Kenapa ada marah? Kenapa perlu masam muka? Kenapa mesti meninggikan suara? Moody? Kerana egokah tertegaknya semua ini. Tidakkan semua rasa ini blh di kawal? ( Emosi saya mmg begitu, tidak blh dikawal. Saya mmg seorng pemarah dan moody ) Bangga? Siapa kata tidak blh di kawal? kamu saja? Usah di kata marah itu tidak blh di kawal. Usah dibicara emosi itu semula jadi. Berubah pasti blh. Hendak seribu daya bukan?
Bila mata di buka dari lena, berapa ramaikah yang blh terus tersenyum. Sukarkah ntuk begitu? Kenapa pagi adalah waktu untuk berkasar bahasa dan dingin, sedang pagi adalah untuk memulakan rentak harian. Senyum dan lahirkan rasa ceria dalam hati. Kamu akan tenang. Jgn kusutkan perasaan dengan masam muka di pagi hari.
Punca marah? Punca beremosi? Kenapa snggup melepaskan kemarahan pada insan sekeliling sedang mereka jua punyai perasaan? Tidak hormati mereka kah? Hormat bukan? Tapi kenapa masih melayan sebegitu? hanya kerana ingin pamerkan karenah pemarah kamukah? melepas kan kemarah pada mereka? begitukan namanya kawan? sesuka hati di marah dan sesuka hati pula berbaik-baik kembali? tanpa rasa bersalah. lagaknya seperti mematungkan kawan itu.
Ingin menegur yang salah? Biar salah tapi kekalkan hemah. Siapa mahu tadah kan telinga dengan nasihat bernadakan perlian, marah, tengking, herdik, hina? Siapa mahu mendengar? Lakukan sebegitu agar lebih terkesan? Silap di situ. Kekerasan bukan nadi kehidupan.
Marah..hanya melonggarkan ukhuwwah, menambah musuh, menanam benci dan hasad dalam diri. Pertahankan ego? Memikir diri terhebat dan bagus? ‘ bajet best ‘ hiks.. mahukan insan lain mengiakan setiap apa yang di kata, mahukan insan lain menurut setiap yang di suruh. Mahukan diri berpuas hati. Tapi pernahkah kita memuaskan hati org? seperti menghambakan orang lain lagaknya.
Tidak akan ada marah jika hormati insan lain, tidak akan ada marah jika tidak meninggikan ego. Rendahkan ego, dan kamu mmpu untuk berbicara dengan penuh kasih sayang.
Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Teguran yang keras tidak akan mudah untuk melembutkan hati. Nama pun keras, mudahkah batu di mamah titisan air?
Tepuk dada bersoal jawablah dengan ego dan emosi anda.