...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Tuesday, February 13, 2007


Hari ni isnin 12 - 02 - 07 , sepatutnya kuliah di Rabat bermula harini. Jadi seawal pagi saya dah bangun untuk bersiap ke kuliah. Jam 8.45 saya melangkah keluar dari rumah. Hari ini saya jalan lambat-lambat. Saya turun tangga satu persatu. Kenapa jadi begini ? saya tahu jawapannya. Semalam saya bermain-main hingga tidak hingat dunia :D saya lari sana sini. Saya meluncur sambut bola. Saya sangat aktif semalam. Semuanya berlangsung di padang bersebelahan bangunan kedutaan Malaysia di Morocco. Kami pelajar-pelajar wanita meluangkan masa bermain volleyball dan pingpong. Saya rasa bahagia dan seronok semalam :D seronok bermain dengan adik-adik VJ yang sangat aktif. Hampir 2 tahun saya meninggalkan bidang sukan. Semalam saya kembali beraksi gitu. Hee :D rasa seronok. Lainkali saya nak main lagi, biarpun hari ni saya seperti susah untuk berjalan. Urat terkejut agaknya, tiba-tiba aje saya melompat sana sini.
Kembali kepada cerita hari ini..

Hari ini saya ke kuliah. Jam 9.30 saya smpai kuliah. Saya pegi tempat salin jadual. Jadual sudah ade tertampal di sana. Saya tengok dari jauh. Kebiasaan dari kejauhan begitu saya sudah mampu melihat dengan jelas dan saya boleh membaca apa yang tertulis TAPI hari ini.. lama saya amati tulisan itu. Saya tak percaya. Saya tak nampak ape yg tertulis. Saya cuma nampak warna-warna hitam dan juga bentuk-bentuk huruf tetapi saya tak dapat baca dengan jelas. Saya tak dapat mengecam ape yang tertulis. Kenapa jadi begini? Bila saya datang dekat dengan jadual yang tertampal tu, saya amati lagi apa yang tertulis. Saya salin satu persatu. Bila saya tengok di buku kawan arab sebelah saya. ( opss..byknye salah tulis ) saya amati buku kawan saya dari tepi. Number 15 saya nampak 16. Banyaknya saya salah tulis. Perkataan “ Qada’ “ saya nampak tertulis “ Nisa’ “ ( malang sungguh saya hari ini ) sungguh saya tak dapat cam apa yang tertulis itu. Itu tanda-tanda saya akan bercermin mata ke ? harapnya tidak.

Selesai salin jadual saya ke qa3ah tempat belajar. Ustaz tade pun yg datang. Jadi saya terus ke bandar. Hari ni hari paling perlahan saya berjalan. Turun naik tangga bas penuh sopan santun :D kat bndr tadi saya beli hadiah untuk bestday Sheroot esok.. jom ramai-ramai kite wish bestday kat Sheroot. Tunggu hadiah dari kak anis ye Sheroot. Esok kite tgk ape hadiahnya ye.. lepas tu saya ke kedai bunga-bunga. Saya seronok tgk bunga banyak-banyak. Saya amik cium-cium. Bestnyaa bunga >:D< smbil tu sembang-sembang dengan pacik kedai tu. dia cakap pagi tadi ade zilzal. Saya rasa pelik juga. Betul ke ek ? saya jalan-jalan sekitar situ saya pun ade dgr-dgr org cakap tentang zilzal. Mmg betul rupanya pagi tadik sekitar jam 10.30 ade sedikit gempa bumi berlaku di sini. Ainaa beli sekuntum bunga ros merah di kedai tu. saya tak beli. Harganya DH 10 sekuntum. Tak terfikir pun nak beli mulanya. Sbb saya setting dalam mind. ( simpan duit nak balik mesia. Jgn membazir sgt :D ) Tapi bila saya ke kedai ke dua, saya tanya harga, dia cakap DH 3 sekuntum. Hee :D tergugat juga saya mahu membeli. Saya pun tarik 2 kuntum. Satu ros merah, satu ros pink. ( Dalam gambar tu bunga yg saya beli tadi ) Hikss.. lepas beli tu saya rasa seronok sangat, bahagia pun ade juga. Rasa hilang segala sakit pada badan ni. Patut la bila org sakit kat hospital sllu di bawa bunga. Bila dapat bunga rasa bahagia sangat. ( ni bunga hidup ye, bukan bunga palsu tu ) :D

bila tengah hari saya dirumah, tiba-tiba henset saya berbunyi. No Number is calling. Saya angkat. Suara saya dengar macam familiar. Die pun cakap, aniss!! Mel nii.. saya ape lagik.. Mell!!! Napa call..mahal la..dah-dah letak tepon, biar anis call semula. Lepas tu saya pun call kawan baik saya tu. lama kami berborak. Tiba-tiba teringt satu peristiwa masa kami tingkatan 2 dulu. Saya dan Mel pernah bertukar-tukar bunga ros merah masa sekolah dulu. Masa tu org duk sambut valentine. Org lain berjiwang-jiwang. Tapi saya layan dengan Mel aje. Hihi. Masa cakap telefon tadi Mel macam sedih aje sbb saya dah lama tak call dia. Dia cakap kat saya, kalau dia terdengar lagu-lagu tentang sahabat die sllu ingt kat saya. bila tgk cite-cite pasal sahabat pasti die juga akan ingtkan saya. pastu Mel cakap lagi, kadang-kadang smpai dia terfikir, dia sllu ingtkan saya tapi saya ni ingat tak kat dia. Ermm.. mesti la saya ingt kawan-kawan saya. Mmg betul saya dah lama tak call kawan-kawan saya. Lama tak hntr khabar. Sorg lagi kawan saya aishah.. skng ni die kat Maahad Tahfiz. Lama juga saya tak contact dia. Kesian kawan-kawan saya. saya sibuk sampai abaikan mereka. Hermm..tak baik nya..saya rasa bersalah pulak. Saya minta maaf. Nanti saya balik Malaysia kita jumpa ye. Miss you all..

terasa seolah-olah peristiwa hari ini ade kesinambungn pulak. Saya tak pernah beli bunga ros. Hari ni tiba-tiba saya beli. Lepas saya dah beli tu Mel pula call. Dan kami teringat peristiwa kami sama-sama bertukar bunga ros. Masa tu lebih kurang selepas setahun kami berkenalan. Waktu tu hampir sama dengan sekarang. Sekitar bulan 2 begini juga.. kadang-kadang persahabatan itu sangat indah. Membuatkan kita rasa sangat bahagia.. terima kasih teman..

( p/s – sesiapa yang ade pinjam Cd photo impact saya sila pulangkan sbb saya nak format laptop saya. Selagi tak jumpa cd tu saya takkan format. Program tu saya sllu nak gune. Terima kasih atas kerjasama. Hikss..

Ross Merah itu..

Ros merah itu yang kau hadiahkan buatku
Katamu daku sangat kau sayangi
Kerna hubungan yang terjalin amat bermakna buatmu
Ku kenalimu sekian lama
Belum pernah kita dirundang gelora
Sekadar tiupan selembut bayu menggoyah ikatan
Namun semua itu bukanlah pemusnah
Hingga kini kita masih bersama
Biar jauh beribu batu
Kau katakan aku tetap dihatimu
Daku sayu saat ungkapan itu terbit dari kalammu
Terpana seketika membuatku menguntum senyum

Dikejauhan ini sesekali aku alpa
Bukan bermaksud aku melupakan dirimu
Terkadang sesak dek arus kehidupan
Dan semalam kau ungkap padaku
Tika dirimu terkenangkan seorang teman
Aku lah bermain di fikiranmu
Saat dirimu merinduiku
Terkadang kau ragu
Adakah aku disini juga merinduimu
Mungkinkah sia-sia ingatan itu buatku

Aku sekali lagi terkesima
Terngiang di corong talian
Suaramu meredah lautan hatiku
Kealpaan ku kini meleraikan kasihku
ku tahu kau disana menantiku
begitu juga aku
mengingati dirimu suatu yang pasti
kerna teman sepertimu bukanlah pasir
tetapi ia permata dibalik pepasir itu
sukar di cari sukar di temui

dan kisah Ross Merah itu masih kita ingati
setahun perkenalan kau hadiahkan ku Ros merah
ku hadiahkan buatmu jua sekuntum Ros merah
hingga kini masih tersisip rapi kenangan itu
di saat insan lain bersama teman berkasih
kita juga begitu
malahan lebih dari keakraban seorang kekasih
ingatan buatmu itu tetap disini
aku tetap merinduimu seperti jua kamu

buat seorang teman..

* MEL *


by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 5:10 AM.





Comments:
wahhh..MEL..??..tapi nama samaran saya bukan MEL..ertinya bukan saya lah tuh..alaaaahhhh...
 
Post a Comment
 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara