...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Friday, February 09, 2007


27 Jan 07 ( sabtu )

Saya telepon mama mengkhabarkan keadaan semasa saya kat sini. Saya kasi tau mama, saya nak main seleji. Mama cakap.. ' tak sehat tu buat ape main salji lagi, rehat umah sudah. Jgn nak jalan sana sini aje. Sejuk tu kan. Awk tu bukan tahan sejuk sgt ' .. saya jawab.. ' alaa ma.. bukan lama pun sehari aje. Kejap je sejuknye. Jgn la risau. Takkan sha nk tinggal umah, org lain pi jalan-jalan. Tak best laa.. nak pegi jugak.. '

28 Jan 07 ( ahad )

Saya dah ade di Marrakech sejak jam 4 pagi. Jam 12 malam sebelum tu bertolak dari Rabat. Lingkungn jam 4 pagi dah masuk bandar Marrakech. Macam mane saya tau itu Marrakech? Sebabnya bangunan dia kaler same aje. Merah-merah bata gitu.. Saya tidur kejap-kejap aje dalam kotak besi bertayar getah yang saya naik tu. Kedudukan tak begitu selesa. Tak bleh nak tidur lena.
Jam 9 pagi dah smpai ke Okimeden. Hujan renyai-renyai. Pacik polis yang jaga kat jalan tu tak bagi naik ke Okimeden. Ape kes?? Saya pun tak tau. Saya rasa mungkin sebab hujan dan jalan licin. Sepanjang jalan nak smpai Okimeden tu saya rasa mcm pening-pening gitu. Rasa nak muntah tapi tahan aje. Jalan die mcm ular kene palu. Tambahan pulak jalan die tepi bukit. Curam kat tepi. Mcm dalam cite-cite triller gitu. Gaya hero kene kejar ngn owang jahat. Bawa kete tempat bahaya-bahaya cam tu. Lepas ni kalau saya di ajak ke Okimeden saya akan berfikir 111 kali utk ikut atau tidak.



Rombongan jalan-jalan yg saya ikut tu benti sarapan pagi. Benti mkn kat tepi sungai. Kali petama saya jumpa sungai yang cantik kat Morocco. Mcm kat kampung-kampung di Malaysia. Sungai tu hampir menyerupai kampung saya di Sungai Lembing, Pahang. Rasa mcm balik kampung pulak. Lama kami duduk-duduk aje kat situ. Rasa bosan. Saya telefon kawan. Dia matikan. Saya tepon lagi. dia matikan lagi. kenapa? Saya tertanya-tanya masa tu. Dalam hati 41 kali saya soal ( napa dia matikan saya tepon ) selang beberapa hari baru saya tau. Dia tengah tdo :D Lepas sejam lebih bermain-main di tepi sungai tu kami bergerak untuk meneruskan perjalanan ke sekitar bandar Marrakech. Melintasi jalan masuk ke Okimeden kelihatan jalan itu masih di tutup dan pacik polis masih dengan wajah garang menjaga jalan itu. Saya pandang aje ( dalam hati rasa sedih sbb tak dapat main seleji ) separuh perjalanan melepasi jalan ular kene palu tu, tiba-tiba bas berhenti. Pihak pengurusan bercakap-cakap di luar. Mereka buat mesyuarat tergempar agaknya. Masuk sorg ahli mesyuarat ke dalam bas kami dan dia cakap. ( bagaimana kalau kita patah balik ke Okimeden kerana kelihatan cuaca semakin baik, tetapi jika kite patah balik, jalan-jalan sekitar bandar Marrakech akan di batalkan ) Ahli bas yg saya naiki seme bersetuju. Bas yang kami naiki pun berpatah balik. Saya cakap dalam hati ( buatlah apa saja, yang penting saya rasa nak muntah sgt dah ni ) Saya pejam mata dan terus buat-buat tidur.




Tiba-tiba bas berhenti di pertengahan jalan lagi. Kenapa pulak? Pacik polis tak kasi kami masuk terus ke dalam. Bas pun pusing balik. Kami meneruskan perjalanan ke bandar Marrakech. Sehari sebelum tu ade owang cakap kat bandar pun dah pakai 8-9 lapis baju sebab sejuk sangat. Tapi kenapa masa saya smpai tu saya pakai sweater nipis tu aje kuar jalan? Sebab saya rasa hari saya smpai tu Marrakech panas. Lain hari lain cuaca. Smpai kat marrakech saya dah cam awal-awal tempat yang saya penah pergi. Sebelum ni pergi naik Train first class free aje. Kali ni naik bas tatau ape class dan kene bayar :D Sebelum ni saya pergi bersama Ustaz Khairul dan Ainaa. Kali ni saya pergi mereka berdua tiada :D Sampai di sana kami jalan-jalan ke tempat nama die Menara. Menara ape saya tatau. Tapi tempat tu ade kolam air yg besar. Di katakan, suatu ketika dulu kolam tu tempat latihan askar-askar berenang. Askar ape? Saya tak ingat la pulak. Sapa-sapa yang ingat sila lah tambah maklumat.
Kemudian kami pergi cari makan kat satu tempat yang sangat familiar bagi saya. saya penah pegi sekali aje kat sane sama-sama ngn ust khairul dan Ainaa. Tempat tu saya ingat sangat. Rombongan jalan-jalan tu berhenti cari makan kat situ. Saya lalu depan hotel yang kami menginap dulu. Saya jalan-jalan kat tempat yang kami pusing-pusing dulu. Org lain pegi carik mat3am tuk makan. Saya terus jalan-jalan tengok persembahan ular dan sebagainya kat tengah dataran tu. Kepala saya pening, bau makanan rasa nak muntah. Saya tengok ular byk-byk. Rasa loya tekak. Yek!! Owang pegang-pegang ular. Saya ajak Sheroot minum jus limau. Saya tade duit kecik. Sheroot yang bayarkan 3dh. Opsss..saya masih berhutang smpai hari ini. Baru teringat pulak.
Lepas tu kami jalan-jalan masuk dalam souq kat situ. Saya jumpe keychain kasut manik-manik comel gitu. Saya beli dua. Kaler biru + pink. Nampak cantik. kenapa biru dan pink? Saya pun tatau kenapa suke yg tu. saya pndang terus je suke. Saya pun terus beli :D
Lepas tu kami jalan-jalan lagi smpai kaki saya rasa sakit. Kami jalan-jalan ke Qasru Bahia. Katanya tempat tu Istana lama.



Bila hari dah gelap kami ke masjid. Tunaikan solat maghrib dan isyak yang di jama3kan. Kemudian selesai solat kami bertolak pulang. Dari Marrakech jam 6 lebih. Smpai di Rabat tepat-tepat jam 2.57 pagi. 3 minit kurang ke jam 3 pagi. Sampai dirumah saya kemas barang-barang, masuk Online YM kejap. Jam 4 pagi saya terus tidur.
Di sebab kan kekecewaan tidak dapat bermain seleji di Okimeden, Marrakech ade beberapa pihak yang mengambil inisiatif untuk membuat rombongan kali dua. Kali ini ke Ifrane pada hari Khamis ( 01-02-07 )

30 jan 07 ( selasa )

Anak-anak pahang dibawah tajaan Yayasan Pahang ( YP ) mengadakan mesyuarat untuk menjayakan satu Majlis Kesyukuran untuk semua Malaysians di Morocco. Khususnya yang terlibat dengan majlis ini hanyalah anak-anak pahang keluaran KIBA ( Kursus Intensif Bahasa Arab ) yang mana kursus ini juga di bawah tajaan YP.




Saya adalah salah seorng dari mereka. Ade 3 bacth KIBA dalam majlis ni. KIBA 04, KIBA 05 dan KIBA 06. saya di tengah-tengah. KIBA 05. secara tidak langsung dalam majlis kali ni saya terlantik menjadi setiausaha merangkap bendahari. Banyak juga keje yang saya kene buat. Macam-macam. Senaraikan menu, bahan, dan buat kiraan bajet. Keje-keje ni senang aje tapi memerlukan banyak masa. Saya memohon berbanyak-banyak kemaafan di atas kelewatan sehari mengeluarkan bajet yang di minta. Balik aje kuliah hari ini saya terus memulakan keje menyiapkan bajet beserta senarai bahan dan juga menu. Bermula jam 3 petang sehingga lah jam 2 pagi saya menyiapkan seme kerja ini. Kemudian terus aje saya taip masukkan ke komputer. Tolak tambah segalanya. Jam 4 pagi saya tidur. esoknya ade mesyuarat face to face dengan ahli-ahli jawatankuasa. Saya bentangkan kertas kerja. Semenya selesai. Tinggal perlaksanaan sahaja.

31 jan & 1 feb 07 ( rabu & khamis )

Petang jam 6.30 saya bertolak ke kenitra. Kenapa yer? Akhawat yang berminat untuk ke Ifrane perlu menginap di Kenitra kerana bas yang akan kami naiki bertolak dari kenitra pada jam 3 pagi :D smpai di Kenitra sekitar jam 7. jalan-jalan smpai ke tempat penginapan, simpan barang seme habis dalam 30 minit. Dekat-dekat jam 8 adik-adik VJ nak kuar makan. mereka kelaparan. Kesian juga saya mahu lepaskan mereka sendirian di tempat baru. Jadi saya temankan ke kedai makan dekat ngn Mahattah Qitar. Pada mulanya mereka memesan hidangan yang pelbagai sehingga memeningkan kepala saya untuk ingat. Satu persatu saya cakap pada pelayan tu hidangan yang mereka mahu makan. ade dua org dari ahli VJ ni minta ayam rubu3. selesai pesan segala menu. Smpailah ayam rubu3 ke meja 2 org yg minta menu tu . dengan drastiknya hampir kesemua yg join makan-makan tu terpegun. ( waa!! Bestnyaa ) ( nak tukar menu kak ) saya pun bangun terus ke kaunter restoran, minta izin untuk tukar menu. Jadinya bertukarlah menu mereka kepada ayam rubu3. hanya sorang dua sahaja yang kental mengekalkan menu asal :D sesambil duduk di meja makan tu saya bersms dengan org. sms yang penuh dengan permainan. Sehingga saya kepeningan. Saya cakap dalam hati (esok saya tahu lah perkara sebenar ) jadi saya pun terus aje bermain :D selesai makan-makan kami jalan balik ke tempat penginapan. Sheroot ajak saya singgah kedai. Kebetulan saya juga mahu beli ubat gigi. Selesai urusan membeli saya balik ke hostel. Tgh jalan tu.. Dalam hati ( aikk?? Man in black ) saya amati dalam kegelapan.


Malam itu saya teruskan kerja kira-kira saya. Menyelesaikan bajet untuk Majlis Kesyukuran Pelajar YP. Saya buat keje dalam bilik cinema. Kawan-kawan tonton movie dalam bilik itu juga. Bukan saya tidak mahu menonton tapi saya seram. Mereka buka wayang SAW :D saya cuma tgk bile mereka jerit-jerit dan mereka punye muka kemit-kemit gitu. Dalam hati.. ( owh..aksi menggergaji kaki rupenya ) saya pun tidak sanggup tgk. Terus tumpu pada kerja. Hampir jam 12 saya tidur dengan lena. Jam 2 saya bangun. Saya mscl org. pastu saya siap-siap diri.
Naik atas bas saya nmpk org ramai :D saya amik tempat duduk. Dan saya buat-buat tidur selepas menghantar satu dua sms.
Perjalanan kami kali ini sangat mencabar. Saya rasa mcm pegi camping pulak :D ape perasaan anda bila jadi sardin :D pasti tertanya-tanya. Bagaimanakah itu? siapa yang mengalami dia pasti faham. Smpai tempat salji rasa kecewa lagi :( salji sikit saja.
Bila dah petang kami balik. Naik bas baru pula. Sbb bas sebelum tu rosak sikit. Itu lah yg menyebabkan kami jadi sardin :D sebelum perjalanan balik tu solat tepi jalan. Kat hutan-hutan gitu, makan tengah hari mcm berkelah. Macam camping zaman-zaman sekolah pulak. Saya rasa bahagia :D sebelum balik kami singgah ke Meknes. Saya kuar jalan-jalan sekejap aje. Kemudian naik atas bas dan rehat. Saya tunggu bas jalan balik ke kenitra. Saya letih. Nak tidur kat umah pulak. Smpai Kenitra sekitar jam 11 malam. Saya siap-siap diri dan tidur. Esok saya kene bangun awal.






02, 03 & 04 feb 07

Jam 5 saya sudah terjaga. Saya bngun dan tgk semua bilik. Semua org sedang nyenyak tidur. saya kembali ke bilik saya dan tidur semula :D tiba-tiba saya dengar lagu full house versi melayu di dendangkan * sengaja hatimu ingin ku duga, tak terlintas fikiran mencuriga cinta * rasa mcm ade org buat konsert dalam mimpi. Owh..bukan konsert. Telefon bimbit saya berbunyi rupanya. Ade org hntr msg kejut bngun. Saya tgk jam. Sudah mendekati jam 6.30. saya pun bngun solat dan bersiap untuk balik Rabat. Jam 8 saya keluar dari penginapan sementara kami itu. Menaiki Qitar balik ke Rabat. Smpai di rumah saya terus buka belanjawan Majlis Kesyukuran Pelajar YP . Saya susun kembali senarai barang yang perlu di beli hari ini. Selesai susun semuanya jam 11 pagi. Saya rasa mengantuk. Saya tidur sehingga jam 12.30. jam 2 saya keluar beli barang di Label Vie. Sedang saya membeli barang tiba-tiba saya didatangi dengan satu sms mengajak berbincng tentang suatu masalah. Saya tergamam seketika. Terus saya balas dan katakan saya sedang membeli belah. Minta tangguh malam nnt aje. Selesai beli barang saya balik rumah. Byk juga beli barang. Smpai saya kene bawa naik teksi. Saya dan adik junior saya naik teksi berdua. Ainaa dan sorg lagik adik terus ke pasar. Teksi kami penuh dengan barang. Smpai rumah saya perlu ke kedai Mustafa pula. Lagi sekali saya beli barang dengan kuantiti sangat banyak. Beberapa kali saya ulang alik angkut semua barang yang dibeli. Lepas maghrib semuanya selesai. saya turun umah bawah untuk agihkan barang yang dibeli tadi kepada pihak lelaki yang ingin memasak. Malam itu saya letih sangat. Saya tidur awal. Jam 11 saya sudah masuk mazafil. Sebelum masuk tidur saya selesaikan satu masalah yang menjawab segala persoalan. Saya hanya mampu berdiam sahaja. tiada apa mampu dilakukan lagi. walaupun sedikit merosakkan mood saya untuk bermajlis tapi saya buat-buat biasa aje :D ape-ape pun yang terjadi hidup mesti diteruskan =) terima kasih atas segalanya.. dan saya akan teruskan juga hidup ini dengan senyum penuh makna..


Esok pagi saya bangun awal lagi. mula bekerja utk masak-masak dan persiapan tempat. Bilik saya perlu di kosongkan. Saya kemas meja dan barang-barang saya. Meja saya diangkut keluar. Almari saya di hantar ke bilik sebelah. Saya seronok mengemas bilik. Tengah hari tu saya potong sayur-sayur dan memasak sehingga lah malam. Kami buat byk kuih muih. Tapi sikit-sikit. ape maksudnya itu? Buat banyak tapi sikit-sikit maksudnye pelbagai jenis tapi kuantiti tidak byk :D hanya ade satu dua jenis kuih saja kuantitinya lebih sedikit. Sehingga jam 12 masih buat-buat keje lagi. jam 1 saya masuk tidur. Saya mimpi seronok. Saya balik malaysia :D tapi mimpi saya sedikit terganggu bila saya dengar alunan music always dari telefon bimbit. Saya kunci handphone pada jam 5. saya terjaga. Kemudian saya tdo semula :D jam 6 saya bngun terus. Saya teringat banyak keje saya belum siapkan.
Jam 12 tengah hari semua kerja siap. Tunggu tetamu datang saja. saya siap berpakaian serba kuning. Lepas zohor majlis bermula. Tetamu ramai datang. Saya dapat cekelet sedap :D terima kasih! Majlis selesai jam 6 petang. Saya kemas-kemas umah sehingga jam 9.45 malam kemudian saya terus tidur..

8 Feb 07

Semalam saya mahu post entry ini tapi selepas berjam-jam saya upload gambar tiba-tiba laptop saya mati mengejut. Saya suka hati :D rasa bahagia ( kawal perasaan gitu ) hari ini saya cuba lagi. Harapnya tidak berulang sejarah semalam.
Petang tadi saya chat sama adik saya. Sekarang ni dia tingkatan 4. tiba-tiba dia cerita suatu perkara. dia cakap ada owng kasi hadiah bestday pada dia. Ya Allah! saya lupa 30 Januari kelmarin ulang tahun kelahiran dia

HEPI BESTDAY KE - 16 KAK CHIK >> moga kak chik lebih dirahmati dan di kurniakan kemudahan dalam segala urusan hidup. May Allah Bless You..

Cerita saya tamat untuk beberapa hari ini.. minta maaf kalau letih membaca :D ( rasa sopan guna perkataan saya ) hikss..

by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 12:08 AM.





Comments: Post a Comment
 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara