Aku melangkah lemah meredahi lautan manusia. Berduyun anak kota pulang dari menuntut secebis ilmu milik Yang Maha Khaliq. Kupercepatkan langkah menuju pulang ke rumah. Bukan ku mengejar sesuatu tapi hatiku gundah. Entah apa yang merosakkan moodku hari ini. Terlalu banyak yang bermain di fikiran. Terlintas dibenakku, mengenang sepetang aku di kuliah sebentar tadi. Aku sekadar duduk dan menyalin nota yang di baca pensyarahku. Petang itu subjek Sirah Nabawiah, sekadar berlalu begitu saja. Tanpa aku memberi tumpuan kepada penerangan tentang muqaddimah subjek tersebut. Aku membatukan diri di tempatku. Memandang kosong pensyarah yang begitu bersemangat memberi penerangan diselangi gelak tawa para siswa siswi yang geli hati dengan gelagat pensyarah itu. Fikiran aku serabut memikirkan soal hidup, terkadang mengenang keluarga di kampung halaman, seketika aku berfikir nasib diri dan seketika berlalu kepalaku seolah-olah ditujah dengan kata-kata nista, kata yang mampu membuat aku bergenang air mata. Mujurlah cuma seketika. Biarlah aku dengan hidupku! Mengapa perlu ada insan yang meracuni rasa bahagiaku. Ah..biarkan dia.. jangan sampai aku memendam kesumat buatmu, biarpun aura kesumat itu hampir dekat di hati tapi kerana sebuah persahabatan aku perlu tegar. Tak perlu untuk aku cepat melatah hanya kerana secebis luka yang di tinggalkan. Luka yang telah menitiskan air mataku. Mungkinkah aku yang terlalu lemah, tersentuh hati dengan gelagat senda gurau. Ah.. smpai bila diriku harus di mainkan.
Otakku ligat berfikir jauh, langkahku hayun sejak tadi memasuki lorong Bloc AO. Dari jauhku lemparkan pandangan di setiap sudut binaan bangunan sekitar tetapi tidak sekali ku berfikir tentang struktur binaan yang ku amati itu. Otak ku menerjah jauh nun ke Malaysia. Saat itu seakan ingin terbang terus berada di dakapan papa dan mama. Menari anak mataku meneliti satu persatu kediaman di situ sehinggalah mataku terpaku pada seorang wanita berusia lingkungan awal 40-an. Wanita itu berjalan deras menuju ke kedai berhampiran. Aku sekadar amati dari jauh. Argh! Wajahnya terlalu menyerupai mamaku. Sesaat berlalu sedariku tersenyum sendirian sambil mataku tidak lari menonton setiap gerak geri wanita itu. Sedang dia membeli sesuatu di kedai, aku semakin mendekati dari jauh, kami berpandangan. Wanita itu sekadar melihatku dengan penuh hairan. Mungkin juga kerana aku tidak terlepas dari senyum meleret di bibir, juga mataku terpaku seakan tidak mahu lagi ku alihkan pandangan. Kubiar saja mataku memamah setiap inci wajah wanita itu sehingga dia berlalu pergi. Mungkinkah itu sekadar bayanganku? Aduh..rindu itu hampir membunuh semangatku, dan seketika kemudian rindu itu kembali menceriakan setiap detik perjalanan hidupku.
Tanpa sedar, aku telah pun berdiri benar-benar di depan kedai Mustafa dan terpaku di situ. Aku hilang kata-kata. Hajatku lalu di situ sekadar ingin berlalu dekat dengan wanita tadi. Setiba aku di situ dia pun berlalu pergi. aku sekadar mengiringi dengan lirik mata dan senyum penuh makna. Aku masih tercegat di depan kedai runcit itu. Aku lemparkan senyuman kepada pemilik kedai itu dan otakku ligat berfikir, ape yang perlu ku beli. Hakikatnya tiada apa yang aku hajatkan. Tetapi langkahku mati di situ, terpacul juga dari mulutku meminta biskut berperisa coklat.
Semalam saya makan kfc untuk petama kalinya sejak setahun lebih saya di Morocco. Hermm..saya mmg suka mkn kfc. Sllu berebut dengan adik beradik bila masuk kfc. Berebut nak ayam best. Saya jarang mengalah. Kenapa ye? Sebab saya kurang kesedaran untuk dahulukan adik beradik yang lain. Sllu saya nak yg terbaik. Terukkan saya. Sekarang ni baru saya sedar semua tu. dan sekarang juga saya sentiasa rasa nak mengalah dengan adik beradik saya dalam banyak hal tapi.. saya jauh, saya tak dapat nak buat lagi. nnt saya balik malaysia saya akan buat cam tu. Bila jauh mcm ni saya mula belajar erti menjadi seorang kakak. Saya sebenarnya kakak. Tapi kenapa saya tak pernah seperti seorang kakak kepada adik-adik saya. bila saya ingat balik saya di Malaysia dulu, jarang saya berperanan sebagai kakak yang baik. Saya selalu nak menang dalam banyak hal. Saya jarang mengalah dengan adik-adik. Kalau dilihat perwatakan saya sekalipun pasti ramai tak menjangka saya ade 2 org adik. Adik saya sendiri mengakui saya mcm budak-budak dan manja sket-sket. Saya pula mengakui adik saya sangat matang dan tak manja, tegas juga garang sket-sket hee :D tak lama nnt adik saya tu akan masuk Program Tahfiz Profesional bawah tajaan penuh Yayasan Pahang ( YP ). Nampaknya kami turun temurun lah duduk bawah YP, dah nama pun anak-anak Pahang. Bulan 3 ni dia masuk sekolah baru dan duduk di asrama. Berdikarikan dia? Saya tak pernah duduk asrama. Berbeza cara kami berdua. Orang cakap muka die macam saya. tapi saya rasa saya lebih comel. Hehe ;) sekolah baru dia nnt namanya sekolah SMART. Ape ye nama panjang dia. Saya rasa namanya Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib. Agaknye la. Kalau salah sila betulkan saya. dia akan ambil SPM seperti org lain. Mcm biasa. Amik aliran sains. Cuma yang lainnya dia kene masuk kelas Tahfiz. Semuanya under support YP. Harapnya dia mampu buat yang terbaik. Tahniah!! Coz terpilih masuk kesana. Bukan mudah untuk dapat peluang sebegitu.
Semalam masa makan kfc tiba-tiba saya teringat suatu peristiwa pernah berlaku antara saya dan adik saya, kak chik. Masa tu kami kecil lagi. Masa kecil dulu saya kurus sikit. Adik saya ni montel sikit. Saya nak dukung dia tapi saya tak larat. Mama selalu tak kasi saya dukung dia tapi saya selalu nak dukung. Masa tu umur dia 4 @ 5 tahun cam gitu. Masa tu mama ade kat atas rumah. Kat ruang tamu. Saya kat bawah, didapur. Masa tu tepi tangga dapur. Saya dukung kak chik. Angkat tinggi-tinggi. Lepas tu tangan saya tak larat dah nak pegang dia. Saya tak mampu nak tampung dia. Kemudian saya macam nak terjatuh. Saya nak letakkan dia atas lantai tapi saya terlepas dari pegangan lebih awal. Tangan saya tak kuat. Dia jatuh. kepala dia terhantuk atas lantai. Saya terus rasa takut. Saya cakap kat dia. ( Jangan nangis!! Nanti mama marah )dia tahan nangis. Kemudian dia nangis juga. Lepas tu saya tak ingat ape yg jadi. Yang pasti saya kene marah ngn mama. Lepas tu yang saya ingat, kami pegi makan kfc. Masa makan dia tak berebut ape-ape pun dengan saya. dia senyap aje. Siap makan dia muntah-muntah. Papa bawa pergi klinik. Saya rasa takut. Saya jadi diam aje. Kalau tak silap saya dia demam lepas tu. Beberapa hari kemudian dia kembali sembuh. Alhamdulillah!
20 Feb 2007
Saya dan sekolah
Semalam saya bersemangat ke sekolah tapi tak de belajar pun. Awal pagi saya bangun gosok baju kurung PINK saya, tudung pink, sweater pink. Pastu pakai beg pun kaler pink. Hehe. Dengan semangat saya melangkah ke kuliah. Tapi bila sampai ustaz takde pulak. Jam 8 saya sampai di kuliah. Dalam jam 10 gitu saya balik rumah. Yerlahkan, kelas takde balik umah aje la.
Petang semalam pula saya pegi tempah baju. Pi ukur-ukur nk buat baju gitu. Ade 3 pasang baju saya buat.hehe.ntah ape lah jadi ngn baju tu nnt. Sesuka hati saya desing baju tu. tengok aje lah ape bakal terjadi pada kekain yg saya beli tu.
Malam tadi ade buat majlis sikit kat umah. Makan ayam best. Saya rasa seronok sangat. Semua adik-adik VJ dan sorg kakak VJ pun makan sama-sama ngn kami. Rumah kami jadi bising dengan gelak ketawa. Macam-macam ragam bila dah berkumpul ramai-ramai camni. Yang penting malam tadik mmg seronok!
Hari ini saya ade kelas kat Kuliah Markaz di Agdal. Dekat-dekat ngn bandar la tu. so kene la naik bas ke sana. Skng ni jam 11.11 pagi. Jam 12.30 tgh hari kelas saya. saya tatau lagi nk tulis ape ni. adik-adik VJ selalu komen ape yg saya tulis kat depan-depan saya. ish..malu laa saya. komen aje lah kat sini. Tak de la saya malu sgt. Dorg rajin baca blog saya. isk isk. Baca la buku adik-adik ku sayang. Hehe :D
Hermm.. sebelum saya melangkah ke kuliah. Rasa macam nak letak satu sajak pulak kat sini. Lama dah tak bersastera ni. sajak ni masuk kat dalam Al-Qalam, majalah persatuan sesi lepas. Selamat menghayati sajak saya yg tak bape nak best ni yer..
Hari ni isnin 12 - 02 - 07 , sepatutnya kuliah di Rabat bermula harini. Jadi seawal pagi saya dah bangun untuk bersiap ke kuliah. Jam 8.45 saya melangkah keluar dari rumah. Hari ini saya jalan lambat-lambat. Saya turun tangga satu persatu. Kenapa jadi begini ? saya tahu jawapannya. Semalam saya bermain-main hingga tidak hingat dunia :D saya lari sana sini. Saya meluncur sambut bola. Saya sangat aktif semalam. Semuanya berlangsung di padang bersebelahan bangunan kedutaan Malaysia di Morocco. Kami pelajar-pelajar wanita meluangkan masa bermain volleyball dan pingpong. Saya rasa bahagia dan seronok semalam :D seronok bermain dengan adik-adik VJ yang sangat aktif. Hampir 2 tahun saya meninggalkan bidang sukan. Semalam saya kembali beraksi gitu. Hee :D rasa seronok. Lainkali saya nak main lagi, biarpun hari ni saya seperti susah untuk berjalan. Urat terkejut agaknya, tiba-tiba aje saya melompat sana sini. Kembali kepada cerita hari ini..
Hari ini saya ke kuliah. Jam 9.30 saya smpai kuliah. Saya pegi tempat salin jadual. Jadual sudah ade tertampal di sana. Saya tengok dari jauh. Kebiasaan dari kejauhan begitu saya sudah mampu melihat dengan jelas dan saya boleh membaca apa yang tertulis TAPI hari ini.. lama saya amati tulisan itu. Saya tak percaya. Saya tak nampak ape yg tertulis. Saya cuma nampak warna-warna hitam dan juga bentuk-bentuk huruf tetapi saya tak dapat baca dengan jelas. Saya tak dapat mengecam ape yang tertulis. Kenapa jadi begini? Bila saya datang dekat dengan jadual yang tertampal tu, saya amati lagi apa yang tertulis. Saya salin satu persatu. Bila saya tengok di buku kawan arab sebelah saya. ( opss..byknye salah tulis ) saya amati buku kawan saya dari tepi. Number 15 saya nampak 16. Banyaknya saya salah tulis. Perkataan “ Qada’ “ saya nampak tertulis “ Nisa’ “ ( malang sungguh saya hari ini ) sungguh saya tak dapat cam apa yang tertulis itu. Itu tanda-tanda saya akan bercermin mata ke ? harapnya tidak.
Selesai salin jadual saya ke qa3ah tempat belajar. Ustaz tade pun yg datang. Jadi saya terus ke bandar. Hari ni hari paling perlahan saya berjalan. Turun naik tangga bas penuh sopan santun :D kat bndr tadi saya beli hadiah untuk bestday Sheroot esok.. jom ramai-ramai kite wish bestday kat Sheroot. Tunggu hadiah dari kak anis ye Sheroot. Esok kite tgk ape hadiahnya ye.. lepas tu saya ke kedai bunga-bunga. Saya seronok tgk bunga banyak-banyak. Saya amik cium-cium. Bestnyaa bunga >:D< smbil tu sembang-sembang dengan pacik kedai tu. dia cakap pagi tadi ade zilzal. Saya rasa pelik juga. Betul ke ek ? saya jalan-jalan sekitar situ saya pun ade dgr-dgr org cakap tentang zilzal. Mmg betul rupanya pagi tadik sekitar jam 10.30 ade sedikit gempa bumi berlaku di sini. Ainaa beli sekuntum bunga ros merah di kedai tu. saya tak beli. Harganya DH 10 sekuntum. Tak terfikir pun nak beli mulanya. Sbb saya setting dalam mind. ( simpan duit nak balik mesia. Jgn membazir sgt :D ) Tapi bila saya ke kedai ke dua, saya tanya harga, dia cakap DH 3 sekuntum. Hee :D tergugat juga saya mahu membeli. Saya pun tarik 2 kuntum. Satu ros merah, satu ros pink. ( Dalam gambar tu bunga yg saya beli tadi ) Hikss.. lepas beli tu saya rasa seronok sangat, bahagia pun ade juga. Rasa hilang segala sakit pada badan ni. Patut la bila org sakit kat hospital sllu di bawa bunga. Bila dapat bunga rasa bahagia sangat. ( ni bunga hidup ye, bukan bunga palsu tu ) :D
bila tengah hari saya dirumah, tiba-tiba henset saya berbunyi. No Number is calling. Saya angkat. Suara saya dengar macam familiar. Die pun cakap, aniss!! Mel nii.. saya ape lagik.. Mell!!! Napa call..mahal la..dah-dah letak tepon, biar anis call semula. Lepas tu saya pun call kawan baik saya tu. lama kami berborak. Tiba-tiba teringt satu peristiwa masa kami tingkatan 2 dulu. Saya dan Mel pernah bertukar-tukar bunga ros merah masa sekolah dulu. Masa tu org duk sambut valentine. Org lain berjiwang-jiwang. Tapi saya layan dengan Mel aje. Hihi. Masa cakap telefon tadi Mel macam sedih aje sbb saya dah lama tak call dia. Dia cakap kat saya, kalau dia terdengar lagu-lagu tentang sahabat die sllu ingt kat saya. bila tgk cite-cite pasal sahabat pasti die juga akan ingtkan saya. pastu Mel cakap lagi, kadang-kadang smpai dia terfikir, dia sllu ingtkan saya tapi saya ni ingat tak kat dia. Ermm.. mesti la saya ingt kawan-kawan saya. Mmg betul saya dah lama tak call kawan-kawan saya. Lama tak hntr khabar. Sorg lagi kawan saya aishah.. skng ni die kat Maahad Tahfiz. Lama juga saya tak contact dia. Kesian kawan-kawan saya. saya sibuk sampai abaikan mereka. Hermm..tak baik nya..saya rasa bersalah pulak. Saya minta maaf. Nanti saya balik Malaysia kita jumpa ye. Miss you all..
terasa seolah-olah peristiwa hari ini ade kesinambungn pulak. Saya tak pernah beli bunga ros. Hari ni tiba-tiba saya beli. Lepas saya dah beli tu Mel pula call. Dan kami teringat peristiwa kami sama-sama bertukar bunga ros. Masa tu lebih kurang selepas setahun kami berkenalan. Waktu tu hampir sama dengan sekarang. Sekitar bulan 2 begini juga.. kadang-kadang persahabatan itu sangat indah. Membuatkan kita rasa sangat bahagia.. terima kasih teman..
( p/s – sesiapa yang ade pinjam Cd photo impact saya sila pulangkan sbb saya nak format laptop saya. Selagi tak jumpa cd tu saya takkan format. Program tu saya sllu nak gune. Terima kasih atas kerjasama. Hikss..
Ross Merah itu..
Ros merah itu yang kau hadiahkan buatku Katamu daku sangat kau sayangi Kerna hubungan yang terjalin amat bermakna buatmu Ku kenalimu sekian lama Belum pernah kita dirundang gelora Sekadar tiupan selembut bayu menggoyah ikatan Namun semua itu bukanlah pemusnah Hingga kini kita masih bersama Biar jauh beribu batu Kau katakan aku tetap dihatimu Daku sayu saat ungkapan itu terbit dari kalammu Terpana seketika membuatku menguntum senyum
Dikejauhan ini sesekali aku alpa Bukan bermaksud aku melupakan dirimu Terkadang sesak dek arus kehidupan Dan semalam kau ungkap padaku Tika dirimu terkenangkan seorang teman Aku lah bermain di fikiranmu Saat dirimu merinduiku Terkadang kau ragu Adakah aku disini juga merinduimu Mungkinkah sia-sia ingatan itu buatku
Aku sekali lagi terkesima Terngiang di corong talian Suaramu meredah lautan hatiku Kealpaan ku kini meleraikan kasihku ku tahu kau disana menantiku begitu juga aku mengingati dirimu suatu yang pasti kerna teman sepertimu bukanlah pasir tetapi ia permata dibalik pepasir itu sukar di cari sukar di temui
dan kisah Ross Merah itu masih kita ingati setahun perkenalan kau hadiahkan ku Ros merah ku hadiahkan buatmu jua sekuntum Ros merah hingga kini masih tersisip rapi kenangan itu di saat insan lain bersama teman berkasih kita juga begitu malahan lebih dari keakraban seorang kekasih ingatan buatmu itu tetap disini aku tetap merinduimu seperti jua kamu
Saya telepon mama mengkhabarkan keadaan semasa saya kat sini. Saya kasi tau mama, saya nak main seleji. Mama cakap.. ' tak sehat tu buat ape main salji lagi, rehat umah sudah. Jgn nak jalan sana sini aje. Sejuk tu kan. Awk tu bukan tahan sejuk sgt ' .. saya jawab.. ' alaa ma.. bukan lama pun sehari aje. Kejap je sejuknye. Jgn la risau. Takkan sha nk tinggal umah, org lain pi jalan-jalan. Tak best laa.. nak pegi jugak.. '
28 Jan 07 ( ahad )
Saya dah ade di Marrakech sejak jam 4 pagi. Jam 12 malam sebelum tu bertolak dari Rabat. Lingkungn jam 4 pagi dah masuk bandar Marrakech. Macam mane saya tau itu Marrakech? Sebabnya bangunan dia kaler same aje. Merah-merah bata gitu.. Saya tidur kejap-kejap aje dalam kotak besi bertayar getah yang saya naik tu. Kedudukan tak begitu selesa. Tak bleh nak tidur lena. Jam 9 pagi dah smpai ke Okimeden. Hujan renyai-renyai. Pacik polis yang jaga kat jalan tu tak bagi naik ke Okimeden. Ape kes?? Saya pun tak tau. Saya rasa mungkin sebab hujan dan jalan licin. Sepanjang jalan nak smpai Okimeden tu saya rasa mcm pening-pening gitu. Rasa nak muntah tapi tahan aje. Jalan die mcm ular kene palu. Tambahan pulak jalan die tepi bukit. Curam kat tepi. Mcm dalam cite-cite triller gitu. Gaya hero kene kejar ngn owang jahat. Bawa kete tempat bahaya-bahaya cam tu. Lepas ni kalau saya di ajak ke Okimeden saya akan berfikir 111 kali utk ikut atau tidak.
Rombongan jalan-jalan yg saya ikut tu benti sarapan pagi. Benti mkn kat tepi sungai. Kali petama saya jumpa sungai yang cantik kat Morocco. Mcm kat kampung-kampung di Malaysia. Sungai tu hampir menyerupai kampung saya di Sungai Lembing, Pahang. Rasa mcm balik kampung pulak. Lama kami duduk-duduk aje kat situ. Rasa bosan. Saya telefon kawan. Dia matikan. Saya tepon lagi. dia matikan lagi. kenapa? Saya tertanya-tanya masa tu. Dalam hati 41 kali saya soal ( napa dia matikan saya tepon ) selang beberapa hari baru saya tau. Dia tengah tdo :D Lepas sejam lebih bermain-main di tepi sungai tu kami bergerak untuk meneruskan perjalanan ke sekitar bandar Marrakech. Melintasi jalan masuk ke Okimeden kelihatan jalan itu masih di tutup dan pacik polis masih dengan wajah garang menjaga jalan itu. Saya pandang aje ( dalam hati rasa sedih sbb tak dapat main seleji ) separuh perjalanan melepasi jalan ular kene palu tu, tiba-tiba bas berhenti. Pihak pengurusan bercakap-cakap di luar. Mereka buat mesyuarat tergempar agaknya. Masuk sorg ahli mesyuarat ke dalam bas kami dan dia cakap. ( bagaimana kalau kita patah balik ke Okimeden kerana kelihatan cuaca semakin baik, tetapi jika kite patah balik, jalan-jalan sekitar bandar Marrakech akan di batalkan ) Ahli bas yg saya naiki seme bersetuju. Bas yang kami naiki pun berpatah balik. Saya cakap dalam hati ( buatlah apa saja, yang penting saya rasa nak muntah sgt dah ni ) Saya pejam mata dan terus buat-buat tidur.
Tiba-tiba bas berhenti di pertengahan jalan lagi. Kenapa pulak? Pacik polis tak kasi kami masuk terus ke dalam. Bas pun pusing balik. Kami meneruskan perjalanan ke bandar Marrakech. Sehari sebelum tu ade owang cakap kat bandar pun dah pakai 8-9 lapis baju sebab sejuk sangat. Tapi kenapa masa saya smpai tu saya pakai sweater nipis tu aje kuar jalan? Sebab saya rasa hari saya smpai tu Marrakech panas. Lain hari lain cuaca. Smpai kat marrakech saya dah cam awal-awal tempat yang saya penah pergi. Sebelum ni pergi naik Train first class free aje. Kali ni naik bas tatau ape class dan kene bayar :D Sebelum ni saya pergi bersama Ustaz Khairul dan Ainaa. Kali ni saya pergi mereka berdua tiada :D Sampai di sana kami jalan-jalan ke tempat nama die Menara. Menara ape saya tatau. Tapi tempat tu ade kolam air yg besar. Di katakan, suatu ketika dulu kolam tu tempat latihan askar-askar berenang. Askar ape? Saya tak ingat la pulak. Sapa-sapa yang ingat sila lah tambah maklumat. Kemudian kami pergi cari makan kat satu tempat yang sangat familiar bagi saya. saya penah pegi sekali aje kat sane sama-sama ngn ust khairul dan Ainaa. Tempat tu saya ingat sangat. Rombongan jalan-jalan tu berhenti cari makan kat situ. Saya lalu depan hotel yang kami menginap dulu. Saya jalan-jalan kat tempat yang kami pusing-pusing dulu. Org lain pegi carik mat3am tuk makan. Saya terus jalan-jalan tengok persembahan ular dan sebagainya kat tengah dataran tu. Kepala saya pening, bau makanan rasa nak muntah. Saya tengok ular byk-byk. Rasa loya tekak. Yek!! Owang pegang-pegang ular. Saya ajak Sheroot minum jus limau. Saya tade duit kecik. Sheroot yang bayarkan 3dh. Opsss..saya masih berhutang smpai hari ini. Baru teringat pulak. Lepas tu kami jalan-jalan masuk dalam souq kat situ. Saya jumpe keychain kasut manik-manik comel gitu. Saya beli dua. Kaler biru + pink. Nampak cantik. kenapa biru dan pink? Saya pun tatau kenapa suke yg tu. saya pndang terus je suke. Saya pun terus beli :D Lepas tu kami jalan-jalan lagi smpai kaki saya rasa sakit. Kami jalan-jalan ke Qasru Bahia. Katanya tempat tu Istana lama.
Bila hari dah gelap kami ke masjid. Tunaikan solat maghrib dan isyak yang di jama3kan. Kemudian selesai solat kami bertolak pulang. Dari Marrakech jam 6 lebih. Smpai di Rabat tepat-tepat jam 2.57 pagi. 3 minit kurang ke jam 3 pagi. Sampai dirumah saya kemas barang-barang, masuk Online YM kejap. Jam 4 pagi saya terus tidur. Di sebab kan kekecewaan tidak dapat bermain seleji di Okimeden, Marrakech ade beberapa pihak yang mengambil inisiatif untuk membuat rombongan kali dua. Kali ini ke Ifrane pada hari Khamis ( 01-02-07 )
30 jan 07 ( selasa )
Anak-anak pahang dibawah tajaan Yayasan Pahang ( YP ) mengadakan mesyuarat untuk menjayakan satu Majlis Kesyukuran untuk semua Malaysians di Morocco. Khususnya yang terlibat dengan majlis ini hanyalah anak-anak pahang keluaran KIBA ( Kursus Intensif Bahasa Arab ) yang mana kursus ini juga di bawah tajaan YP.
Saya adalah salah seorng dari mereka. Ade 3 bacth KIBA dalam majlis ni. KIBA 04, KIBA 05 dan KIBA 06. saya di tengah-tengah. KIBA 05. secara tidak langsung dalam majlis kali ni saya terlantik menjadi setiausaha merangkap bendahari. Banyak juga keje yang saya kene buat. Macam-macam. Senaraikan menu, bahan, dan buat kiraan bajet. Keje-keje ni senang aje tapi memerlukan banyak masa. Saya memohon berbanyak-banyak kemaafan di atas kelewatan sehari mengeluarkan bajet yang di minta. Balik aje kuliah hari ini saya terus memulakan keje menyiapkan bajet beserta senarai bahan dan juga menu. Bermula jam 3 petang sehingga lah jam 2 pagi saya menyiapkan seme kerja ini. Kemudian terus aje saya taip masukkan ke komputer. Tolak tambah segalanya. Jam 4 pagi saya tidur. esoknya ade mesyuarat face to face dengan ahli-ahli jawatankuasa. Saya bentangkan kertas kerja. Semenya selesai. Tinggal perlaksanaan sahaja.
31 jan & 1 feb 07 ( rabu & khamis )
Petang jam 6.30 saya bertolak ke kenitra. Kenapa yer? Akhawat yang berminat untuk ke Ifrane perlu menginap di Kenitra kerana bas yang akan kami naiki bertolak dari kenitra pada jam 3 pagi :D smpai di Kenitra sekitar jam 7. jalan-jalan smpai ke tempat penginapan, simpan barang seme habis dalam 30 minit. Dekat-dekat jam 8 adik-adik VJ nak kuar makan. mereka kelaparan. Kesian juga saya mahu lepaskan mereka sendirian di tempat baru. Jadi saya temankan ke kedai makan dekat ngn Mahattah Qitar. Pada mulanya mereka memesan hidangan yang pelbagai sehingga memeningkan kepala saya untuk ingat. Satu persatu saya cakap pada pelayan tu hidangan yang mereka mahu makan. ade dua org dari ahli VJ ni minta ayam rubu3. selesai pesan segala menu. Smpailah ayam rubu3 ke meja 2 org yg minta menu tu . dengan drastiknya hampir kesemua yg join makan-makan tu terpegun. ( waa!! Bestnyaa ) ( nak tukar menu kak ) saya pun bangun terus ke kaunter restoran, minta izin untuk tukar menu. Jadinya bertukarlah menu mereka kepada ayam rubu3. hanya sorang dua sahaja yang kental mengekalkan menu asal :D sesambil duduk di meja makan tu saya bersms dengan org. sms yang penuh dengan permainan. Sehingga saya kepeningan. Saya cakap dalam hati (esok saya tahu lah perkara sebenar ) jadi saya pun terus aje bermain :D selesai makan-makan kami jalan balik ke tempat penginapan. Sheroot ajak saya singgah kedai. Kebetulan saya juga mahu beli ubat gigi. Selesai urusan membeli saya balik ke hostel. Tgh jalan tu.. Dalam hati ( aikk?? Man in black ) saya amati dalam kegelapan.
Malam itu saya teruskan kerja kira-kira saya. Menyelesaikan bajet untuk Majlis Kesyukuran Pelajar YP. Saya buat keje dalam bilik cinema. Kawan-kawan tonton movie dalam bilik itu juga. Bukan saya tidak mahu menonton tapi saya seram. Mereka buka wayang SAW :D saya cuma tgk bile mereka jerit-jerit dan mereka punye muka kemit-kemit gitu. Dalam hati.. ( owh..aksi menggergaji kaki rupenya ) saya pun tidak sanggup tgk. Terus tumpu pada kerja. Hampir jam 12 saya tidur dengan lena. Jam 2 saya bangun. Saya mscl org. pastu saya siap-siap diri. Naik atas bas saya nmpk org ramai :D saya amik tempat duduk. Dan saya buat-buat tidur selepas menghantar satu dua sms. Perjalanan kami kali ini sangat mencabar. Saya rasa mcm pegi camping pulak :D ape perasaan anda bila jadi sardin :D pasti tertanya-tanya. Bagaimanakah itu? siapa yang mengalami dia pasti faham. Smpai tempat salji rasa kecewa lagi :( salji sikit saja. Bila dah petang kami balik. Naik bas baru pula. Sbb bas sebelum tu rosak sikit. Itu lah yg menyebabkan kami jadi sardin :D sebelum perjalanan balik tu solat tepi jalan. Kat hutan-hutan gitu, makan tengah hari mcm berkelah. Macam camping zaman-zaman sekolah pulak. Saya rasa bahagia :D sebelum balik kami singgah ke Meknes. Saya kuar jalan-jalan sekejap aje. Kemudian naik atas bas dan rehat. Saya tunggu bas jalan balik ke kenitra. Saya letih. Nak tidur kat umah pulak. Smpai Kenitra sekitar jam 11 malam. Saya siap-siap diri dan tidur. Esok saya kene bangun awal.
02, 03 & 04 feb 07
Jam 5 saya sudah terjaga. Saya bngun dan tgk semua bilik. Semua org sedang nyenyak tidur. saya kembali ke bilik saya dan tidur semula :D tiba-tiba saya dengar lagu full house versi melayu di dendangkan * sengaja hatimu ingin ku duga, tak terlintas fikiran mencuriga cinta * rasa mcm ade org buat konsert dalam mimpi. Owh..bukan konsert. Telefon bimbit saya berbunyi rupanya. Ade org hntr msg kejut bngun. Saya tgk jam. Sudah mendekati jam 6.30. saya pun bngun solat dan bersiap untuk balik Rabat. Jam 8 saya keluar dari penginapan sementara kami itu. Menaiki Qitar balik ke Rabat. Smpai di rumah saya terus buka belanjawan Majlis Kesyukuran Pelajar YP . Saya susun kembali senarai barang yang perlu di beli hari ini. Selesai susun semuanya jam 11 pagi. Saya rasa mengantuk. Saya tidur sehingga jam 12.30. jam 2 saya keluar beli barang di Label Vie. Sedang saya membeli barang tiba-tiba saya didatangi dengan satu sms mengajak berbincng tentang suatu masalah. Saya tergamam seketika. Terus saya balas dan katakan saya sedang membeli belah. Minta tangguh malam nnt aje. Selesai beli barang saya balik rumah. Byk juga beli barang. Smpai saya kene bawa naik teksi. Saya dan adik junior saya naik teksi berdua. Ainaa dan sorg lagik adik terus ke pasar. Teksi kami penuh dengan barang. Smpai rumah saya perlu ke kedai Mustafa pula. Lagi sekali saya beli barang dengan kuantiti sangat banyak. Beberapa kali saya ulang alik angkut semua barang yang dibeli. Lepas maghrib semuanya selesai. saya turun umah bawah untuk agihkan barang yang dibeli tadi kepada pihak lelaki yang ingin memasak. Malam itu saya letih sangat. Saya tidur awal. Jam 11 saya sudah masuk mazafil. Sebelum masuk tidur saya selesaikan satu masalah yang menjawab segala persoalan. Saya hanya mampu berdiam sahaja. tiada apa mampu dilakukan lagi. walaupun sedikit merosakkan mood saya untuk bermajlis tapi saya buat-buat biasa aje :D ape-ape pun yang terjadi hidup mesti diteruskan =) terima kasih atas segalanya.. dan saya akan teruskan juga hidup ini dengan senyum penuh makna..
Esok pagi saya bangun awal lagi. mula bekerja utk masak-masak dan persiapan tempat. Bilik saya perlu di kosongkan. Saya kemas meja dan barang-barang saya. Meja saya diangkut keluar. Almari saya di hantar ke bilik sebelah. Saya seronok mengemas bilik. Tengah hari tu saya potong sayur-sayur dan memasak sehingga lah malam. Kami buat byk kuih muih. Tapi sikit-sikit. ape maksudnya itu? Buat banyak tapi sikit-sikit maksudnye pelbagai jenis tapi kuantiti tidak byk :D hanya ade satu dua jenis kuih saja kuantitinya lebih sedikit. Sehingga jam 12 masih buat-buat keje lagi. jam 1 saya masuk tidur. Saya mimpi seronok. Saya balik malaysia :D tapi mimpi saya sedikit terganggu bila saya dengar alunan music always dari telefon bimbit. Saya kunci handphone pada jam 5. saya terjaga. Kemudian saya tdo semula :D jam 6 saya bngun terus. Saya teringat banyak keje saya belum siapkan. Jam 12 tengah hari semua kerja siap. Tunggu tetamu datang saja. saya siap berpakaian serba kuning. Lepas zohor majlis bermula. Tetamu ramai datang. Saya dapat cekelet sedap :D terima kasih! Majlis selesai jam 6 petang. Saya kemas-kemas umah sehingga jam 9.45 malam kemudian saya terus tidur..
8 Feb 07
Semalam saya mahu post entry ini tapi selepas berjam-jam saya upload gambar tiba-tiba laptop saya mati mengejut. Saya suka hati :D rasa bahagia ( kawal perasaan gitu ) hari ini saya cuba lagi. Harapnya tidak berulang sejarah semalam. Petang tadi saya chat sama adik saya. Sekarang ni dia tingkatan 4. tiba-tiba dia cerita suatu perkara. dia cakap ada owng kasi hadiah bestday pada dia. Ya Allah! saya lupa 30 Januari kelmarin ulang tahun kelahiran dia
HEPI BESTDAY KE - 16 KAK CHIK >> moga kak chik lebih dirahmati dan di kurniakan kemudahan dalam segala urusan hidup. May Allah Bless You..
Cerita saya tamat untuk beberapa hari ini.. minta maaf kalau letih membaca :D ( rasa sopan guna perkataan saya ) hikss..