...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Sunday, December 10, 2006

>> Kullu nafsin zaaiqatul maut..

Sepanjang aku kat Morocco ni dah beberapa kali aku terima berita pemergian dari kalangan keluarga aku di Malaysia. Dan yang terbaru, 2 hari lepas kembalinya arwah atuk sedara aku ke pangkuan Ilahi. Kata mama sbb saket jantung. Hmm..moga dicucri rahmat ke atasnya. Seminggu yg lepas anak kepada sepupu aku meninggal. Baby kecil lagi, baru lahir. Jangkitan kuman pada paru2 dan tak dapat di selamatkan. Adik kecil tu cume sempat hidup selama 17 hari. Moga di akhir kelak dia bakal membawa ayahbonda nya ke syurga. Setahun yang lepas pada waktu macam ni jugak aku terima berita pemergian arwah abg ngah aku dan nenek sedara aku. Hmm..itulah cabaran bila duduk di luar negara, menerima segalanya dengan hati terbuka.Aku kat sini hanya mampu berdoa supaya mereka yg telah pergi di masukkan dalam golongan yang beriman..ameen.

>> Bila simpati mengatasi segalanya

Aku perlu membuat sebaik keputusan kerana aku tidak mampu menjadi dua. Susah itu mmg nyata tetapi dengan usaha kejayaan bukan sesuatu yg mustahil. Tetapi aku tidak mampu utk menyatakan keputusan yang bakal mengubah segalanya. Andai tersalah langkah aku yg menerima siksanya. Aku perlu kuat utk lalui hidup ini.. mungkinkah aku hanya perlu menunggu dan melihat..tetapi smpai bila.. kerana lebih lama di biarkan semakin parah luka tersimpan. Sebaiknya boleh dipelihara akan ku pelihara, kerana di masa depan nanti natijahnya akan terpapar.. maafkan aku..hikss..

>> Bila cinta menjadi suci

Insyallah 23/12 ni sepupu aku bakal melangkah ke dunia baru. Alam rumah tangga..tahniah dari ku. Persiapan hampir siap kata mama ku.. besar jugak majlisnye. Ape2 pun tahniah. Terlepas dari satu kerisauan bila cinta sudah kesampaian kepada hajat sebenar. Bulan 2 ni pun ade lagik sorng sepupu aku akan berkahwin. Tahniah2!!.. moga bahagia ke anak cucu..


>> Bila imtihan datang lagi

Aku skng ni dalam musim exam, jadiknyer kesibukan sedikit melanda diriku. Sem ni boleh tahan jugak subjeknyer. Agak susah tapi usaha tetap usaha. Moga aku dan teman2 dapat yg terbaik utk exam kali ni. bila musim exam cam ni masing2 dengan buku ajer. Tade dah buang2 masa tak tentu pasal. Bagus la kan..hehe. gud luck utk sape2 yg bakal duduki peperiksaan. Kalau dapat ust / ustazah yg syadid2 tu byk2 sabar ye..hikss

>> Bila winter melambai-lambai

Selama ni aku dengar kawan-kawan aku cite pasal tukar2 musim ni. selalu jer demam2 laa..sakit2 laa..itu la ini laa..memacam..baru aku terperasan aku pon terlibat ngn mende yg same. Tiap kali tukar musim ade je aku sakit. Minggu ni jer aku demam tak sehat2. pas satu-satu.. benti batuk datang selsema. Benti selsema, termuntah2 pulak. Memacam..sindrom pertukaran musim la kununss..hikss. kene2 pulak kene time exam2 gini..huhu..sabar je. Mmg kene kuat laa. Secara tak lngsung aku dah jadi seorng yg sgt rajin telan ubat. Kalo tak kerana exam..hikss.. ape-ape pun setiap ape yg berlaku tu ade hikmah di sebaliknya..

>> Bila ade yang menyayangi

Kadang2 kite tak sedar ade org sgt menghargai kita. Pada sesorng itu kite sgt bermakna, kite sgt disayangi dan kite sgt diperlukan sebagai teman. Sering aku lalui keadaan sebegini. Dari situlah aku mula menerima sahabat baik. Kerana bersahabatlah dengan org yang ingin bersahabat dengan kita, kite akan nmpk keikhlasan dalam persahabatan yg terjalin.Terima kasih teman..

LOVE - is not only made for lovers, it’s also for friends, who love each other better than lovers


by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 9:23 PM.

(0) comments



Saturday, December 02, 2006

Secebis rasa Sekeping hati

Kadang-kadang sangat sukar bagi kita meluahkan ketidakpuasan hati. Sukar bagi kita mengatakan ' saya tak suka awak buat mcm ni ' hmm..susah kan. Tidak semua org boleh katakan sebegitu. Kebanyakan nya hanya akan cakap belakang. Bukan kerana membenci tetapi kadang kala rasa simpati melebihi, sukarnya utk mengatakan tidak..

Silence is gold, speech is silver - jelas bukan.. diam itu adalah lebih baik, kerana ketidakpuasan hati sering melukakan andai terus di perkatakan. Pastinya mengundang rasa tidak selesa. Takutkan teman terasa dengan sikap kite terlalu berterus terang. Tapi kan.. bila kita tidak berterus terang kita pastikan tersiksa. Hati mana yg perlu di jaga dan hati mana yg perlu di biar terluka..

Ada juga yg sering menyimpan rasa, memendam segalanya sekadar dalam hati tanpa meluahkan. Bukan kerana tidak ingin katakan tetapi terasa itu soal yang remeh dan akan dipandang biasa bagi org lain. Bila diluahkan pastinya akan di tertawakan teman.

Sering juga terjadi bila soal yg sensitif di permainkan. Bagi org lain itu adalah perkara biasa dan sekadar gurauan tapi bagi kita.. kadang kala ia amat melukakan sehingga mampu membuat kita menitiskan kesedihan di hati. Ingin diluahkan sudah jelas di situ teman memandang isu itu sekadar gurauan walhal gurauan itu menyentuh hati biarpun seusaha mungkin kita memaniskan muka tika menjadi bahan gurauan.

Bila kita memendam rasa pasti kita kan tersiksa, bila diluahkan mungkin ade insan lain yg akan terasa. Kadang-kadang teguran tanpa hikmah bukan mengubah teman menjadi lebih baik malahan boleh membuatkan hubungan persahabatan semakin keruh. Adat dalam kehidupan. Ada yg mudah melepaskan ketidakpuasan hati tanpa memikirkan perasaan org lain dan ade juga yang sgt menitik beratkan perasaan org lain ketika ingin menegur walaupun dalam perkara yang sgt remeh.

Sekalipun kita perlu tetapkan pendirian kita dalam hidup ini. Sesekali bukalah minda berfikir tentang perasaan insan lain. Jangan hanya ingin memuaskan hati kita. Jika kita boleh hidup tanpa pergantungan walau sedikit dengan org lain teruskan dengan pendirian kita, andai merasakan kita cukup kuat utk hidup tanpa ada sesiapa disisi membantu.

Sekadar tulisan dikala minda jauh berfikir tentang perjalanan hidup ini..

wassalam

by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 11:09 PM.

(0) comments



 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara