...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Monday, July 28, 2008


Istiadat Konvokesyen Pertama

17 Julai 2008 - Berlangsungnya konvokesyen pertama untuk pelajar-pelajar Malaysia di Morocco. Perasaan? Tak terkata sebenarnya. Di luar jangkaan, semeriah ini sambutan yang dirancang oleh ahli jawatankuasa kerja yang semuanya terdiri daripada junior-junior aku di sini. Sangat terharu melihat kesibukan adik-adik bertungkus-lumus membuat persiapan terbaik untuk majlis tersebut.

( kawan daku, merangkap sedaraku :D )

Dan seperti biasa, Duta Besar T.Y.T Othman bin Samin sentiasa menjadi tulang belakang dalam program-program yang kami laksanakan. Sesi rehearsal sudah cukup untuk kami membaca, diri seorang duta yang sangat bertanggungjawab dan prihatin terhadap kami; pelajar-pelajar di sini. Sinar gelak ketawa semasa rehearsal sedikit mengubat 'rasa kurang sihat' aku. Jubah konvo yang sedikit besar, menggugat keyakinan aku untuk berjalan dengan santai semasa sesi rehearsal. Sekali tersalah langkah, nasiblah. hehe..

( Nurul Anisah binti Nordin - Graduan Universiti Mohammed El-Khomis, Rabat, Morocco )

Alhmdulillah, sehingga akhir program ke esokan nya, tiada perkara yang tidak di ingini berlaku. Ketinggian aku yang agak 'comel' di kalangan kawan-kawan segraduate lain membuat aku berfikir panjang untuk mengoter baju konvo tersebut. Kalau tak dioter, jadilah penyapu sampah yang tidak bertauliah hehe :D dengan kepenatan dan kemalasan yang ada malam sebelum program, setelah berkali-kali, dan berbagai cara aku cuba untuk oter, akhirnya aku mengambil keputusan yang simple dan memudahkan aku, pakai kasut tinggi dan tambah span di bahu jubah tersebut. Selesai. Alhmdulillah, lega bila turun dari pentas tanpa berlaku perkara tidak diingini. Hiks. :D

( berdiri dr kiri : kak ayu, ainaa, kak kay. duduk dr kiri : anis, kak sue, kak iman )

Pada Hari Istiadat Konvokesyen pertama tu, seramai 18orang pelajar Malaysia yang belajar di sini diraikan. 6orang daripada mereka itu lah kami, wanita-wanita yang berwawasan. hehe.. lain2 semuanya lelaki. Alhmdulillah, dapat juga kami menghabiskan pengajian di sini, kepada yang masih meneruskan pengajian, teruskan berusaha. Kejayaan itu ada di mana-mana, asalkan kita berusaha. Gagal sekali bukan untuk selamanya. Jadikan ia titik permulaan kepada kejayaan yang mendatang. Gud luck! Bittaufiq wan najah!

( AJK Istiadat Konvokesyen Pertama )

Ape-apa pun, aku sangat menghargai Istiadat Konvokesyen ini. Terima kasih kepada semua ahli jawatan kuasa. Biarpun banyak dugaan yang dilalui, semua itu menjadi penguat semangat mereka untuk teruskan program tersebut. Tahniah! ( korng mmg best lah! Thanks a lot. )



by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 12:18 AM.





Comments:
congratz kak anis! cepat balik ye ;)
 
waa, seronoknya tgk gmbr2 neh..masing2 tersenyum lebar dlm gambar2 tu..tampak ceria..ntah berpeluang merasainya lg atau x..tahniah di atas kejayaan..semoga sentiasa beroleh kecemerlangan di dunia dan akhirat..

doa2knla agr ana bersama shbt2 len lulus dgn cemerlang tahun ni,insya-Allah..

p/s: Muke macam ustazah Siti Norbahyah la..huhu..lepas ni leh la masuk forum perdana hal ehwal islam..Ustazah Anis..hehe~
 
Post a Comment
 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara