...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Saturday, May 03, 2008

Rasa haru tiba-tiba menyerbu. Mengundang diri bungkam untuk berfikir, apatah lagi untuk bicara. Jelas jua lara masih membara. Biar lama dilepas, namun rangkul itu masih tegar di situ. Sayang untuk alurkan, tetapi sakit jika ditelan.

Atma itu hampir sembuh, tetapi gugusan rama-rama ditabur ke pembaringan buat diri celik. Ingin kongsi rasa bersama bicara bayu malam. Agar terluah derita yang menyesakkan jiwa.

Aku tahu, tuhan tidak akan berikan ujian yang tidak mampu di tanggung hambaNya. Aku ingin dekat kembali, cukup sekadar dekat. Tidak ingin rapat. Tidak ingin rangkul. Tidak jua ingin miliki. Tapi, sekadar dekat sudah cukup buat hatiku berdarah.

Imbas senandung semalam tanpa henti berlegar di khayalan. Masih cerah, jelas terpancar. Aku lihat gelak ceria itu. Aku lihat senyum derita itu. Aku membaca bahasa jiwa itu. Sudah cukup bahagiakah? Tetapi mengapa harus pergi. Aku hanya mampu membaca, belum menghayati.

Hari ini, aku mengenal derita. Mengenal pengorbanan. Cukup untuk aku merasa. Kerana aku pernah memberi derita. Gilirku menerima.


by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 11:12 PM.





Comments: Post a Comment
 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara