...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Thursday, May 31, 2007


30 May 2007

( 01:37 am )

Malam ni bulan cerah sangat, bintang pun cantik. Aku sama-sama renung bintang dan bulan tu dengan kawan-kawan. Mencari sesuatu dalam renungan itu. Bahagia mungkin?

Sesekali bayu malam menyapa wajah. Lemas seketika ditelan sejuk. Yang pasti semua itu sedikit mencuit hati kecilku, berfikir sambil jauh termenung. Lahir satu perasaan yang sukar di tafsir. Biasa la malam-malam layan perasaan gitu..huhu.

Esok aku ade exam. Baru je kejap tadi dalam jam10 malam aku tau. Ku ingatkan esok hari untuk ku rehat2. meleset tangapan ku kali ini. Sejam lebih ku membaca. Pastu aku dah pusing2. fikiran aku ke tempat lain.. mata ku membaca nota..masuk ke tidak macam tu tuh? Hehe. Baik masuk tdo je anis :P so aku pun duk la lepak2 kat katil. Main2 bebe, sengaja buka tingkap tepi katil. Nk tgk bulan ngn bintang lah kata kan.. sempat lagi kunci jam awal sekitar jam 3pg gitu. Nk bngun study lah konon. Hehe..kalau dah tdo pn dekat jam 2 ade harapan ke nk bngun jam 3 tu ek … hiks..

( 08:46 pm )

Alhamdulillah..walaupn exam hari ni secara tiba-tiba aku dapat la juga jawab. Syafawi Harakat Islahiyyah. Dengan gembiranya aku pulang kerumah. Panas betul hari ni. Kepala aku mula berdenyut-denyut. Smpai ke tika ini masih lagi berdenyut. Harini adik junior aku buat majlis sikit. Sibuk la kami buat kuih muih. Takde la banyak. Dua jenis je pn. Saje buat gempak. Keje aku cam bese la..nk mengadun segala tu tak pndai. Aku tau kelim lipat2 kan tepi karipap tu je. Kerja seni org kata. Hehe.

Aku mengharapkan wehdah sem 2 yg aku bawa kali ni dapat lulus dengan baik. Sejak tahun lepas aku belajar Harakat Islahiyyah ni. Tahun lepas dah lulus tapi madah lain dalam wehdah tu aku kantoi sikit. Ade lagi 2 madah tu ust yg sama ngajar. Risau la jugak aku kalau tak dapat lulus juga dengan madah yg 2 lagi tu. Caiyok2!!

Bila mengulang ni aku ingatkan gune muqarrar yang same lagi. Upenyer tidak. Terutama dalam harakat islahiyyah ni. Tahun lepas gune buku Dr.Yusuf Qardhawi pasal harakat2 tu. So banyak cite pasal manhaj2 die gitu la.. tapi tahun ni lain pulak muqarrar nye.

Yg buat aku sedikit tertarik dalam muqarrar kali ni menceritakan tentang kemasukan agama islam di India. Negara Shah Rukh Khan tu.. asal usul negara papa ku juaa..ahakss.. banyak la juga cabaran yg di lalui masa nk mula masukkan pegangan islam kat India ni.

Mula-mula masuk islam kat India ni, salah seorang pimpinan yang kuat dalam usaha menyebarkan dakwahnya bernama Jalaluddin Muhammad Akbar. Dia ni dikatakan sebagai pemerintah yang sebenar2 adil, juga seorang musleh yang benar-benar musleh pada awal dakwahnya. Sangat mementingkan usuluddin. Menjaga segala amal kebajikan dalam islam. Beliau mula memerintah pada usia 14 tahun. Dan memerintah selama 50 tahun. Pada awal 20 tahun pertama dakwahnya berjalan baik. Ajak org pi solat kat masjid, ihtiram ulama, solat awal waktu, sllu pegi haji dan banyak lagi la amalan2 baik yang di amalkan dan diseru pada penduduk di India ni. Oleh kerana terlalu menghormati ulama, tiap2 tahun die akan pegi haji dan melawat kubur tuan guru nya.. Sheikh Salim Syisyti ( kalau slh eja betulkan saya ). Kerana taksub pada gurunya juga die menamakan anaknya sebagai Salim Syisyti juga, tapi anak die ni lebih dikenali sebagai Jahangir.

Jalaluddin Muhammad Akbar ni juga takkan mulakan kerja atau kata-kata tnpa melafazkan "ya hadi ya mu3ayyan" lafaz ini seolah-olah memberi satu kekuatan padanya ( mcm sumber inspirasi lah kot ) bile nk ngapal ke ape ke.. die sebut dulu ayat tu, pastu mudah la pada die untuk mengafal. Gitu la i3tiqad die lebih kurang.

( peringtan : mula2 dia ni mmg tegakkan islam..pastu kang jap agik tgk la ape jadi, baca dengan sabar kalau nk tahu maklumat lanjut..huhu )

Kemudian…

Dia ni bagus..sllu kumpulkan fuqaha, ulama sunni dan syiah untuk berbincang tentang masalah perbezaan mazhab. Perjumpaan ni di buat kat tempat khas nama die Fatihpur Sikri.. dinamakan perjumpaan ni sebagai Ibadat Khanah. ( Ibadat Khanah ni di buat pada setiap petang khamis je ) satu petang khamis pada tahun 1578 ade la macam perbincangan gempak sket gitu. Pasal masalah2 dalam agama lebih kurang ( actually tak faham sgt ape die nk smpaikan kat sini ) tapi yang lepas kejadian tu.. Jalaluddin Muhammad Akhbar ni nak buat agama baru plak dah. Namanya Din Ilahi. Dengar nama macam sedap je kan, tapi jgn terpedaya. Din Ilahi ni die gabungkan antara Islam dan Hindu sbbnya dia nk penduduk India ni sefahaman. Kiranya dia satukan 2 agama dan ambil jalan tengah menyelesaikan masalah. Pastu dia tukar dari kalimah " Allahu Akbar" kepada " jalla jalaluhu " . pastu byk lagi lah kesesatan yg di bawa. Antaranya sujud pada pemerintah, haram makan daging lembu, bawang putih dan bawang besar, memerangi org yg belajar bahasa arab, tak bleh azan dan solat jemaah, pastu di keluarkan arahan kene tukar nama kepada islamiyyah gitu ( sbb nama dia sendiri pn islamic2 gitu kan )

Agama Din Ilahi ni wajib dianuti oleh seme org hindu dan islam kat India masa tu. Gitu lah sket2 pasal kesesatan yg di bawa oleh Jalaluddin Muhammad Akhbar ni. 20 tahun utama pemerintahan die sgt bagus tapi lepas tu dia mula sesat secara tiba2. dan fahaman dia ni di teruskan oleh anaknya Jahangir tu.

Cite seterusnya smbung lain kali eh ;-)

Kalau ade kesilapan maklumat atau kesalah fahaman sila lah betulkan. Ni daku tulis berdasarkan apa yg ku belajarlah. Gune muqarrar yg ust kasi. Saje kongsi ilmu sket. Anyway..lenkali aku smbung lagik.. Insyallah..

Wassalam..


by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 6:22 AM.

(0) comments



Tuesday, May 29, 2007


ASSALAMUALAIKUM!!!

Haa!!terkejut tak?? hehe..lama kan aku tak update. bukan lah busy mane pn. Malas je sket. tambah plak ngn internet lmbt gitu. penyakit M tu jadi mudha3afah sket la..double recharge gitu :D banyak peristiwa2 yg berlaku sepnjang aku menyepi ni. terlalu byk..
ku cite la sket yg terbaru, daku baru je balik exam syafawi madah Tarikh Islam ( Tarikh Maghrib actually ) so cam ne exam? soalan biasa lah tu kalau kuar dari qa3ah. kalau masuk istidrak pn ku tak ralat. itu lah jawapan aku mampu kasi. 6/7 jun ni result exam keluar. so nnt kan lah ape terjadi.

lusa ( 31 may 07 ) ade lagi 2 exam syafawi. madah yang sangat PANAS gitu.. kenapa eh? ade la sbb nye.. dalam masa beberapa hari ni ( kurng 5 hari ) daku kene siap kan paling KURANG 7 urudh utk madah yg akan ku hadapi exam nyer lusa.. ahakss..panas tak panas madah itu kene hadapi gak. setiap kali kelas utk madah ni,2 ustaz yang akan mengajar. kene2 plak madah pasal fikir2 gitu..hadarah cam tu lah..so setiap org ade pendapat sendiri.. bile dalam satu kelas 2 ustaz kawal..udah nye dua2 ustaz tu pulak duk berdebat nak menangkan pendapat masing. berebut pulak nk pegang microfon.hehe.ragam manusia.tak pe la.. madah ni mmg pening sket la bagi aku.payah nk blh faham dalam kelas. sbb byk sgt fikrah yang di keluarkan. pulak tu, tak terang perabis lagik satu fikrah..dah keluar fikrah lain.. adeh!! tak pe laa..yang penting dah ade photocopy nota yg teball gitu bleh la baca. tapi kalau di tanya soalan luar dari nota tu cam ne eh? huhu..

aku rasa dah dekat sebulan aku mula exam tapi tak abis2 lagik. biasa lah bile exam tak berjadual ni. dalam kesibukan gini sempat lagi aku merelease tension dengan cara2 tersendiri..seminggu lepas aku pi baca novel smpai abis. dalam 4-5 ratus m/s kot novel tu.esok nye ade exam. malam tu aku ngadap ' nota cinta buatmu' novel alaf 21..kire nota gak lah kan..huhu. sib baik exam esoknye bleh jawab.kalau dah baca buku sekolah tak jalan gak pape bek ku kemas letak molek2 atas meja dan cari satu mende yg blh kembalikan semngat membaca =) tak gitu?

dalam sibuk2 gitu gak pada hari yg lain...ku pi layan movie. movie ape? cite melayu budak2 tu..tentang bulan. sape dah tgk? ape pendapat korg pasal cite ni ek? hmm..lepas aku tgk cite ni byk gak la aku blh buat kesimpulan nya. satu je la aku cakap kat sini. cite tu seolah2 utk merialisasikan impian remaja, bukan kanak2 sekecil itu.kalau kite bagi adik kecil kite umur 9-10-11 tahun tgk cite gitu dorg faham tak mesej yg nk di smpaikan. kalau yg menonton cite tu sekitar umur belasan 15-16 and seterusnye aku rasa agak sesuai la.. pendapat aku la..sbb bagi aku cite tu menerapkan pemikiran remaja dalam diri kanak2. gitu la pendapat aku.. setiap org ade pendapat sendiri.. tapi okey la cite tu..aku suuuke sgt pemandangan sekeliling die..besttt..teringat kat kampung ;)

kelmarin sorg kawan aku kasi satu cite suh aku tgk..cite kansen..ehehe..jepun agaknye..aku tgk gak la..kejap je pn cite tu.. seram katanya..aku pn tgk la..huh! main ngn darah..cite kat hospital gitu. adeh! abis tgk cite tu kepeningan melanda diri ini..huhu..jgn la bagi aku tgk cite darah2 gini
lagik..huhu..seraamm..
ape lagi aku buat ek..haaa!round mega mall..ape je ade kat sane? ntah..aku pn tatau..ayam biskut kot..hik hik hik..
moral : jgn jadi cam aku..buat keje kurang berfaedah masa bulan peperiksaan =)

ku rasa sepnjang musim exm ni paling byk ku menulis sajak..pelik tul..time free2 tade keje gitu tade plak ku buat sajak. idea kosong. bile dah tension2 ngn exam ni mencurah2 idea..satu kejadian yg pelik ku rasa..huhu..tak pe la..kurniaan tuhan..kite kene hargaii. terima kasih! =) dan aku rasa bende tu mengurangkan tekanan aku dengan exam..best2..

alahaii..aku rasa melalut dah bende aku cite..adeh!..meluat lah pulak baca balik..hikss..
hmm..aritu aku jalan2 dalam bilik aku terpandang kat laptop kawan aku satu lirik lagu. lagu nye aku tak penah dengar lagik.. so aku pn baca la lirik lagu tu..macam ade kuasa menarik aku pada lirik lagu tu..ahakss.. aku pn terus je la amik lagu tu.pastu baru dengar kat mp3 nset aku..hmm..blh la tahan. dah pun aku upload kat sini..kalau suke, dengar..kalau tak suke, diam sudah..huhu..---terlalu cinta - rossa ---

okey laa..ku dah kehilangan idea..jmpe lagi lain kali... ;) ( daku bukan tade tangan untuk update blog..tgk ler..dah ku update..huhu ) jgn byk perli..jgn byk main..ku hempok kang! :P

by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 7:20 PM.

(1) comments



 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara