...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Thursday, February 22, 2007



Aku melangkah lemah meredahi lautan manusia. Berduyun anak kota pulang dari menuntut secebis ilmu milik Yang Maha Khaliq. Kupercepatkan langkah menuju pulang ke rumah. Bukan ku mengejar sesuatu tapi hatiku gundah. Entah apa yang merosakkan moodku hari ini. Terlalu banyak yang bermain di fikiran. Terlintas dibenakku, mengenang sepetang aku di kuliah sebentar tadi. Aku sekadar duduk dan menyalin nota yang di baca pensyarahku. Petang itu subjek Sirah Nabawiah, sekadar berlalu begitu saja. Tanpa aku memberi tumpuan kepada penerangan tentang muqaddimah subjek tersebut. Aku membatukan diri di tempatku. Memandang kosong pensyarah yang begitu bersemangat memberi penerangan diselangi gelak tawa para siswa siswi yang geli hati dengan gelagat pensyarah itu. Fikiran aku serabut memikirkan soal hidup, terkadang mengenang keluarga di kampung halaman, seketika aku berfikir nasib diri dan seketika berlalu kepalaku seolah-olah ditujah dengan kata-kata nista, kata yang mampu membuat aku bergenang air mata. Mujurlah cuma seketika. Biarlah aku dengan hidupku! Mengapa perlu ada insan yang meracuni rasa bahagiaku. Ah..biarkan dia.. jangan sampai aku memendam kesumat buatmu, biarpun aura kesumat itu hampir dekat di hati tapi kerana sebuah persahabatan aku perlu tegar. Tak perlu untuk aku cepat melatah hanya kerana secebis luka yang di tinggalkan. Luka yang telah menitiskan air mataku. Mungkinkah aku yang terlalu lemah, tersentuh hati dengan gelagat senda gurau. Ah.. smpai bila diriku harus di mainkan.

Otakku ligat berfikir jauh, langkahku hayun sejak tadi memasuki lorong Bloc AO. Dari jauhku lemparkan pandangan di setiap sudut binaan bangunan sekitar tetapi tidak sekali ku berfikir tentang struktur binaan yang ku amati itu. Otak ku menerjah jauh nun ke Malaysia. Saat itu seakan ingin terbang terus berada di dakapan papa dan mama. Menari anak mataku meneliti satu persatu kediaman di situ sehinggalah mataku terpaku pada seorang wanita berusia lingkungan awal 40-an. Wanita itu berjalan deras menuju ke kedai berhampiran. Aku sekadar amati dari jauh. Argh! Wajahnya terlalu menyerupai mamaku. Sesaat berlalu sedariku tersenyum sendirian sambil mataku tidak lari menonton setiap gerak geri wanita itu. Sedang dia membeli sesuatu di kedai, aku semakin mendekati dari jauh, kami berpandangan. Wanita itu sekadar melihatku dengan penuh hairan. Mungkin juga kerana aku tidak terlepas dari senyum meleret di bibir, juga mataku terpaku seakan tidak mahu lagi ku alihkan pandangan. Kubiar saja mataku memamah setiap inci wajah wanita itu sehingga dia berlalu pergi. Mungkinkah itu sekadar bayanganku? Aduh..rindu itu hampir membunuh semangatku, dan seketika kemudian rindu itu kembali menceriakan setiap detik perjalanan hidupku.

Tanpa sedar, aku telah pun berdiri benar-benar di depan kedai Mustafa dan terpaku di situ. Aku hilang kata-kata. Hajatku lalu di situ sekadar ingin berlalu dekat dengan wanita tadi. Setiba aku di situ dia pun berlalu pergi. aku sekadar mengiringi dengan lirik mata dan senyum penuh makna. Aku masih tercegat di depan kedai runcit itu. Aku lemparkan senyuman kepada pemilik kedai itu dan otakku ligat berfikir, ape yang perlu ku beli. Hakikatnya tiada apa yang aku hajatkan. Tetapi langkahku mati di situ, terpacul juga dari mulutku meminta biskut berperisa coklat.


by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 3:17 AM.





Comments:
erm.. rindu mama ye .. sian nyer ia ..berjauahn dengan keluarga ..tapi semua itu mengajar kita akan ketabahan mengharungi liku hidup masa depan ...
 
Post a Comment
 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara