...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Sunday, July 20, 2008

Ceritera tersimpan.


( lokasi Hari Diskusi Penulisan Islam - ruang tamu kediaman rasmi Duta kami :D )


Hari Diskusi Penulisan Islam ( 5 Julai 2008 )

Walaupun sudah lama berlalu, tapi kehangatan masih aku rasa. Bukan apa, sbb sijil program tu baru aje dapat beberapa hari lepas. Hehe.. thanks kepada pihak penganjur ( rasanya aku tergolong dlm penganjur jugak kot..hiks.. ) banyak dugaan kami lalui untuk jalankan program ni, dengan kekuatan sabar yang tinggi, Alhmdulillah, program berjalan juga hingga ke akhir walaupun ada serba sedikit masalah teknikal. Tapi tidaklah begitu rasa ralat sbb tema program pun berasaskan 'santai'. Mmg sangat santai berprogram di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Maghribi. Terima kasih kepada T.Y.T Othman Samin, atas sokongan yang begitu padu kepada kami untuk jalankan program ini. Biarpun pesertanya kurang 30 orang tapi sudah cukup membuka mata orang sekeliling, kami di kelompok minoriti mampu melakukan program sebegitu.


( sekolahku )


Terkenang Al-Irsyad

Sejak kebelakangan ini, sering aku terkenang zaman persekolahan dulu. Rindu mungkin. Dulu bila aku tanyakan pada Muallim@Muallimah di sekolah, kebanyakan mereka akan mengatakan zaman sekolah paling seronok. Aku pun pelik, kenapa ya ? Tapi, kini aku merasakannya. Sekolah itu memang menyeronokkan. Jika orang lain kepenatan ingin menyebut nama sekolah yang mereka pernah bersekolah, aku lain halnya. Seawal darjah 1 sehingga ke penghujung perjuangan tingkatan 5. Hanya di situ dunia kecilku. Hampir sebahagian hayatku di situ. Aku merasakan kemanisannya. AL-IRSYAD ISLAMIC SCHOOL. Dunia persekolahan yang mencatatkan turun-naik, gagal-jaya, jatuh-bangun aku. Pernah di kedudukan paling akhir, pernah jua di kedudukan teratas. Semuanya menjadi kenangan yang mendewasakan aku. Jadi kanak-kanak memang seronok. I wanna be kids again!.


( mekasih ntuk adik2 Rabatian.. sori xdpt dtg mjlis perpisahan tu -pndai pilih hadiah pink ye- )


Aku Penjajah Ijazah

Lama sudah tidak aku naik ke pentas untuk mengambil anugerah yang berkaitan dengan pelajaran. Kalau dulu selalu dapat anugerah masa Yaumul Ihtifal di Al-Irsyad. Berakhirnya persekolahan di Al-Irsyad membuat aku hilang arah mencari hala seterusnya. Manusia merancang, Allah jua merangang tapi perancangan Allah itu lebih sempurna. Tanpa sedar, berakhir sudah 3tahun aku di Morocco. Aku sudah pun menjadi graduan Universiti Mohammed El-Khomis, Rabat. Dulu sering di bicarakan tentang 'berjaya hingga ke menara gading' , ' berjuang menuju menara gading' . Sudah sampaikah aku ke 'menara gading' itu? Yang pasti, perjuangan menuntut dan menggeladah gedung ilmu itu bukan berhenti di sini sahaja.


Layung sepi bukan warna duka,
bayu riang tidak jua meniup bahagia.
Saat diri berkilau gemerlap
samar buram memanggil riang.
Saat diri kelam suram
cahaya bulan menerang ancala.


by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 8:09 PM.





Comments: Post a Comment
 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara