Ehee… hari ni aku byk gelak. Kenapa yer.. mgkin aku cuba mencari kembali ceria dalam hidupku. Aku cuba sebaiknya. Hari ni aku gelakkan diri sendiri, terjaga pagi lambat, aku terlepas satu kelas pagi. Bile kelas ke dua, ustazah buthaina (yang comel dan gebu gitu) hehe. Comel sgt. Aku pun kalah. Haha. Mestilah kalah, sapelah aku ini. keke. Actually, aku buat bahas akhir aku ngn ustazah comel ni. Sesuaikan. Ustazah comel, anak murid pun comel. Hihihi. Aku dah siapkan tasmim aje. Dari sblm cuti ( akhir disember 07 ) ustazah dah suh aku huraikan untuk fasal satu dalam tasmim tu tapi aku tak sempurnakan lagi keje aku. Aku cume ada bahan tapi belum susun dengan baik. Kesimpulannya keje tak siaplah kan. Tadi masa dalam kelas ustazah ni, ustazah asyik pandang aku je. Aduh..aku cuba gak nk sorok2 muke, hehe.. aku kan kecik, tak muat nk nyorok. Hikss.. dalam kepala ustazah tu mesti die fikir, ni la budak yang tak hantar2 lagi keje kat aku. Hehe. Agaknye la kot ustazah fikir gitu, kalau tidak, alhamdulillah lah. Abis je kelas ustazah, aku dengan sepantas lipas kudung menyorok2 kan diri di sebalik dak2 arab sehingga aku berjaya mengeluarkan diri dari kelas. Hehe. Aku berjaya! Hahahah.
Dan aku insaf =) kekeke. Nanti aku buat yer. Minggu depan aku hantar pada ustazah ntuk tashih. Insyallah..
Petang tadi balik umah, aku sekali lagi menggelakkan diri sendiri, aku buat pengumuman satu umah, nampak tak kain batik anis!.. puas aku cari2, kesana kemari. Last2 sorg housemate aku cakap.. ‘ yang atas bahu tu ape. Bukan kain batik ke ‘ hehe. Aku terlupe, rupanya dah aku letak sekali ngn towel. Kekeke. Aku penat gelakkan diri sendiri. Hikss..
Sekarang ni waktu aku study, tapi aku curi waktu japs. Ngntuk ler. Lama tak mengomel kat blog.
Aku ade byk keje bertangguh skngni. Tangguh , tangguh , tangguh. Tanpa aku sedar aku ttb mendapat sikap buruk itu. sejak bile ek.. baru lagi kot. 2,3 bulan lepas. Hehe. Aku ade misi, tapi aku tak jalankan lagi lah. Cane nk berjaya kan. Sherot! Misi! Kekeke.
Puas hati! Aku jarang mengutarakan soalan-soalan peribadi kepada sesiapa sahaja. Jarang juga aku menyentuh soal peribadi. Tapi kali ini aku puas, kerna ku rasa aku perlu bertnya. Aku ingin tahu kedudukan. Cukuplah sekadar tahu. Biar tidak miliki. Aku tersenyum puas. Hehe. Aku ingin, tapi aku tidak layak lagi. Aku pergi..
+ ada yang hilang, ada yang retak, ada yang pecah.. Salahku jua +
+ aku sibuk sikit skng ni. Kuliah dah mule dan aku pun dah mule menulis bahas akhir aku. Maklumat2 dah ade, cume tunggu aku susun dan tambah2 ape yang patut aje. + aku bingung. Kenapa perlu ada benci? Bukankah itu memusnah perasaan. Kenapa perlu ada yang dengki? Perlukah begitu? Sehingga ingin menjatuhkan insan lain. Ragam hati.
+ yang dulu berbicara kini kontang, yang dulu ceria kini haus. Pandanglah menurut amarah, dan jawapannya pasti api. Aku senyum saja. Biasalah manusia.
+ nak balik mesia bila ek? Ramai dah bertanya bila aku nk balik. Aku pelajar tahun akhir? Rasa mcm baru aje smpai, dah nk kene balik ker.. hiks..
+ ada sesuatu bermain di mindaku. Aku cuba hentikan dari terus menjalar. Tapi degil! Apa harusku laku lagi? penat.. cukuplah mencanang yang nista. Carilah tulus. Dan kau akan rasakan tenang. Usah bermain api nanti kau panas.
+ ada yang berteka-teki dengan aku. katakanlah yang benar. usah di putar belit biacara itu. aku ade six sense tau. hehe.
+ bintang terkurung?? aku rindu tulus dan ikhlas itu. yang amat sangat =(