga mendorong aku bercerita satu dua perkara yg aku kira isu yang sedikit menyentuh perasaan. Tidak mengapalah, asalkan tidak menimbulkan kegusaran dan kepeningan di pihak tersebut. Siapa dia? Junior daku lah.hehe. entah cam ne laa blh terlepas. Bukan terlepas sebenarnya..secara tidak sengaja menyatakan yg hakiki. Bukan majaz lagi. Dan hakiki itu menimbulkan tanya, aku tidak mahu meninggalkn dia dalam tanda tanya. Aku bercitera secara ringkas. Tidak jua ringkas, agak pnjang. Semoga di simpan dengan baik.
~ yang abadi itu tersimpan dalam.. biar duri ku tegar untuk sayang.. tapi buat aku pergi ~
Aku cuba ntuk memberi yang terbaik. Tapi aku tidak mampu menjadi yang terbaik seperti dia lakukan yang terbaik buatku. Aku pening. Kadang2 menimbul gundah. Gusar apatah lagi. Sudah ku bicarakan aku tidak mungkin. Tapi tetap sabar menanti. Aku tersepit dalam kebaikan. Aku tidak ingin sakiti sesiapa lagi. Cukup berkali.. tidak ingin lagi..
Lama dah tak update blog. Terpanggil plak rasa nk update hari ni. Kadang2 masa tgh busy la aku suke buat byk keje. Kalau tgh free tu malas aje. Hiks..
2 hari lepas ( 20 mac 08 ), kami yg duk kat wilayah Rabat ade buat program sempena maulidur rasul. Perjalanan program menarik dan seronok. Paling seronok masa kuiz.. hehe. Aku rasa blog2 rabatians yang lain dah byk bercite pasal program ni. So aku ckp ringkas je la.. kumpulan aku menang dapat number 3. hahaha. MENANG di tempat KE-3 yer. Cam ne tak menang, dah ade 3 kumpulan aje. Hehehe. Suke suke suke ( gaya upin dan ipin beckp ) hihi..
Hari ni rasa penat sgt. Aku pun tatau kenapa. Tapi aku gagahkan diri jugak.. pagi ke kelas, selesai kelas lebih kurang jam 11, terus ke pasar raya beli barang dapur, balik umah je dah ramai tetamu kat umah. Adik2 kenitra. Seronok tgk ramai2 berkumpul. Trus masak2 ntuk tetamu kejap. Ade la dalam 8-9 org kot dorg sme. Pas bagi dorg mkn aku terbaring kat blik depan. Tanpa sedar terlelap smpai petng. Hiks.. bngun petng masak makan malam plak. Mmg tukang masak betul la hari ni.( ye la..kan hari sabtu mmg tugas aku masak.) hehe. Aku okey je nk kne masak2 tapi tatau nape hari ni cam penat sgt2. aku cam lemah je sejak 2-3 bulan ni. Minggu ni paling ketara kot. Apekah punca nye? Emm.. semoga tiada ape2 yg berlaku. Aku ingin jawapan. Aku belum bersedia untuk berjasad sahaja..
Esok ade program kat umah duta. Aku kene pegi awl. Tapi skng ni dah jam 12 lebih. Aku tak jugak tdo lagi. Hehe. Esok ade kursus jenazah n umrah. Aku jadi bendahari tuk program ni. Takde la byk keje sgt. Buat2 bajet aje. Tu jer pun. Paling aku kesian tgk unit2 yg bnyak bekerja dgn komp, kertas n printer. Hihi. Unit buku program n sijil, pastu unit pendaftaran. Unit perhubungan pun kesian gak. Kene byk berhubung sane sini. Tapi tak pe.. tiap unit tu ade kepayahn sendiri dalam menjalankan tugas. Jadi masing2 kene pandai handle masalah masing. Semoga berjaya!..
Tesis akhir aku dah siap smpai bab ke-2. baki tinggal lagi 1 bab. Doakan aku.
**tdo da.. tata..**
~ ku pndang hanya dari ufuk.. untuk dekat aku sesak. Untuk pergi aku kan mati. Akan kuterus berdiri di situ dan melihat dari ufuk.. ~
~ kau tiba bagaikan pelangi, tak bercahaya namun kau berseri tapi cukup menghiburkan hati ini~
Semacam di tarik dingin demam. aku tidak ingin rebah. tapi pilu itu menanggil aku. Membuat aku sejuk di kala panas. Membuat aku dingin si kala sejuk. Aku tidak pasti apa harus ku laku. Ingin membalas, tidak ingin aku di canang lagi menegak benang yang basah. Udahnya aku diam. Kerana hanya aku tahu urusan apa sudah aku buat. Aku tidak marah, tidak juga dendam. Tetapi sedikit mencuit kecewa hatiku. aku menjadi bisu. Membawa diri sendiri. Ingin tangisi..tetapi aku tidak mahu lemah. Aku kecewa. Terima kasih kerana ITU..untuk siapa terima kasih? aku jua tidak tahu gerangan itu. tetapi sudah cukup untuk aku menilai semulia mana gerangan itu..
Kenapa ada marah? Kenapa perlu masam muka? Kenapa mesti meninggikan suara? Moody? Kerana egokah tertegaknya semua ini. Tidakkan semua rasa ini blh di kawal? ( Emosi saya mmg begitu, tidak blh dikawal. Saya mmg seorng pemarah dan moody ) Bangga? Siapa kata tidak blh di kawal? kamu saja? Usah di kata marah itu tidak blh di kawal. Usah dibicara emosi itu semula jadi. Berubah pasti blh. Hendak seribu daya bukan?
Bila mata di buka dari lena, berapa ramaikah yang blh terus tersenyum. Sukarkah ntuk begitu? Kenapa pagi adalah waktu untuk berkasar bahasa dan dingin, sedang pagi adalah untuk memulakan rentak harian. Senyum dan lahirkan rasa ceria dalam hati. Kamu akan tenang. Jgn kusutkan perasaan dengan masam muka di pagi hari.
Punca marah? Punca beremosi? Kenapa snggup melepaskan kemarahan pada insan sekeliling sedang mereka jua punyai perasaan? Tidak hormati mereka kah? Hormat bukan? Tapi kenapa masih melayan sebegitu? hanya kerana ingin pamerkan karenah pemarah kamukah? melepas kan kemarah pada mereka? begitukan namanya kawan? sesuka hati di marah dan sesuka hati pula berbaik-baik kembali? tanpa rasa bersalah. lagaknya seperti mematungkan kawan itu.
Ingin menegur yang salah? Biar salah tapi kekalkan hemah. Siapa mahu tadah kan telinga dengan nasihat bernadakan perlian, marah, tengking, herdik, hina? Siapa mahu mendengar? Lakukan sebegitu agar lebih terkesan? Silap di situ. Kekerasan bukan nadi kehidupan.
Marah..hanya melonggarkan ukhuwwah, menambah musuh, menanam benci dan hasad dalam diri. Pertahankan ego? Memikir diri terhebat dan bagus? ‘ bajet best ‘ hiks.. mahukan insan lain mengiakan setiap apa yang di kata, mahukan insan lain menurut setiap yang di suruh. Mahukan diri berpuas hati. Tapi pernahkah kita memuaskan hati org? seperti menghambakan orang lain lagaknya.
Tidak akan ada marah jika hormati insan lain, tidak akan ada marah jika tidak meninggikan ego. Rendahkan ego, dan kamu mmpu untuk berbicara dengan penuh kasih sayang.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Teguran yang keras tidak akan mudah untuk melembutkan hati. Nama pun keras, mudahkah batu di mamah titisan air?
Tepuk dada bersoal jawablah dengan ego dan emosi anda.
Seimbas pandangn sudah cukup untuk aku mengenal bayang itu. Aku tersenyum. Aku nanti. Tapi hampa. Berlalu tanpa secalit sapa. Terusku nanti, dan aku temu senyum berbalas. Terima kasih!.. aku tenang melihat senyum itu. biar bukan kumiliki tapi cukup sekadar dekat. Aku mahu, tapi aku kakukan. Moga aku mampu bertahan..
Ada yang baru, ada yang mengganti.
Lama aku bersamanya, baktinya padaku sudah cukup untuk aku tunduk segan. Terima kasih! Tapi kini aku terpaksa melepaskan dia. Tapi kenapa? Kerana dia sudah tidak mampu lagi memberi yang terbaik buatku. Aku terpaksa.. aku ada yang baru kini, aku ketemu pengganti..kejamkah aku? Salahkah aku menerima.. + kasut baruku + hehehe.. =)
selamat tahun lompat. hehe.. 29 feb 08. hari ni aku agak busy, tapi dalam busy2 tu pn sempat lagi secara spontan aku berjiwang.hiks.. karya picisan kata org. saja2 aje.karya paling kejap aku siapkan.kurang 10minit.hikss.. menggukankan bahasa yang mudah dan tidak disaratkan dengan perkataan2 puitis.hehe.pndai aje mengomen.belagak sasterawan konon.haha. tiba2 idea mencurah. aku pun tulis ajelah. tak besh pn tapi aku nk gak post kat sini. sbb karya ni mmg takkan diterima masuk mana2 sayembara kerana ketidak puitisan ia. kekeke. masuk blog pun jadilah, dari aku buat pekasam seumur hidupnya dalam laptopku aje. ape2 pun sekali lagi aku ucapkan selamat hari lompat.. hehe. aku dah siap sikit2 fasal petama bahas aku, dah pi hantar taip.. yehaa..kekeke. tu pun byk org menolong. mekasih sgt2. ni pn aku baru abes cari serba sikit maklumat tuk fasal dua bahas aku. baca2 koleksi kitab yg aku ade. alhmdulillah ade juga maklumat yg aku dapat. kenapa aku rajin mendadak? hehe.. sbbnyer, org beria2 nak tolong aku, aku plak malas2. tak baik kan. aku tahu betapa kecewanya org yang tolong aku tu. sory... + masihkah aku anak kecil yang melakar cita-cita diatas kertas atau akukah seorang remaja yang sedang melangkah melaksana cita-cita+ ehee... okey lah.. nk smbung membaca, enjoy this poem.. erk.. poem ker.. karya picisan aje pun. kekeke. selamat malam!
Bintang terkurung
Bintang yang aku kurung, tidak aku bebaskan untuk ia terbang, kuikat sayapnya. Aku susun ia, aturkan. Aku simpan ia, terpelihara.
Kekadang suara halusnya memanggil, gemersik di dengaran hatiku. Aku sahut... apa kau ingin bintang? Jawab ia.. aku ingin luahkan rasaku aku ingin lihatkan sinarku aku ingin kembali kepadanya aku ingin bebas. kenapa harus aku di kurung? bintang bersuara lemah. Pujuk aku... bintangku, sabarkan hatimu dulu kulepaskan dirimu kau khianati sinarmu kau alpa dek sanjungan kau lupa asalmu kau kabur dengan pilihan dan akhirnya kau dustai yg tulus masihkah kau ingat semua itu?
Bintangku kelu bermain derita rasa aku tahu dia ingin seperti dulu tapi aku kakukan ia. aku hadiahkan mawar, agar tiap hari bintangku segar tidak pudar kerana lara.
Sarat rasa di hatimu itu, simpan saja bintang buat teman di kala sunyi. Andai rindu bertandang usah kau tangis kerna dia jua sepertimu simpan rasa, tutup rapat dan kurung. hingga nanti, berbintang...