...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Tuesday, May 06, 2008

Hari ni isnin, 05 mei 2008. Cepatnya masa berlalu. Seawal pagi sebelum ke kuliah sudah dapat perkhabaran minggu ini selama 4 hari akan berlangsung 'idrob asatizah' . biasanya kalau ada idrob, kuliah pun akan bercuti. tapi kuliah aku? tidak terpedaya dengan semua itu. kuliah tetap berjalan seperti biasa. ahaks..

harini dapat berita, kuliah dirasat islamiah rabat akan berakhir pada 20 mei 2008. berbaki 15 hari sahaja untuk menghabiskan semua exam, hantar tesis, hantar urud. huhuhu. aku terkejut! tapi tak pelik, sbb perkara sebegini sudah pun biasa berlaku. hiks..

15 hari masih lama berbanding sehari saja peluang untuk aku sempurnakan semuanya. lagi perkhabaran singgah ke pendengaranku. Hari rabu ini hari terakhir untuk aku hantar tesis. relex le..haha. Masih ada seharian esok untuk aku siapkan semuanya. mungkin juga esok ada exam. hehe.. takpelah. itulah namanya pengalaman. barulah mencabar sikit hidup ni berdepan dengan perkara-perkara sebegini. ahaks..

( sempat lagi menulis walaupun tahu begitu banyak kerja menanti ) hehe..

aku perlu tenangkan diri dahulu, sebelum memulakan langkah. hikss..
tata~ doakan aku.

by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 3:49 AM.

(1) comments



Saturday, May 03, 2008

Rasa haru tiba-tiba menyerbu. Mengundang diri bungkam untuk berfikir, apatah lagi untuk bicara. Jelas jua lara masih membara. Biar lama dilepas, namun rangkul itu masih tegar di situ. Sayang untuk alurkan, tetapi sakit jika ditelan.

Atma itu hampir sembuh, tetapi gugusan rama-rama ditabur ke pembaringan buat diri celik. Ingin kongsi rasa bersama bicara bayu malam. Agar terluah derita yang menyesakkan jiwa.

Aku tahu, tuhan tidak akan berikan ujian yang tidak mampu di tanggung hambaNya. Aku ingin dekat kembali, cukup sekadar dekat. Tidak ingin rapat. Tidak ingin rangkul. Tidak jua ingin miliki. Tapi, sekadar dekat sudah cukup buat hatiku berdarah.

Imbas senandung semalam tanpa henti berlegar di khayalan. Masih cerah, jelas terpancar. Aku lihat gelak ceria itu. Aku lihat senyum derita itu. Aku membaca bahasa jiwa itu. Sudah cukup bahagiakah? Tetapi mengapa harus pergi. Aku hanya mampu membaca, belum menghayati.

Hari ini, aku mengenal derita. Mengenal pengorbanan. Cukup untuk aku merasa. Kerana aku pernah memberi derita. Gilirku menerima.


by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 11:12 PM.

(0) comments



Thursday, May 01, 2008


Hati jadi bisu.

Aku melihat sarang itu makin tipis. Ceraian helai-helai dedaun kering hilangkan ampuh. Tiada kudrat untuk bertahan. Tiada jua yang ingin membantu kuatkan kembali. Di biar terus lerai. Kian hancur. Yang hancur itu ingin di’istana’kan. Mencari indah pada lara yang tersinggung. Penuh dursila. Senyum tulus menjadi ragu. Haruskah kepercayaan datang kembali setelah rakus takhta di carik-carik. Mengganti takhta baru ? Bukan di ‘ pasar malam ‘ mudah terjual.

Kubalas sapa terik mentari itu, rangkulan nyaman ingin di beri. Aku sambut, tapi bara membakar susuk tubuhku. Harus aku lepas ! Mindaku lincah mencurah desak. Tapi hati jua lembut mengajar maaf. Sekali lagi minda mengasak, hingga bila terus bermadukan pendam. Hati jadi bisu.


by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 5:40 PM.

(2) comments



 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara