...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Sunday, March 08, 2009




Terlalu rindukan Morocco

Harini bangun awal dari biasa, tanda paper Sejarah UP1 Ting.1 sampai abis. Buka internet, buka2 blog. masuk blog anak murid, ada plak link2 blog pelajar Morocco. buka satu persatu. sume aku buka dan baca. Rindunye.. rindu yang teramat sangat. lagi-lagi bila ada gambar, tengok gambar lagilah rasa sebak. Baca blog lilah, tersentuh hati. entah la kenapa. rindu sangat, teringat kerugian dan kealpaan aku, ketulusan dan kejujuran, keakraban dan persahabatan, kehilangan dan kejauhan. Semakin aku imbau kisah lalu, semakin aku gagal mengawal emosi. Sedih dalam rindu. aku terlalu rindukan sebuah kehidupan di Morocco yang dulu. Rindu sangat. Andai mampu berbalik kepada kehidupan yang dulu, takkan sedikit pun aku calitkan kenangan pahit di sana.



Yang pasti, aku kini sedang mencari sebuah kehidupan, membentuk kehidupan. aku bersyukur dengan segala kurniaan. Terima Kasih Tuhan. Beriku peluang untuk kali ini.

by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 8:07 AM.

(3) comments



Monday, February 16, 2009

Dia datang, sewaktu sedang mengambil wudhu, dan membawa sesuatu pergi bersama.

16 hari berlalu. Rasa macam ada lagi, tapi dah xde. Sebelum pergi sekolah pagi2, nk cari untuk bersalam, cium pipi, dgr ceramah pagi sikit. Hehe =) bila balik sekolah pandang pada kerusi malas kat ruang tgh, biasa2 ada yang akan tunggu di situ untuk aku bersalam. Sekarang ni, kerusi tu pun dah bertukar tempat, sbb yang sllu duduk kat situ dah xde. Bila malam2, aku yg sllu tdur lewat, ada la yang berjaga sama, smpai pukul 2-3 pagi pun masih berjaga, sbb sama2 tak blh tdo, tapi skrg, aku sorg aje. 16 hari berlalu, tiap2 malam aku termimpi kekalutan pada malam 1 feb, hari ahad malam isnin, sekitar jam 7.45 – 8.15 malam. Kalut. Mimpi hanya akan merealisasikan apa yang diingini, tapi tak akan kesampaian. Sllu saja begitu.

Terngiang-ngiang di telingaku, gurauan terakhir waktu aku makan tgh hari, lauk singgang ( ada org pnggil pindang ) “ macam tak selera je makan lauk tu, org dah biasa mewah, nak ayam tiap2 hari " Aku pun jawab, “ aish.. makan-makan, dh lapo kan. Hehe " aku makan lewat, dlm pukul 4.30ptg, dr pagi tak makan. Sebelum tu, dlm pkul 1 lebih aku hidangkan makan tgh hari untuk papa, tapi aku tak makan sama. Cuma hidangkan aje. Tunggu smpai papa abis makan. Mama plak demam. So, mama rehat je kat atas. Adik2 duk mengadap t.v.

Malam tu kalut sgt, aku tgk nadia pucat. Debaran di hati aku membuatkan tgn aku menggeletar, mencari nama jiran sebelah kanan rumah aku di screen hanset, kak aida. Smbil nadia menekan-nekan aku mencari jawapan dariku, apa patut dibuat. Aku suruh telefon cik su, dengan harapan cik su ada dirumah, rumah cik su selang beberapa buah rumah dari rumah aku. Tapi ciksu xde kat rumah. Terus aku suruh dia panggil jiran belah kiri rumah aku. Jeritan dan raungan mama buatkan aku makin panik. Terlalu panik, bergetar suaraku berckp dgn operator utk memanggil ambulans, tapi talian terputus. Ah.. lantak lah, biar org lain saja yg telefon. Aku membantu utk angkat papa dari tempat ambil wudhu ke tgh rumah. Dalam saat yang sama, jiran sebelah rumah aku ada di situ, terus di tolak aku sedikit ke tepi, pasti dia tahu kudrat perempuanku tentu tak berdaya mengangkat jasad di depanku itu. Aku jadi tak keruan. Segala yang pernah dipelajari seperti berterbangan, bersepah-sepah, berawangan di kepalaku. Masih aku tercari apa patut aku lakukan. Aku duduk di kanan kepala jasad yang terbaring kaku, semakin lama, kulihat bibir semakin pucat membiru. Tangan aku menggeletar sambil mengusap kepala dan bacakan kalimah syahadah di telinga. Terasa seperti bebanan yang berat terpikul di dada. Aku seperti dapat membaca. Aku seperti tahu apa bakal berlaku. Kurang 15 minit, ateh sampai. Aku dan ateh berpandangan, dia memandang aku dengan wajah yang panik, dan aku memandang dengan raut penuh mengharap. Lakukan sesuatu! Kurang 10minit berlalu, ambulans smpai. Aku terduduk di sudut berdekatan smbil memerhati pegawai kesihatan membuat pemeriksaan. Aku tahu apa bakal di ungkap beliau. Tapi hati aku masih cuba menafikan. Dan akhirnya.. “ erm.. siapa saudara terdekat." dia pandang pada mama, aku dan adik2. “ saya minta maaf, erm.. saya mengesahkanlah... yang pakcik ni dah xde. Harap makcik sekeluarga dapat bertenang. " deras saja air mata mengalir saat itu. Yang lain sudah meraung2. Aku tetap cuba kawal diri. Kurang 5minit, aku bangun, membuat panggilan, smbil teresak-esak tanpa henti, aku telefon ciksu, Muallimah Khadzijah dan beberapa kenalan lain. Ckup seorang dari setiap bahagian. Pasti di sebarkan nnt. Aku dipanggil. “ minta anak, tanda tangan dan buat pengesahan. Kemudian ke balai polis untuk buat sijil mati " menggeletar aku pegang pen. Akukah yang memikul segala beban tanggungjawab selepas ini? Tak lama kemudian, aku hantar msg pada abg iman. “ kullu nafsin, zaaiqatul maut. Abang, papa dah xde " aku cuba telefon abangku yg berada di Mesir itu, tapi panggilan tak berjawab. Beberapa miscall aku tinggalkan. Kemudian dia menelefon kembali. Aku cerita serba ringkas. Abang menangis teresak-esak. aku tahu abang terlalu sedih, belum pernah aku tgk abang tidak ceria. Tapi kali ini.. siapa mampu bertahan?

Tiada lagi suara menasihatku tiap2 pagi, petang dan malam. Jadi cikgu kene sabar. Jangan pukul anak orang, jangan marah anak orang. Jangan tinggi suara dengan anak yatim. Kene sabar. Siapa pun anak murid, x boleh pilih kasih, layan sama rata, pandai atau kurang pandai, layan sama rata. Berbaik dengan semua anak murid. Tiada lagi ulangan ayat-ayat yang hampir tiap2 hari aku dengar sejak aku bergelar seorang guru. Yang tinggal hanya sebuah kenangan dan kata-kata yang sentiasa diingati dalam corong ingatan.

Sesiapa sahaja akan lalui pengalaman begini. Cuma caranya berbeza. Bagaimana? Dimana? Siapa? Mengapa? Itu yang berbeza, tapi nilainya hanya satu. Kehilangan. Apa pun yang berlaku, siapa pun kita kehilangan, jangan biar diri hanyut dek arus perasaan. Tabahlah.

by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 12:54 PM.

(2) comments



Tuesday, January 20, 2009

Isnin, 19 Januari 2009

- menjadi guru yang penyabar -
Nampak tugas guru ni mudah, tapi bila aku mencuburi bidang ni, tak semudah yang dilihat. Lagi2 guru sekolah menengah. Banyak berperang dengan emosi. Pelajar2 pun dah makin dewasa, masing2 dengan sikap dan perangai masing2. Tanpa memikirkan tentang guru yang sedang mereka berdepan. Macamlah guru ni tak berperasaan kan? Patutlah saban hari aku sentiasa melihat pelajar2 dimarahi. Begitukah caranya? Aku masih terlalu mentah menilai susur alur perjalanan seorang guru. Aku terfikir juga, guru2 yang dah lama mengajar ni tak pernah terasa hati dengan pelajar ke ek.. aku yang baru ni pn dah beberapa kali hati ni berderai. Alhmdulillah berjaya juga pujuk hati sendiri. Ahh.. emosi semua tu.. tak de makne nyer.. beselah syaitan mmg suka ganggu perasaan kite2 ni. Hehe.. kadang2 sedih juga bila pelajar mcm tak hormat pada kita langsung. Guru bersungguh nk mengajar tapi apa yang pelajar buat? Guru bersemangat nk bagi pelajar lulus peperiksaan, tapi pelajar relex2 je. Bila jadi guru aku hampir dapat merasakan keperitan dilalui seorang guru. Kalau yang dah berkahwin, nk uruskan anak2 lagi, suami lagi, fikir rumah lagi, balik nk masak, kemas rumah, basuh baju, layah kerenah anak, pastu nk prepare untuk mengajar esoknya, Penatkan? Tapi bila masuk kelas, pelajar tak siap keje sekolah, tak bawa buku, dalam kelas berangan, tak beri tumpuan. Pada aku, tak perlu tunduk memberi penghormatan, tak terpandang pada hadiah yang mahal, tak teringin pujian menggunung, cukup pelajar memberi tumpuan, belajar dengan tekun, berusaha sebaiknya dan hormat pada guru. Cemerlang bukan ukuran kepada puasnya hati guru, tapi yang terbaik adalah yang tahu menghargai dan hormat pada guru dengan cara yang betul. Kalau cemerlang tapi sikap dengan guru sangat teruk, entah kemana perginya berkat ilmu itu. Harini saja, emosi aku sangat terganggu, aku terlalu penat, dek kerana seharian semalam di hospital menguruskan ayah aku yang sakit. Agak serius, semoga disembuhkan dengan segera. Siang penat berkejar sane sini, malam sibuk study untuk mengajar harini, isnin. Kelas harini plak direct dr pagi smpai petang, penat sgt, tapi bila masuk kelas, pelajar tak beri tumpuan aku rasa geram sgt, muka pun berubah. Hati remuk. Aku terasa dipersendakan. Guru ulangkaji sblm mengajar, pelajar blh buat tak endah dalam kelas. Mujur masih dapat kawal diri. Yang pasti, harini hari paling kurang aku tersenyum,berat sangat nak senyum. Hari yang sangat muram untuk aku sepanjang aku mengajar di Irsyad. Harapan aku supaya dapat lihat anak2 didik berjaya, untuk kebaikan mereka juga, bukan untuk aku. Tanggungjawab menjadi guru membuatkan aku terlalu sayangkan pelajar2 dan sentiasa inginkan yang terbaik untuk mereka. Tapi aku perlu sedar, hidup tak selamanya indah, tiada yang sempurna dalam alam ini. Cuba memberi yang terbaik.

- marah, benci, dendam dan maaf -
Benci pada org hanya akan membuatkan hati kita semakin sakit. Sucikan hati, belajar jadi pemaaf. Jangan biarkan sikap bengis, ego dan angkuh menguasai diri. Semua itu mendorong kepada perasaan benci, pemarah,dendam dan sukar memaafkan orang lain. Sekian lama aku berpegang dengan kata ini. Tapi apa sudah jadi pada aku? Aku dimainkan, digunakan, dan diperkotak-katikkan. Susah untuk aku jadi pendendam, tapi kali ini aku betul2 tersinggung, aku benar2 telah dipergunakan. Kata2 terakhir aku - I’ll never forgive you – kejam sangatkah aku? Aku perlukan masa. Sekian lama aku hijrahkan diri dari sikap marah, dendam, tak memaafkan. Tapi kali ini, melampau!

by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 9:06 PM.

(3) comments



Sunday, January 11, 2009

untuk seketika...

+ dingin bayu pagi yg aku sapa tidak sedikit mampu memberi tenang pada hati. membuat pilihan yang terlalu sukar untuk aku hari ini. mendapat sesuatu baru, tapi kehilangan yang sangat berharga. tumpuanku hilang sepenuhnya. biar berulang kali namaku disebut untuk mencuri fokus, tak sekali lenyap resah yang bermain di fikiran. pilihanku kali ini salah. aku tersepit. salahku ini turut menguburkan segalanya. nekad yang tidak lagi memberi ruang padaku. aku tidak lagi diperlukan. hendak seribu daya, yang termampu kulafazkan. aku masih memerlukan +

hingga nanti.

by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 6:31 PM.

(0) comments



Sunday, November 16, 2008

Bismillah, kumulakan bicara...

terpanggil untuk menulis, ada yang berkali2 minta aku update blog. tak sampai hati nk hampakan. aku pun tak tahu nak bercerita tentang apa. tak pe lah, asalkan berupdate dan tak mengecewakan yang suruh update. hehe =)

+ firstly, skng ni cuti sekolah. tapi cikgu2 masih bekerja sampai hujung minggu depan. tapi sekolah aku je la kot, tak pasti sekolah lain mcm mane. minggu depan mule mesyuarat ntuk bincng perancangn tahun 2009. kali pertama akan masuk mesyuarat guru-guru. excited~ hehe.

+ minggu lepas aku dh siapkan tanda semua paper yg aku mengajar. penat rupanya nk tanda kertas ni, aku tak la sampai tahap stress. tapi sepanjang minggu lepas aku asyik pening kepala aje. berdenyut2, nk kata xckup tdur x jugak, nk kata terlebih tdo pun tak. yg pnting sakit kepala ni sedikit sebanyak menggnggu mood harian aku. sabar aje.

+ result Bahasa Arab - ada dapat markah bermula dr 2,3,4,5,6,7 - smpai lah 40. yg tak lulus lbih ramai dr yg lulus. nk nampak yg cemerlang tu mcm mencari udang kering kat dalam mee goreng yg mama aku masak. haha.. geramnye rasa. susah sgt ke ek soalan yg aku buat tu. rasanya aku dh test adik aku jawab dlu soalan2 yg aku buat tu. adik aku form 1, soalan ntuk form 2 pn dia blh ckp senang n jawab dengan bahagianya. so aku dengan yakinnya rasa student2 aku blh la score result okey2 ckit. tapi mengecewkan btul, ada yg hntr kertas kosong je. terutamanya ada satu kelas yg sangat di ambil perhatian ini, 3org je lulus Bahasa Arab. eeyy! geramnye. pastu buat kurang ajar pulak tu smpai aku terasa hati, sib baik pndai mnta maaf. aku mmg tersenyum bahagia je time budak yg paling 'kerek' dalam kelas tu mnta maaf sbb buat kurang ajar. hehe.. bukanlah nk bangga sbb die dtng mnta maaf personaly tapi rasa gembira sgt, sbb aku dh nmpk nilai yg baik dlm diri dia. wlupn dilabel sbg pelajar yg agak bermasalah n 'kerek' gtu, tapi dia tetap rendah diri nk mnta maaf ngn guru bila buat salah. aku terharu~

+ family aku agak mendesak supaya aku cari keje lain or smbung amik kursus perguruan. aku dengan slumber mcm tak amik endah sgt. huhu.. mcm2 usaha dh dibuat supaya aku apply ke tempat lain juga.. tapi aku dengan sengaja tak siapkan resume. kui kui.. aku sebenarnya rasa seronok sgt mengajar kat Al-Irsyad. bagi la aku masa. paling kurang pun setahun dua stay kat Al-Irsyad. i like it ~ bkn apa, sbb aku thu, kalau aku jauh dgn suasana tarbiyah yg mcm kat Al-Irsyad aku mudah lalai. aku takkan kuat ntuk terus perbaiki diri menjadi lebih baik. tak kisah apa org ckp sekalipun, yg pnting aku suka duk kat situ.

+ Perkhemaham Nasional (PERNAS), Kuala Pilah, N9 ( 17 Dis - 19 Dis 2008). aku diarahkan untuk menjadi salah seorang guru pengiring pelajar2 yang akan join program tu. sebenarnya agak keberatan sbb ada yang keberatan nak melepaskan. aku rasa mcm terpaksa hampakan je. sbb aku kene pegi jugak. i'm sory... bukan tak menurut kata, tapi terikat dengan tugas.

+ aku melalui satu perkara yg sangat bertentangan dengan prinsip aku, tapi aku bahagia. derita kuabaikan, sakit kubiarkan, rajuk kuredakan. hanya kerana gusar kehilangan. hari ini saja, jiwa aku seakan mati. mula memikir yang negatif, ah.. sengaja menguji sabarku. seharianku suram, kelam, gelap. tiada cahaya menyuluh siangku. kubiar rembulan bermalam di siang hari. resahku mengudang sakit bertandang. sehinggalah lewat petang, baru kumampu tersenyum. reda segala gusar yang bermukim di hati, hilang segala resah bermain di fikiran. tdur rupanya.. ahakss.
~ ketahuilah, tiap detik yg berlalu tidak sekali pernah jauh dari ingatanku, biar terkadang mengguris jiwa, segalanya lenyap saat kusedar ia tidak mungkin berganti lagi ~

by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 12:18 AM.

(0) comments



Wednesday, October 22, 2008

Bismillah.. kumulakan bicara.

Hari-hari yang berlalu begitu pantas membawa pergi tiap peristiwa alam, tanpa sedar aku sudah hampir 2 bulan berada di bumi tanah airku. 2 bulan yang singkat terasa seperti 2 tahun jika di bandingkan dengan pelbagai peristiwa yang telah kulalui. Ada cerita suka, duka, senyum dan tangis. Terima kasih yang sentiasa di sisi.

Cerita terbaruku ? ehehe.. dah pun bekerja. Mengajar di Sek. Men. Islam Al-Irsyad. Walaupun agak berat tugas yang diberi tapi aku sangat ‘enjoy’. Mengajar sekolah menengah bukan kerja yang mudah bagi guru-guru yang muda mcm aku ni. Huhu. Sepatutnya kne ngajar form5, tapi aku kurang snggup. Ahaks.. so, mnta tukar.. aku amik form1 dan form2 aje. Ada kelas yg ckp aku garang gile, ada yang ckp aku lembut je. Hehe.. bergntung kepada sikap majoriti student dlm kelas tersebut. Aku dan dipesan awal2 supaya tak bagi muka kat bebudak ni. Alhmdulillah setakat ni proses pembelajaran berjalan dengan baik. Aku mula rasa tanggungjawab yang sangat tinggi terhadap prestasi pelajar2. kadang2 berkira-kira ntuk ambil cuti bile tak sihat sbb terkenangkan pelajar2 yang byk tak faham silibus2 yang sblm ni, ditambah pula peperiksaan yang hampir tiba. Aku seronok dengan duniaku kini. Ada ketenangan dan kedamaian yang jarang kurasai sblm ini. Terima kasih Tuhan. Aku mengerti... Hujan di tengah hari bukanlah petanda menunggu guruh di penghujung senja, tetapi didatangkan indah pelangi membawa khabar gembira. Syukur pada Ilahi. ~ terasa macam nk terus mengajar kat irsyad aje~ hehe

Sebenarnya hari ni, isnin-20/10/2008. kali petama aku amik cuti. Tak sihat punya pasal la ni. Takpelah, ujian dr Tuhan semua tu. Sabar aje lah.. mmg tak larat btul sbnrnye, tp gagahkan diri juga ntuk pergi klinik dan buat beberapa urusan kat bandar. Pastu pegi lawat sedara kat hospital. Kne tahan kat CCU, mslh jntung – kritikal jugak la. Semoga cepat sembuh. ~ org sakit melawat org sakit ~ huhu..

Smlm kat sekolah ade buat majlis hari raya dan mesyuarat AJP ( Ahli Jemaah Pengurus kot nama panjang die ) hehe.. pastu yg menariknya, ada persembahan M.V ( Muslim Voice ). hehehe.. galaklah bebudak menengok.. huhuhu.. aku pun nengok jugek.. wink wink.. hehe..tapi takde la excited mcm budak2 tu sbb kne layan parents pelajar2, maklumlah dah jadi guru ni, semenya dah berbeza. Aku pun tak tahu bape byk lagu yang M.V nyanyi masa hari tu, sbb tiap kali aku beri tumpuan nk dgr je, dah bertukar ke lagu lain. Tak kesahla sme tu.. yang penting bestt.. lagi best baju dorg same kaler ngn baju aku.. ahaha.. jgn jeles yer peminat2 M.V. kui kui..
( lenkali aku upload pic derang ye.. lupe lak nk letak dalam pendrive )

Majlis selesai dalam kol 1.30 kot. Aku bertugas bahagian mengemas dan kebersihan. Mmg penaaat sgt mengemas. Kne ulang alik ke kantin, hantar dan amik barang. Mule2 jalan kaki lagi, last2 gne motor jugak.. sib baik kebetulan drive sendiri hari tu. Hasil dari kepenatan..malam tu terus aje terbaring tak sihat.. huhu.. sabar aje lah.. alhmdulillah sekarang ni semakin okey.. wlupn saki bakinya masih ada..

Rabu – 22/10/2008
Esok last sekolah sblm bercuti 4hari. Aku kene siapkan kertas soalan BAK ( Bahasa Arab Komunikasi ) form1 dan form2. cane ek nk buat. Pening bile terfikir yg budak2 ni tak bape nk expert sgt ape yg dorg dh bljr sblm ni. Pastu bile bagi pelajaran baru dorg x bape nk ingt. Malas nk ngafal. Suh kire nombor pn gagal lagi. Adeh.. ade beberapa org pelajar yg mmg langsung tak beri tumpuan dalam kelas bile aku ngajar.. mmg tak tahu mcm mane lagi nk kawal budak2 mcm ni. Bukan kelas aku aje, kelas guru2 lain pun sama jugak. Akhirnya aku buat tak tahu aje dgn kerenah mereka ni. Tapi aku ni mudah sgt simpati kat org. kesian pulak bile tgk dorg tak faham belajar. Bile dah ajar dorg buat main pulak. Ayarkk!! Sabar2.
Tadi budak form3 buat jamuan akhir tahun. Dapat hadiah mug. Wlaupn aku tak ngajar dorg dan baru beberapa hari aje duk kat Irsyad tu. Hehe.. dpt jugak hadiah, dan dapat makan free hari ni. ehee..

Sehingga ke hari ini aku masih kekok bile kene panggil muallimah dgn budak2 sekolah menengah ni. Dorg ni ade yg umur baya2 aku aje. Serba salah di buatnye.. kebiasaan aku bahaskan diri ana aje. Rasa tak layak je nk jadi guru. Bukan bagus sgt pn. Tapi terpaksa jugak biasakan diri. Dan sentiasa anggap mereka seme tu sebagai anak murid, walaupn ade yg sebaya. Huhu.

~ kesibukan aku kadang2 mengabaikan yang memerlukan perhatian. Maafkan diri ini belum sempurna untuk menjadi yang terbaik.~

by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 5:14 PM.

(0) comments



Tuesday, August 19, 2008




Muslim Voice ke final.

ehee.. terpanggil untuk mempromote. hiks.. sesiapa yang belum pernah menonton Akademi Nasyid(AN) jangan ketinggalan untuk menonton episod akhir pada 30 0g0s ini ~ final AN ~ kalau akademi fantasia sangat mendapat sambutan, kenapa tidak akademi nasyid bukan? sama-sama kita menyokong industri nasyid malaysia =)

Antara peserta yang menarik perhatian aku Shahridzal Loqman, Cicik, dan yang paling best Muslim Voice (MV) . Persembahan MV yang paling menarik perhatian aku masa minggu ke 2( dlm video di atas ). Mereka bawakan lagu teman sejati ( brothers ) dlm versi mereka sendiri. unik!

Masa minggu ke 7 MV terkeluar. sedih jugak. Sebab dorg best. keunikan persembahan MV mmg menarik perhatian. Alhmdulillah masa minggu ke9 MV dapat peluang untuk masuk kembali ke final bila semua yg tersingkir di beri peluang untuk bertanding merebut 2 tempat ke final. Persembahan MV masa minggu ke9 tu mmg bestlah. Aku yang paling last tgk AN ( kat http://tv9.com.my ) malam sabtu lepas. Belum sempat sampai turn MV buat persembahan, housemate aku terlebih dahulu dah bersorak dgn kemenangan MV. hish.. hilang feel 'suspen nk tau sape menang' ehehe.

Persembahan MUSLIM VOICE pada minggu ke9 berjaya mengheret mereka ke final =)

Untuk menonton ;

click di sini

Jika anda suka, marilah sama-sama vote untuk MUSLIM VOICE.
SMS : AN(jarak)MUSLIM hantar ke 33399
( kalau tak minat tak pe lah. tak paksa pun. ehehe )

by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 6:11 PM.

(0) comments



 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara