...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Monday, February 16, 2009

Dia datang, sewaktu sedang mengambil wudhu, dan membawa sesuatu pergi bersama.

16 hari berlalu. Rasa macam ada lagi, tapi dah xde. Sebelum pergi sekolah pagi2, nk cari untuk bersalam, cium pipi, dgr ceramah pagi sikit. Hehe =) bila balik sekolah pandang pada kerusi malas kat ruang tgh, biasa2 ada yang akan tunggu di situ untuk aku bersalam. Sekarang ni, kerusi tu pun dah bertukar tempat, sbb yang sllu duduk kat situ dah xde. Bila malam2, aku yg sllu tdur lewat, ada la yang berjaga sama, smpai pukul 2-3 pagi pun masih berjaga, sbb sama2 tak blh tdo, tapi skrg, aku sorg aje. 16 hari berlalu, tiap2 malam aku termimpi kekalutan pada malam 1 feb, hari ahad malam isnin, sekitar jam 7.45 – 8.15 malam. Kalut. Mimpi hanya akan merealisasikan apa yang diingini, tapi tak akan kesampaian. Sllu saja begitu.

Terngiang-ngiang di telingaku, gurauan terakhir waktu aku makan tgh hari, lauk singgang ( ada org pnggil pindang ) “ macam tak selera je makan lauk tu, org dah biasa mewah, nak ayam tiap2 hari " Aku pun jawab, “ aish.. makan-makan, dh lapo kan. Hehe " aku makan lewat, dlm pukul 4.30ptg, dr pagi tak makan. Sebelum tu, dlm pkul 1 lebih aku hidangkan makan tgh hari untuk papa, tapi aku tak makan sama. Cuma hidangkan aje. Tunggu smpai papa abis makan. Mama plak demam. So, mama rehat je kat atas. Adik2 duk mengadap t.v.

Malam tu kalut sgt, aku tgk nadia pucat. Debaran di hati aku membuatkan tgn aku menggeletar, mencari nama jiran sebelah kanan rumah aku di screen hanset, kak aida. Smbil nadia menekan-nekan aku mencari jawapan dariku, apa patut dibuat. Aku suruh telefon cik su, dengan harapan cik su ada dirumah, rumah cik su selang beberapa buah rumah dari rumah aku. Tapi ciksu xde kat rumah. Terus aku suruh dia panggil jiran belah kiri rumah aku. Jeritan dan raungan mama buatkan aku makin panik. Terlalu panik, bergetar suaraku berckp dgn operator utk memanggil ambulans, tapi talian terputus. Ah.. lantak lah, biar org lain saja yg telefon. Aku membantu utk angkat papa dari tempat ambil wudhu ke tgh rumah. Dalam saat yang sama, jiran sebelah rumah aku ada di situ, terus di tolak aku sedikit ke tepi, pasti dia tahu kudrat perempuanku tentu tak berdaya mengangkat jasad di depanku itu. Aku jadi tak keruan. Segala yang pernah dipelajari seperti berterbangan, bersepah-sepah, berawangan di kepalaku. Masih aku tercari apa patut aku lakukan. Aku duduk di kanan kepala jasad yang terbaring kaku, semakin lama, kulihat bibir semakin pucat membiru. Tangan aku menggeletar sambil mengusap kepala dan bacakan kalimah syahadah di telinga. Terasa seperti bebanan yang berat terpikul di dada. Aku seperti dapat membaca. Aku seperti tahu apa bakal berlaku. Kurang 15 minit, ateh sampai. Aku dan ateh berpandangan, dia memandang aku dengan wajah yang panik, dan aku memandang dengan raut penuh mengharap. Lakukan sesuatu! Kurang 10minit berlalu, ambulans smpai. Aku terduduk di sudut berdekatan smbil memerhati pegawai kesihatan membuat pemeriksaan. Aku tahu apa bakal di ungkap beliau. Tapi hati aku masih cuba menafikan. Dan akhirnya.. “ erm.. siapa saudara terdekat." dia pandang pada mama, aku dan adik2. “ saya minta maaf, erm.. saya mengesahkanlah... yang pakcik ni dah xde. Harap makcik sekeluarga dapat bertenang. " deras saja air mata mengalir saat itu. Yang lain sudah meraung2. Aku tetap cuba kawal diri. Kurang 5minit, aku bangun, membuat panggilan, smbil teresak-esak tanpa henti, aku telefon ciksu, Muallimah Khadzijah dan beberapa kenalan lain. Ckup seorang dari setiap bahagian. Pasti di sebarkan nnt. Aku dipanggil. “ minta anak, tanda tangan dan buat pengesahan. Kemudian ke balai polis untuk buat sijil mati " menggeletar aku pegang pen. Akukah yang memikul segala beban tanggungjawab selepas ini? Tak lama kemudian, aku hantar msg pada abg iman. “ kullu nafsin, zaaiqatul maut. Abang, papa dah xde " aku cuba telefon abangku yg berada di Mesir itu, tapi panggilan tak berjawab. Beberapa miscall aku tinggalkan. Kemudian dia menelefon kembali. Aku cerita serba ringkas. Abang menangis teresak-esak. aku tahu abang terlalu sedih, belum pernah aku tgk abang tidak ceria. Tapi kali ini.. siapa mampu bertahan?

Tiada lagi suara menasihatku tiap2 pagi, petang dan malam. Jadi cikgu kene sabar. Jangan pukul anak orang, jangan marah anak orang. Jangan tinggi suara dengan anak yatim. Kene sabar. Siapa pun anak murid, x boleh pilih kasih, layan sama rata, pandai atau kurang pandai, layan sama rata. Berbaik dengan semua anak murid. Tiada lagi ulangan ayat-ayat yang hampir tiap2 hari aku dengar sejak aku bergelar seorang guru. Yang tinggal hanya sebuah kenangan dan kata-kata yang sentiasa diingati dalam corong ingatan.

Sesiapa sahaja akan lalui pengalaman begini. Cuma caranya berbeza. Bagaimana? Dimana? Siapa? Mengapa? Itu yang berbeza, tapi nilainya hanya satu. Kehilangan. Apa pun yang berlaku, siapa pun kita kehilangan, jangan biar diri hanyut dek arus perasaan. Tabahlah.

by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 12:54 PM.





Comments:
Semoga ayahanda akak ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang soleh, insya-Allah.

Juga, semoga Allah menjemput kita semua dengan husnul khotimah, Allahumma ameen.

Memang, maut tidak mengenal masa dan ketika, jua tempat dan suasana. Ia tetap menjemput pabila tiba ketetapannya.

Salam takziah dari ana buat akak sekeluarga, moga sentiasa tabah dalam menempuh hidup sehari-hari, insya-Allah.
 
Salam ketabahan.
Salam kecekalan.
Salam kesabaran, dan
salam kekuatan.

Semoga terus menjadi kuat, terus berusaha menegakkan yang hak, mencari keredaan dalam amalam harian, menjadi anak solehah. Yang pergi takkan kembali, yang masih berdegup nadi, teruslah menyembah ilahi. :)
 
Post a Comment
 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara