...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Monday, December 31, 2007

Dan akhir..
Aku tidak tahu apa yg inginku bicarakan kali ini..
Hari-hari yg aku lalui suram, pedih, luka, penat, letih, kecewa,sedih. Kenapa ye? Tidak pernah dirancang, tidak sekali di impi, jauh sekali ingin begitu. Tapi kenapa perlu berlaku..
mungkin hanya aku yang tahu di sebaliknya.. siapa mampu mengerti? Tiada siapa.. terima kasih kerana pernah cuba untuk mengerti..
dan hari ini.. aku masih diam bisu. Tidak lagi tahu apa perlu di kata dan di laku. Seterus ceritera ini apa harus aku nukilkan?.. Adakah bernoktah sekadar disini?.. Tidak pingin aku begitu. Pedih!
Tapi apa mampu aku katakan.. tiada daya lagi utk aku bangkit. Aku bingung.

Dan di dunia yang lain..
Aku seakan berdiri tegar. Senyum. Ketawa. Mencari kekuatan. Tapi aku penat begitu. Aku lah yg melakonkan watak terbaik aku kira. Letih aku begini. Sehingga bila?.. kepedihan dan kepenatan itu hanya aku yang mengerti. Tapi aku tahu, di luar sana ada yg lebih hancur hatinya, jauh lebih sedih terkedu. Pasti hilang kata-kata. Dan bingung melihat ceritera yg sedang di teaterkan.

Dan aku..
Diam. Merenung jauh. Bingung. Hilang kata-kata. Lemah untuk ketawa.Perit untuk tersenyum. Untuk mencari kembali bahagia itu, mustahil. Membina bahagia yang baru,tidak mungkin sama. Tapi ada yang perlu untuk aku hargai. Ada juga yang tidak mungkin untuk aku lupa. Dugaan ini seolah memamah ceria hidupku.

~~ menerus hidup di layar awanan, tidak ingin mencecah bumi.tidak ingin berdepan nyata.kerana kecewa itu sudah cukup tamak mencuri air mata egois ini.berikan noktah padaku. ~~

by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 3:29 AM.

(1) comments



 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara