assalamualaikum..hehe hari tuh ade sorng kawan mintak tips menghafal al-quran. diri ini sangat lah dhaif dalam hal2 sebegini..ape2 pun..sekadar berkongsi sedikit ilmu..mungkin bukan secara khusus..tapi tips2 nih antara yg penting utk kita istiqamah dalam menghafal kitab suci Al-Quran ni. Antaranya adalah :
Niat yg benar-benar ikhlas dan suci kerana Allah
Niat utk menghafal hanya kerana Allah 3azzawajalla. Jgn sekali berniat utk hal-hal duniawi kerana disitu tidak mungkin terletak keredhaan dari Allah. Redha Allah hanya pada amalan yg ikhlas kerana-Nya
Berdoa dan memohon dipermudahkan oleh Allah
Doa adalah senjata orng mukmin. Dalam apa keadaan sekali pun segalanya dipohon dari Allah. Berdoa lah moga kita dapat menghafal dengan sebaiknya dan dapat menjaga dengan hasil yg terbaik.
Banyak beristighfar dan jauh dari maksiat.
Zikir itu dapat jauhkan diri dari maksiat kerana kita sentiasa menjaga hati dengan mengingati Allah. Lidah yg sentiasa dibasahi zikrullah, hati yg sentiasa mengingati Allah mudah mengingati Kalam Allah. Allah akan mempermudah kan urusan hamba-Nya yg dihati sentiasa mengingti Yg Maha Pencipta.
Sabar dan menanam azam yg kuat.
Kesabaran yg cukup kuat penting dalam usaha kita menghafal kitab suci Al-Quran. Byk ujian bakal menimpa hamba-hamba-Nya yg berusaha menghampiri Yg Maha Agung. Kerana itu lah, azam yg kuat perlu tertanam dihati supaya tidak goyah andai ujian dtng menimpa.
Hiasi hari dengan bacaan dan hafalan al-quran
Jadikanlah al-quran seolah-olah seperti wirid harian kita. Semakin kerap dibaca makin mudah diingati. Semakin kita mandapat redha Ilahi.
cukup setakat ini dulu utk kali ni..insyAllah, kalau ade lagi tips2 lain yg boleh membantu akan cuba dismpai kan..moga kita dipermudahkan dalam segala urusan utk mendapat redha-Nya. wassalam