...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Thursday, June 28, 2007

Kerna hatimu lemah!


Terjerut diri di untaian kasih

kerna mimpi itu buat kau lari

tidak mahu sedar dari nyata

berjalan di hayat dusta.


Hatimu tahu,

sedari berdiri

di pentas tarian pura-pura.

Dan kau jeratkan alpamu di situ

enggan pergi retakkan rasa.


Nyata sudah tiada lagi cinta ;

Mengapa bergelut mencari?

Mengapa menyiksa menanti?


Kerna kau miliki hati lemah

pesongkan sedar mimpi,

diamkan resah jiwa

gundah yang dimiliki terusik.


Dan kau terus mencari epilog kasihmu,

berenang di laut seyuman dusta

redahi bara retakan kaca

atma membukam tiada kata.

Kerna hatimu lemah!


Tika malam kau sapa bayu sepi

merenung bintang menyoal desak

menggamit bulan mengadu pedih

dan kau nantikan bayu,

terbang di alunan mulus

perantara utusan kasihmu.


Bukan berpaling dari bicara hati

andai halilintar menyapa emosi

hilang sudah tulus mengerti

dan mungkinkah untuk di fahami

hatimu lemah untuk nyata

tiada siapa mampu halusi,

kerna hatimu milikmu

dan ke kuatanmu jatuh di kasihnya.


03:19 am

28 Jun 2007


by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 11:25 AM.





Comments:
erm..hebat..!
 
pakar gila gadis ini berpuisi.

tabik!!
 
Post a Comment
 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara