- menjadi guru yang penyabar - Nampak tugas guru ni mudah, tapi bila aku mencuburi bidang ni, tak semudah yang dilihat. Lagi2 guru sekolah menengah. Banyak berperang dengan emosi. Pelajar2 pun dah makin dewasa, masing2 dengan sikap dan perangai masing2. Tanpa memikirkan tentang guru yang sedang mereka berdepan. Macamlah guru ni tak berperasaan kan? Patutlah saban hari aku sentiasa melihat pelajar2 dimarahi. Begitukah caranya? Aku masih terlalu mentah menilai susur alur perjalanan seorang guru. Aku terfikir juga, guru2 yang dah lama mengajar ni tak pernah terasa hati dengan pelajar ke ek.. aku yang baru ni pn dah beberapa kali hati ni berderai. Alhmdulillah berjaya juga pujuk hati sendiri. Ahh.. emosi semua tu.. tak de makne nyer.. beselah syaitan mmg suka ganggu perasaan kite2 ni. Hehe.. kadang2 sedih juga bila pelajar mcm tak hormat pada kita langsung. Guru bersungguh nk mengajar tapi apa yang pelajar buat? Guru bersemangat nk bagi pelajar lulus peperiksaan, tapi pelajar relex2 je. Bila jadi guru aku hampir dapat merasakan keperitan dilalui seorang guru. Kalau yang dah berkahwin, nk uruskan anak2 lagi, suami lagi, fikir rumah lagi, balik nk masak, kemas rumah, basuh baju, layah kerenah anak, pastu nk prepare untuk mengajar esoknya, Penatkan? Tapi bila masuk kelas, pelajar tak siap keje sekolah, tak bawa buku, dalam kelas berangan, tak beri tumpuan. Pada aku, tak perlu tunduk memberi penghormatan, tak terpandang pada hadiah yang mahal, tak teringin pujian menggunung, cukup pelajar memberi tumpuan, belajar dengan tekun, berusaha sebaiknya dan hormat pada guru. Cemerlang bukan ukuran kepada puasnya hati guru, tapi yang terbaik adalah yang tahu menghargai dan hormat pada guru dengan cara yang betul. Kalau cemerlang tapi sikap dengan guru sangat teruk, entah kemana perginya berkat ilmu itu. Harini saja, emosi aku sangat terganggu, aku terlalu penat, dek kerana seharian semalam di hospital menguruskan ayah aku yang sakit. Agak serius, semoga disembuhkan dengan segera. Siang penat berkejar sane sini, malam sibuk study untuk mengajar harini, isnin. Kelas harini plak direct dr pagi smpai petang, penat sgt, tapi bila masuk kelas, pelajar tak beri tumpuan aku rasa geram sgt, muka pun berubah. Hati remuk. Aku terasa dipersendakan. Guru ulangkaji sblm mengajar, pelajar blh buat tak endah dalam kelas. Mujur masih dapat kawal diri. Yang pasti, harini hari paling kurang aku tersenyum,berat sangat nak senyum. Hari yang sangat muram untuk aku sepanjang aku mengajar di Irsyad. Harapan aku supaya dapat lihat anak2 didik berjaya, untuk kebaikan mereka juga, bukan untuk aku. Tanggungjawab menjadi guru membuatkan aku terlalu sayangkan pelajar2 dan sentiasa inginkan yang terbaik untuk mereka. Tapi aku perlu sedar, hidup tak selamanya indah, tiada yang sempurna dalam alam ini. Cuba memberi yang terbaik.
- marah, benci, dendam dan maaf - Benci pada org hanya akan membuatkan hati kita semakin sakit. Sucikan hati, belajar jadi pemaaf. Jangan biarkan sikap bengis, ego dan angkuh menguasai diri. Semua itu mendorong kepada perasaan benci, pemarah,dendam dan sukar memaafkan orang lain. Sekian lama aku berpegang dengan kata ini. Tapi apa sudah jadi pada aku? Aku dimainkan, digunakan, dan diperkotak-katikkan. Susah untuk aku jadi pendendam, tapi kali ini aku betul2 tersinggung, aku benar2 telah dipergunakan. Kata2 terakhir aku - I’ll never forgive you – kejam sangatkah aku? Aku perlukan masa. Sekian lama aku hijrahkan diri dari sikap marah, dendam, tak memaafkan. Tapi kali ini, melampau!
by :
..adikbebecute.. | Honestly On | 9:06 PM.
Comments:
Begitulah duri-duri yang harus dipijak guru. Binalah teratak sabar dalam perkampungan hati. Biar nanti akan harmoni.
Tertanya juga, siapalah yang kejam memperguna insan lemah ini. Siramkan wuduk disegenap tubuh. Biar aman jiwa dari segala peluru iblis.
ps/: Ingatkan sudah lumpuh blog ni, rupanya masih mampu untuk bergerak ;))