...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Sunday, November 18, 2007

Masa berlalu pantas, entah mengapa kaku jemari mencari ruang meluah rasa. Mungkin kerana dihimpit sedikit kesibukan yang membuatkan aku terkadang keletihan. Sepeninggalan beberapa bulan yang lalu.. hari ini kurasakan seakan terpanggil utk menulis dan berbicara di bahasa pena ini..

Biarlah rahsia..
Seketika aku memandang ke langit, meniti awanan dan fikiranku menerawang. Aku kembali tunduk kebumi, bermain kusut di fikiranku benarkah tindakan aku itu. Biarlah rahsia bukan lagi bicara. Aku seakan rimas. Yang rahsia bukan lagi rahsia. Mungkin juga lebih baik begitu.. tidak mengapalah. Jika itu yang terbaik aku turutkan ia.
Aku masih tidak mampu menerima kalam bicara teman.. ‘ aku adalah perahsia’ mungkin sekali tidak. Ntahla.. mungkin benar. banyak perkara yang aku diamkan utk menutup resah di hati. Aku selesa begitu dan aku lebih senang berbicara bersama pensil dan kertas. Kenapa begitu? Bila aku bicarakan kepada kertas dan pensil, tiada suara memuji, tiada suara menghina, tiada suara memujuk, juga tiada suara menangkis. Aku selesa..

Pilihan..
Kenapa itu yang aku pilih? Aku sendiri tiada jawapan. Sekelilingku bertanya.. kenapa itu yang aku pilih? Mungkin itu yang lebih aku senang dan selesa. Tapi kenapa terlalu awal. Aku juga sedari ia. Kenapa terlalu mudah?.. sedangkan berlarian pilihan lain menanti. Tidak mengapalah.. itu keputusan aku. Aku putuskan ia untuk aku.. perit getir hanya pada aku. Dan yang lain hanya melihat dan membicarakn..
Benar kurasakan, jangan di fikir yang keanak-anakan itu tidak matang. Dan jangan difikir yang serius itu sangat matang. Setiap orang memiliki akal dan hati. Akal itu untuk berfikir, dan hati itu untuk merasai..

Sahabat..
Aku mendoakan agar tidak lagi wujud sahabat sepertinya. Kenapa berlaku kepada aku? Ya..aku patut bersyukur. Tuhan ingin lihatkan pada aku, masih ada manusia serakus itu. Sehinggakan hilang nilai persahabatan. Aku terdiam. Hanya kerana nama menolak pergi teman dikepayahan. Aku terdiam lagi. Dan ia membuatkan aku takut untuk mendekati sesiapa sahaja lagi. Tidak lagi ingin aku rasai luka derita, sehingga memamah percaya aku kepada sahabat..

Rindu..
Adam Ezrai - Alisya Maisarah - Fais Hakimi - Hakimi Audadi - Puteri Anis - Khalifah Diyana - Taqiuddin Samsuri - Hafizi Shahiri - Rosliana Izzati - Aminuddin Basir - Fariz - Faizi - Nasyrik – Anas – Tengku Azhan – Ameera – Arisya – Aisyah Radhiah – Mashitah – Aleeya – Hanim – Azhar - Muhaimi – Zulaikha - Raja Hanif - Athirah - Aiman Syahri - Hilmee - Syabeel - Adli Nazri - dll..

Sehingga bila agaknya nama-nama ini meniti di ingatanku. Wajah-wajah riang mereka saban hari muncul seakan memanggil, serentak menyapa rindu bertandang. Biarpun dalam tempoh yang begitu singkat namun keakraban aku dan mereka membuatkan mereka tidak luput dari ingatanku. mungkinkah aku jua masih mereka ingati..?? ku harap begitu..
Inilah anak muridku sepanjang hampir 2bulan aku mengajar di Al-irsyad Islamic School ketika aku pulang bercuti ke Malaysia 3 bulan yang lepas. Pelajar tahun 1 yang cukup menambat hatiku. Biarpun seharian aku penat melayan telatah mereka tetapi aku seronok. Mungkin bahagia mendampingi kanak-kanak.
Setiap hari saat aku melangkah ke sekolah, perkara yg sama sentiasa bermain di fikiranku. Aku sllu terbayangkan aku yang dulu. Aku lah anak kecil yg berlari-lari ke sana kesini, aku lah anak kecil yang menuntut di sini.. terasa seperti baru semalam aku melangkah masuk ke kelas darjah satu, baru semalam juga aku menduduki peperiksaan SPM.. dan hari itu, aku bukan lagi ke situ utk duduk di kelas. Bukan lagi menunggu muallim @ muallimah masuk ke kelas. Hari itu, aku datang untuk duduk di bilik guru, aku datang untuk menanti waktu2 utk aku masuk ke kelas dan mengajar. Akukah itu? ..

by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 5:29 AM.

(1) comments



 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara