...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Wednesday, October 22, 2008

Bismillah.. kumulakan bicara.

Hari-hari yang berlalu begitu pantas membawa pergi tiap peristiwa alam, tanpa sedar aku sudah hampir 2 bulan berada di bumi tanah airku. 2 bulan yang singkat terasa seperti 2 tahun jika di bandingkan dengan pelbagai peristiwa yang telah kulalui. Ada cerita suka, duka, senyum dan tangis. Terima kasih yang sentiasa di sisi.

Cerita terbaruku ? ehehe.. dah pun bekerja. Mengajar di Sek. Men. Islam Al-Irsyad. Walaupun agak berat tugas yang diberi tapi aku sangat ‘enjoy’. Mengajar sekolah menengah bukan kerja yang mudah bagi guru-guru yang muda mcm aku ni. Huhu. Sepatutnya kne ngajar form5, tapi aku kurang snggup. Ahaks.. so, mnta tukar.. aku amik form1 dan form2 aje. Ada kelas yg ckp aku garang gile, ada yang ckp aku lembut je. Hehe.. bergntung kepada sikap majoriti student dlm kelas tersebut. Aku dan dipesan awal2 supaya tak bagi muka kat bebudak ni. Alhmdulillah setakat ni proses pembelajaran berjalan dengan baik. Aku mula rasa tanggungjawab yang sangat tinggi terhadap prestasi pelajar2. kadang2 berkira-kira ntuk ambil cuti bile tak sihat sbb terkenangkan pelajar2 yang byk tak faham silibus2 yang sblm ni, ditambah pula peperiksaan yang hampir tiba. Aku seronok dengan duniaku kini. Ada ketenangan dan kedamaian yang jarang kurasai sblm ini. Terima kasih Tuhan. Aku mengerti... Hujan di tengah hari bukanlah petanda menunggu guruh di penghujung senja, tetapi didatangkan indah pelangi membawa khabar gembira. Syukur pada Ilahi. ~ terasa macam nk terus mengajar kat irsyad aje~ hehe

Sebenarnya hari ni, isnin-20/10/2008. kali petama aku amik cuti. Tak sihat punya pasal la ni. Takpelah, ujian dr Tuhan semua tu. Sabar aje lah.. mmg tak larat btul sbnrnye, tp gagahkan diri juga ntuk pergi klinik dan buat beberapa urusan kat bandar. Pastu pegi lawat sedara kat hospital. Kne tahan kat CCU, mslh jntung – kritikal jugak la. Semoga cepat sembuh. ~ org sakit melawat org sakit ~ huhu..

Smlm kat sekolah ade buat majlis hari raya dan mesyuarat AJP ( Ahli Jemaah Pengurus kot nama panjang die ) hehe.. pastu yg menariknya, ada persembahan M.V ( Muslim Voice ). hehehe.. galaklah bebudak menengok.. huhuhu.. aku pun nengok jugek.. wink wink.. hehe..tapi takde la excited mcm budak2 tu sbb kne layan parents pelajar2, maklumlah dah jadi guru ni, semenya dah berbeza. Aku pun tak tahu bape byk lagu yang M.V nyanyi masa hari tu, sbb tiap kali aku beri tumpuan nk dgr je, dah bertukar ke lagu lain. Tak kesahla sme tu.. yang penting bestt.. lagi best baju dorg same kaler ngn baju aku.. ahaha.. jgn jeles yer peminat2 M.V. kui kui..
( lenkali aku upload pic derang ye.. lupe lak nk letak dalam pendrive )

Majlis selesai dalam kol 1.30 kot. Aku bertugas bahagian mengemas dan kebersihan. Mmg penaaat sgt mengemas. Kne ulang alik ke kantin, hantar dan amik barang. Mule2 jalan kaki lagi, last2 gne motor jugak.. sib baik kebetulan drive sendiri hari tu. Hasil dari kepenatan..malam tu terus aje terbaring tak sihat.. huhu.. sabar aje lah.. alhmdulillah sekarang ni semakin okey.. wlupn saki bakinya masih ada..

Rabu – 22/10/2008
Esok last sekolah sblm bercuti 4hari. Aku kene siapkan kertas soalan BAK ( Bahasa Arab Komunikasi ) form1 dan form2. cane ek nk buat. Pening bile terfikir yg budak2 ni tak bape nk expert sgt ape yg dorg dh bljr sblm ni. Pastu bile bagi pelajaran baru dorg x bape nk ingt. Malas nk ngafal. Suh kire nombor pn gagal lagi. Adeh.. ade beberapa org pelajar yg mmg langsung tak beri tumpuan dalam kelas bile aku ngajar.. mmg tak tahu mcm mane lagi nk kawal budak2 mcm ni. Bukan kelas aku aje, kelas guru2 lain pun sama jugak. Akhirnya aku buat tak tahu aje dgn kerenah mereka ni. Tapi aku ni mudah sgt simpati kat org. kesian pulak bile tgk dorg tak faham belajar. Bile dah ajar dorg buat main pulak. Ayarkk!! Sabar2.
Tadi budak form3 buat jamuan akhir tahun. Dapat hadiah mug. Wlaupn aku tak ngajar dorg dan baru beberapa hari aje duk kat Irsyad tu. Hehe.. dpt jugak hadiah, dan dapat makan free hari ni. ehee..

Sehingga ke hari ini aku masih kekok bile kene panggil muallimah dgn budak2 sekolah menengah ni. Dorg ni ade yg umur baya2 aku aje. Serba salah di buatnye.. kebiasaan aku bahaskan diri ana aje. Rasa tak layak je nk jadi guru. Bukan bagus sgt pn. Tapi terpaksa jugak biasakan diri. Dan sentiasa anggap mereka seme tu sebagai anak murid, walaupn ade yg sebaya. Huhu.

~ kesibukan aku kadang2 mengabaikan yang memerlukan perhatian. Maafkan diri ini belum sempurna untuk menjadi yang terbaik.~

by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 5:14 PM.





Comments: Post a Comment
 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara