...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Sunday, June 29, 2008

Menyesal.
Apa blh dikatakan lagi, semuanya telah jelas tertulis, telah aku lalui dan telah aku temui. Beribu kali ungkapan enggan, tidak lagi membawa apa-apa makna tika saat ini. Kata teman ( tak baik menyesal pada sesuatu yang telah tertulis, pasti ada hikmahnya nanti ). Sesuatu yang bukan keinginan, dan berakhir dengan kekecewaan. Apa kesudahan semua ini? Hanya melihat apa yang bakal terjadi akan datang, bukan itu menjadi inginku. Cukup sekali begini, aku tekad. Biar apa pun berlaku, hanya sekali ini sahaja.

Katarsis.
Puisi-puisi indah menjadi teman. Terkadang mengundang lemah, bukan berat untuk menerima tetapi terlalu keras memamah jiwa. Tiada puisi yang haluskah? Gusar juga andai hati memberontak, apalagi mampu dikata. Penjara dunia bakal bertambah saksi. Ruang melepas rindu pasti terkubur. Katarsis.

Bingkisan.
Sedikit cemburu muncul. Entah kenapa. Seperti ada yang akan bermula, dan ada yang bakal di tinggal. Bakal di pinggir jua. Tidak berhak, pasti. Tapi tetap gusar, gusar kehilangan mungkin. Akan kujalani seperti biasa, biar hati sedikit tercuit. Berdekat denganku sekadar ingin dijadikan bonuskah? atau pemudah cara lebih akrab.. akan aku fikirkan yang baik2 sahaja, semoga fikiran masih mengawal emosi.


by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 9:09 AM.

(2) comments



 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara