+ aku sibuk sikit skng ni. Kuliah dah mule dan aku pun dah mule menulis bahas akhir aku. Maklumat2 dah ade, cume tunggu aku susun dan tambah2 ape yang patut aje. + aku bingung. Kenapa perlu ada benci? Bukankah itu memusnah perasaan. Kenapa perlu ada yang dengki? Perlukah begitu? Sehingga ingin menjatuhkan insan lain. Ragam hati.
+ yang dulu berbicara kini kontang, yang dulu ceria kini haus. Pandanglah menurut amarah, dan jawapannya pasti api. Aku senyum saja. Biasalah manusia.
+ nak balik mesia bila ek? Ramai dah bertanya bila aku nk balik. Aku pelajar tahun akhir? Rasa mcm baru aje smpai, dah nk kene balik ker.. hiks..
+ ada sesuatu bermain di mindaku. Aku cuba hentikan dari terus menjalar. Tapi degil! Apa harusku laku lagi? penat.. cukuplah mencanang yang nista. Carilah tulus. Dan kau akan rasakan tenang. Usah bermain api nanti kau panas.
+ ada yang berteka-teki dengan aku. katakanlah yang benar. usah di putar belit biacara itu. aku ade six sense tau. hehe.
+ bintang terkurung?? aku rindu tulus dan ikhlas itu. yang amat sangat =(