...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Monday, July 28, 2008


Istiadat Konvokesyen Pertama

17 Julai 2008 - Berlangsungnya konvokesyen pertama untuk pelajar-pelajar Malaysia di Morocco. Perasaan? Tak terkata sebenarnya. Di luar jangkaan, semeriah ini sambutan yang dirancang oleh ahli jawatankuasa kerja yang semuanya terdiri daripada junior-junior aku di sini. Sangat terharu melihat kesibukan adik-adik bertungkus-lumus membuat persiapan terbaik untuk majlis tersebut.

( kawan daku, merangkap sedaraku :D )

Dan seperti biasa, Duta Besar T.Y.T Othman bin Samin sentiasa menjadi tulang belakang dalam program-program yang kami laksanakan. Sesi rehearsal sudah cukup untuk kami membaca, diri seorang duta yang sangat bertanggungjawab dan prihatin terhadap kami; pelajar-pelajar di sini. Sinar gelak ketawa semasa rehearsal sedikit mengubat 'rasa kurang sihat' aku. Jubah konvo yang sedikit besar, menggugat keyakinan aku untuk berjalan dengan santai semasa sesi rehearsal. Sekali tersalah langkah, nasiblah. hehe..

( Nurul Anisah binti Nordin - Graduan Universiti Mohammed El-Khomis, Rabat, Morocco )

Alhmdulillah, sehingga akhir program ke esokan nya, tiada perkara yang tidak di ingini berlaku. Ketinggian aku yang agak 'comel' di kalangan kawan-kawan segraduate lain membuat aku berfikir panjang untuk mengoter baju konvo tersebut. Kalau tak dioter, jadilah penyapu sampah yang tidak bertauliah hehe :D dengan kepenatan dan kemalasan yang ada malam sebelum program, setelah berkali-kali, dan berbagai cara aku cuba untuk oter, akhirnya aku mengambil keputusan yang simple dan memudahkan aku, pakai kasut tinggi dan tambah span di bahu jubah tersebut. Selesai. Alhmdulillah, lega bila turun dari pentas tanpa berlaku perkara tidak diingini. Hiks. :D

( berdiri dr kiri : kak ayu, ainaa, kak kay. duduk dr kiri : anis, kak sue, kak iman )

Pada Hari Istiadat Konvokesyen pertama tu, seramai 18orang pelajar Malaysia yang belajar di sini diraikan. 6orang daripada mereka itu lah kami, wanita-wanita yang berwawasan. hehe.. lain2 semuanya lelaki. Alhmdulillah, dapat juga kami menghabiskan pengajian di sini, kepada yang masih meneruskan pengajian, teruskan berusaha. Kejayaan itu ada di mana-mana, asalkan kita berusaha. Gagal sekali bukan untuk selamanya. Jadikan ia titik permulaan kepada kejayaan yang mendatang. Gud luck! Bittaufiq wan najah!

( AJK Istiadat Konvokesyen Pertama )

Ape-apa pun, aku sangat menghargai Istiadat Konvokesyen ini. Terima kasih kepada semua ahli jawatan kuasa. Biarpun banyak dugaan yang dilalui, semua itu menjadi penguat semangat mereka untuk teruskan program tersebut. Tahniah! ( korng mmg best lah! Thanks a lot. )



by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 12:18 AM.

(2) comments



Saturday, July 26, 2008


BAHASA BUMI
Buku Antologi 50 Penulis Luar Negara

Judul: Bahasa Bumi
Genre: Antologi puisi
Penyelenggara: Ainaa Mardhiah Suhaimi, Syazlin Sazali, Maisarah Shukri
Halaman: 190
Penerbit: GKLN Publishing House
ISBN: 978-983-44127-2-2
Tahun: 2008
Harga: RM15

BAHASA BUMI merupakan naskhah pertama Grup Karyawan Luar Negara yang menghimpunkan sejumlah 50 orang penulis luar negara termasuk Zaid Akhtar, Muhaimin Sulam, Fahd Razy, Hafez Iftiqar, Adibah Abdullah, Siddiq Osman, Ainaa Mardhiah Suhaimi, Syafiq Zulakifli, Alirfan Jindullah, Lailati Mahat, Al-Fannani dan ramai lagi. Para penulis ini kesemuanya sedang menuntut di pelbagai institut pengajian di seluruh dunia termasuk Sudan, Maghribi, Mesir, Jordan, Jepun, India, Indonesia, Australia, Jerman, Republik Czech, United Kingdom, Ireland, dan Amerika Syarikat. Keseluruhan karya mempamerkan kepelbagaian tema dan teknik, merangkumi sejarah, politik, falsafah, tarbiah dan dakwah, isu-isu semasa dan global, selain kemanusiaan dan kemasyarakatan. Usaha mengumpul 50 penulis luar negara ini akan dijadikan aktiviti tahunan penerbitan GKLN sebagai usaha menyemarakkan lagi kegiatan penulisan dari khalayak ini. Turut termuat 5 buah puisi yang telah memenangi Sayembara Puisi Islami Maghribi 2008 (SEMPURI) yang berlangsung pada awal tahun 2008.-GPH-

Karya Anis Nordin yang terdapat di dalam Antologi ini ;
1) Gapai enggan bersambut.
2) Ruang Katarsis
3) Mencari Lurus ( Tempat ketiga Sayembara Puisi Islami Maghribi 2008 ( SEMPURI)

Berminat dengan puisi? Dapatkan segera, terbaru di pasaran. Hantarkan nama beserta alamat kepada saya, saya sedia membantu anda mendapatkan buku ini. Cepat sebelum kehabisan stok. hiks.. ;)
Kembangkan minda dengan penulisan kreatif. Berdakwah dengan mata pena!

by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 7:00 PM.

(0) comments



Sunday, July 20, 2008

Ceritera tersimpan.


( lokasi Hari Diskusi Penulisan Islam - ruang tamu kediaman rasmi Duta kami :D )


Hari Diskusi Penulisan Islam ( 5 Julai 2008 )

Walaupun sudah lama berlalu, tapi kehangatan masih aku rasa. Bukan apa, sbb sijil program tu baru aje dapat beberapa hari lepas. Hehe.. thanks kepada pihak penganjur ( rasanya aku tergolong dlm penganjur jugak kot..hiks.. ) banyak dugaan kami lalui untuk jalankan program ni, dengan kekuatan sabar yang tinggi, Alhmdulillah, program berjalan juga hingga ke akhir walaupun ada serba sedikit masalah teknikal. Tapi tidaklah begitu rasa ralat sbb tema program pun berasaskan 'santai'. Mmg sangat santai berprogram di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Maghribi. Terima kasih kepada T.Y.T Othman Samin, atas sokongan yang begitu padu kepada kami untuk jalankan program ini. Biarpun pesertanya kurang 30 orang tapi sudah cukup membuka mata orang sekeliling, kami di kelompok minoriti mampu melakukan program sebegitu.


( sekolahku )


Terkenang Al-Irsyad

Sejak kebelakangan ini, sering aku terkenang zaman persekolahan dulu. Rindu mungkin. Dulu bila aku tanyakan pada Muallim@Muallimah di sekolah, kebanyakan mereka akan mengatakan zaman sekolah paling seronok. Aku pun pelik, kenapa ya ? Tapi, kini aku merasakannya. Sekolah itu memang menyeronokkan. Jika orang lain kepenatan ingin menyebut nama sekolah yang mereka pernah bersekolah, aku lain halnya. Seawal darjah 1 sehingga ke penghujung perjuangan tingkatan 5. Hanya di situ dunia kecilku. Hampir sebahagian hayatku di situ. Aku merasakan kemanisannya. AL-IRSYAD ISLAMIC SCHOOL. Dunia persekolahan yang mencatatkan turun-naik, gagal-jaya, jatuh-bangun aku. Pernah di kedudukan paling akhir, pernah jua di kedudukan teratas. Semuanya menjadi kenangan yang mendewasakan aku. Jadi kanak-kanak memang seronok. I wanna be kids again!.


( mekasih ntuk adik2 Rabatian.. sori xdpt dtg mjlis perpisahan tu -pndai pilih hadiah pink ye- )


Aku Penjajah Ijazah

Lama sudah tidak aku naik ke pentas untuk mengambil anugerah yang berkaitan dengan pelajaran. Kalau dulu selalu dapat anugerah masa Yaumul Ihtifal di Al-Irsyad. Berakhirnya persekolahan di Al-Irsyad membuat aku hilang arah mencari hala seterusnya. Manusia merancang, Allah jua merangang tapi perancangan Allah itu lebih sempurna. Tanpa sedar, berakhir sudah 3tahun aku di Morocco. Aku sudah pun menjadi graduan Universiti Mohammed El-Khomis, Rabat. Dulu sering di bicarakan tentang 'berjaya hingga ke menara gading' , ' berjuang menuju menara gading' . Sudah sampaikah aku ke 'menara gading' itu? Yang pasti, perjuangan menuntut dan menggeladah gedung ilmu itu bukan berhenti di sini sahaja.


Layung sepi bukan warna duka,
bayu riang tidak jua meniup bahagia.
Saat diri berkilau gemerlap
samar buram memanggil riang.
Saat diri kelam suram
cahaya bulan menerang ancala.


by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 8:09 PM.

(0) comments



Wednesday, July 09, 2008



Gugus kelopak itu seperti kukenal, mungkinkah? Layarku memaparkan hamparan yang pernah kukenali dulu. Aku seperi tahu, sedang ada yang bermain di wilayah berjinak-jinak. Aku hilang punca berkata-kata. Mungkinkah aku lewat, lambat. Mungkin jua bayangku sudah dikambus, agar tidak muncul lagi. Aku tidak ketahuan.

Aku ingin lakukan sesuatu, mungkin merubah segalanya. Aku perlu,sehingga larut mana akan mampu untuk aku bertahan. Cukup seketika membuat aku masak menilai segalanya. Sedalam manapun aku simpan, aku pendam. nyata masih jua nyata.

Detik pawana menuip aksara bukan mataku menilai rupa, tetapi atma membuih harum. Nantikan khabar jinak. Merangkak ke puncak ancala.


by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 7:28 AM.

(2) comments



 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara