Dan akhir.. Aku tidak tahu apa yg inginku bicarakan kali ini.. Hari-hari yg aku lalui suram, pedih, luka, penat, letih, kecewa,sedih. Kenapa ye? Tidak pernah dirancang, tidak sekali di impi, jauh sekali ingin begitu. Tapi kenapa perlu berlaku.. mungkin hanya aku yang tahu di sebaliknya.. siapa mampu mengerti? Tiada siapa.. terima kasih kerana pernah cuba untuk mengerti.. dan hari ini.. aku masih diam bisu. Tidak lagi tahu apa perlu di kata dan di laku. Seterus ceritera ini apa harus aku nukilkan?.. Adakah bernoktah sekadar disini?.. Tidak pingin aku begitu. Pedih! Tapi apa mampu aku katakan.. tiada daya lagi utk aku bangkit. Aku bingung.
Dan di dunia yang lain.. Aku seakan berdiri tegar. Senyum. Ketawa. Mencari kekuatan. Tapi aku penat begitu. Aku lah yg melakonkan watak terbaik aku kira. Letih aku begini. Sehingga bila?.. kepedihan dan kepenatan itu hanya aku yang mengerti. Tapi aku tahu, di luar sana ada yg lebih hancur hatinya, jauh lebih sedih terkedu. Pasti hilang kata-kata. Dan bingung melihat ceritera yg sedang di teaterkan.
Dan aku.. Diam. Merenung jauh. Bingung. Hilang kata-kata. Lemah untuk ketawa.Perit untuk tersenyum. Untuk mencari kembali bahagia itu, mustahil. Membina bahagia yang baru,tidak mungkin sama. Tapi ada yang perlu untuk aku hargai. Ada juga yang tidak mungkin untuk aku lupa. Dugaan ini seolah memamah ceria hidupku.
~~ menerus hidup di layar awanan, tidak ingin mencecah bumi.tidak ingin berdepan nyata.kerana kecewa itu sudah cukup tamak mencuri air mata egois ini.berikan noktah padaku. ~~
by :
..adikbebecute.. | Honestly On | 3:29 AM.
Comments:
Jangan berdukacita, sebab rasa sedih akan terus mengganggumu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan segala kemungkinan pada masa yang akan datang, dan akan menyia-nyiakan peluangmu pada hari ini. Jangan berdukacita, sebab rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam, dan harapan akan menghilang. Jangan berdukacita, sebab kesedihan hanya akan membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih hati, membuat orang yang mendengki senang, dan membuat hakikat-hakikat yang ada berubah. Jangan berdukacita, sebab rasa sedih sama dengan menentang qadha, dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut, dan benci terhadap nikmat. Jangan berdukacita, sebab rasa sedih tidak akan mengembalikan sesuatu yang hilang dan semua yang sudah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang sudah mati, tidak mampu menolak takdir,dan tidak mendatangkan manfaat. Jangan berdukacita, sebab rasa sedih itu datangnya dari syaitan, dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berpanjangan, tekanan yang terpaksa dihadapi dan kegagalan yang menyakitkan.