...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Thursday, May 31, 2007


30 May 2007

( 01:37 am )

Malam ni bulan cerah sangat, bintang pun cantik. Aku sama-sama renung bintang dan bulan tu dengan kawan-kawan. Mencari sesuatu dalam renungan itu. Bahagia mungkin?

Sesekali bayu malam menyapa wajah. Lemas seketika ditelan sejuk. Yang pasti semua itu sedikit mencuit hati kecilku, berfikir sambil jauh termenung. Lahir satu perasaan yang sukar di tafsir. Biasa la malam-malam layan perasaan gitu..huhu.

Esok aku ade exam. Baru je kejap tadi dalam jam10 malam aku tau. Ku ingatkan esok hari untuk ku rehat2. meleset tangapan ku kali ini. Sejam lebih ku membaca. Pastu aku dah pusing2. fikiran aku ke tempat lain.. mata ku membaca nota..masuk ke tidak macam tu tuh? Hehe. Baik masuk tdo je anis :P so aku pun duk la lepak2 kat katil. Main2 bebe, sengaja buka tingkap tepi katil. Nk tgk bulan ngn bintang lah kata kan.. sempat lagi kunci jam awal sekitar jam 3pg gitu. Nk bngun study lah konon. Hehe..kalau dah tdo pn dekat jam 2 ade harapan ke nk bngun jam 3 tu ek … hiks..

( 08:46 pm )

Alhamdulillah..walaupn exam hari ni secara tiba-tiba aku dapat la juga jawab. Syafawi Harakat Islahiyyah. Dengan gembiranya aku pulang kerumah. Panas betul hari ni. Kepala aku mula berdenyut-denyut. Smpai ke tika ini masih lagi berdenyut. Harini adik junior aku buat majlis sikit. Sibuk la kami buat kuih muih. Takde la banyak. Dua jenis je pn. Saje buat gempak. Keje aku cam bese la..nk mengadun segala tu tak pndai. Aku tau kelim lipat2 kan tepi karipap tu je. Kerja seni org kata. Hehe.

Aku mengharapkan wehdah sem 2 yg aku bawa kali ni dapat lulus dengan baik. Sejak tahun lepas aku belajar Harakat Islahiyyah ni. Tahun lepas dah lulus tapi madah lain dalam wehdah tu aku kantoi sikit. Ade lagi 2 madah tu ust yg sama ngajar. Risau la jugak aku kalau tak dapat lulus juga dengan madah yg 2 lagi tu. Caiyok2!!

Bila mengulang ni aku ingatkan gune muqarrar yang same lagi. Upenyer tidak. Terutama dalam harakat islahiyyah ni. Tahun lepas gune buku Dr.Yusuf Qardhawi pasal harakat2 tu. So banyak cite pasal manhaj2 die gitu la.. tapi tahun ni lain pulak muqarrar nye.

Yg buat aku sedikit tertarik dalam muqarrar kali ni menceritakan tentang kemasukan agama islam di India. Negara Shah Rukh Khan tu.. asal usul negara papa ku juaa..ahakss.. banyak la juga cabaran yg di lalui masa nk mula masukkan pegangan islam kat India ni.

Mula-mula masuk islam kat India ni, salah seorang pimpinan yang kuat dalam usaha menyebarkan dakwahnya bernama Jalaluddin Muhammad Akbar. Dia ni dikatakan sebagai pemerintah yang sebenar2 adil, juga seorang musleh yang benar-benar musleh pada awal dakwahnya. Sangat mementingkan usuluddin. Menjaga segala amal kebajikan dalam islam. Beliau mula memerintah pada usia 14 tahun. Dan memerintah selama 50 tahun. Pada awal 20 tahun pertama dakwahnya berjalan baik. Ajak org pi solat kat masjid, ihtiram ulama, solat awal waktu, sllu pegi haji dan banyak lagi la amalan2 baik yang di amalkan dan diseru pada penduduk di India ni. Oleh kerana terlalu menghormati ulama, tiap2 tahun die akan pegi haji dan melawat kubur tuan guru nya.. Sheikh Salim Syisyti ( kalau slh eja betulkan saya ). Kerana taksub pada gurunya juga die menamakan anaknya sebagai Salim Syisyti juga, tapi anak die ni lebih dikenali sebagai Jahangir.

Jalaluddin Muhammad Akbar ni juga takkan mulakan kerja atau kata-kata tnpa melafazkan "ya hadi ya mu3ayyan" lafaz ini seolah-olah memberi satu kekuatan padanya ( mcm sumber inspirasi lah kot ) bile nk ngapal ke ape ke.. die sebut dulu ayat tu, pastu mudah la pada die untuk mengafal. Gitu la i3tiqad die lebih kurang.

( peringtan : mula2 dia ni mmg tegakkan islam..pastu kang jap agik tgk la ape jadi, baca dengan sabar kalau nk tahu maklumat lanjut..huhu )

Kemudian…

Dia ni bagus..sllu kumpulkan fuqaha, ulama sunni dan syiah untuk berbincang tentang masalah perbezaan mazhab. Perjumpaan ni di buat kat tempat khas nama die Fatihpur Sikri.. dinamakan perjumpaan ni sebagai Ibadat Khanah. ( Ibadat Khanah ni di buat pada setiap petang khamis je ) satu petang khamis pada tahun 1578 ade la macam perbincangan gempak sket gitu. Pasal masalah2 dalam agama lebih kurang ( actually tak faham sgt ape die nk smpaikan kat sini ) tapi yang lepas kejadian tu.. Jalaluddin Muhammad Akhbar ni nak buat agama baru plak dah. Namanya Din Ilahi. Dengar nama macam sedap je kan, tapi jgn terpedaya. Din Ilahi ni die gabungkan antara Islam dan Hindu sbbnya dia nk penduduk India ni sefahaman. Kiranya dia satukan 2 agama dan ambil jalan tengah menyelesaikan masalah. Pastu dia tukar dari kalimah " Allahu Akbar" kepada " jalla jalaluhu " . pastu byk lagi lah kesesatan yg di bawa. Antaranya sujud pada pemerintah, haram makan daging lembu, bawang putih dan bawang besar, memerangi org yg belajar bahasa arab, tak bleh azan dan solat jemaah, pastu di keluarkan arahan kene tukar nama kepada islamiyyah gitu ( sbb nama dia sendiri pn islamic2 gitu kan )

Agama Din Ilahi ni wajib dianuti oleh seme org hindu dan islam kat India masa tu. Gitu lah sket2 pasal kesesatan yg di bawa oleh Jalaluddin Muhammad Akhbar ni. 20 tahun utama pemerintahan die sgt bagus tapi lepas tu dia mula sesat secara tiba2. dan fahaman dia ni di teruskan oleh anaknya Jahangir tu.

Cite seterusnya smbung lain kali eh ;-)

Kalau ade kesilapan maklumat atau kesalah fahaman sila lah betulkan. Ni daku tulis berdasarkan apa yg ku belajarlah. Gune muqarrar yg ust kasi. Saje kongsi ilmu sket. Anyway..lenkali aku smbung lagik.. Insyallah..

Wassalam..


by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 6:22 AM.





Comments: Post a Comment
 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara