...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Saturday, December 02, 2006

Secebis rasa Sekeping hati

Kadang-kadang sangat sukar bagi kita meluahkan ketidakpuasan hati. Sukar bagi kita mengatakan ' saya tak suka awak buat mcm ni ' hmm..susah kan. Tidak semua org boleh katakan sebegitu. Kebanyakan nya hanya akan cakap belakang. Bukan kerana membenci tetapi kadang kala rasa simpati melebihi, sukarnya utk mengatakan tidak..

Silence is gold, speech is silver - jelas bukan.. diam itu adalah lebih baik, kerana ketidakpuasan hati sering melukakan andai terus di perkatakan. Pastinya mengundang rasa tidak selesa. Takutkan teman terasa dengan sikap kite terlalu berterus terang. Tapi kan.. bila kita tidak berterus terang kita pastikan tersiksa. Hati mana yg perlu di jaga dan hati mana yg perlu di biar terluka..

Ada juga yg sering menyimpan rasa, memendam segalanya sekadar dalam hati tanpa meluahkan. Bukan kerana tidak ingin katakan tetapi terasa itu soal yang remeh dan akan dipandang biasa bagi org lain. Bila diluahkan pastinya akan di tertawakan teman.

Sering juga terjadi bila soal yg sensitif di permainkan. Bagi org lain itu adalah perkara biasa dan sekadar gurauan tapi bagi kita.. kadang kala ia amat melukakan sehingga mampu membuat kita menitiskan kesedihan di hati. Ingin diluahkan sudah jelas di situ teman memandang isu itu sekadar gurauan walhal gurauan itu menyentuh hati biarpun seusaha mungkin kita memaniskan muka tika menjadi bahan gurauan.

Bila kita memendam rasa pasti kita kan tersiksa, bila diluahkan mungkin ade insan lain yg akan terasa. Kadang-kadang teguran tanpa hikmah bukan mengubah teman menjadi lebih baik malahan boleh membuatkan hubungan persahabatan semakin keruh. Adat dalam kehidupan. Ada yg mudah melepaskan ketidakpuasan hati tanpa memikirkan perasaan org lain dan ade juga yang sgt menitik beratkan perasaan org lain ketika ingin menegur walaupun dalam perkara yang sgt remeh.

Sekalipun kita perlu tetapkan pendirian kita dalam hidup ini. Sesekali bukalah minda berfikir tentang perasaan insan lain. Jangan hanya ingin memuaskan hati kita. Jika kita boleh hidup tanpa pergantungan walau sedikit dengan org lain teruskan dengan pendirian kita, andai merasakan kita cukup kuat utk hidup tanpa ada sesiapa disisi membantu.

Sekadar tulisan dikala minda jauh berfikir tentang perjalanan hidup ini..

wassalam

by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 11:09 PM.





Comments: Post a Comment
 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara