..bila yang diam ingin bersuara, bukan tohmahan tidak juga cacian tetapi kerimasan didesak manusia..
Apa erti sahabat yang sebenar? Sekeiling mungkin berkata dialah sahabat kamu. Indah sungguh persahabatan kamu berdua. Tapi benarkah ia begitu? Adakah seorang sahabat itu akan membiarkan sahabatnya sendirian di kala memerlukan. Adakah sahabat itu hanya menjadi tempat untuk dihina dan dipermainkan?, agar puas hati memperkecilkan sahabat sendiri sehingga merasa diri begitu hebat. Adakah sabahat itu akan melupakan sahabatnya di saat diri berada di atas sedangkan kamu juga mampu itu begitu tetapi di sembunyikan agar dia sahaja kelihatan hebat. Adakah sahabat itu akan menidakkan kebolehan sahabatnya sendiri. Tiada langsung kata semangat dan tiada rasa cuba untuk memberi inspirasi. Adakah kamu perlu untuk sentiasa mengiakan kata-kata sahabat kamu yang ego dan sentiasa meletakkan diri kamu di tempat terendah agar sahabat kamu bermegah dengan kedudukannya dan merasakan dia adalah terbaik. Adakah setiap apa yang kamu katakan itu di’tidak’kan dan di‘nafi’kan sekadar ingin melihat kamu seakan diperkecilkan dan dia adalah yang terhebat?
Aku sungguh malas melayan kerenah manusia. Biarkan saja yang bermegah dengan kedudukan itu terus bermegah dengan kedudukan yang di miliki. Biarkan saja yang ego itu terus melayan egoistik dalam diri. Biarkan saja yang suka memperkecilkan itu terus memperkatakan apa yang di gemari. Kamu diam sajalah agar tidak terasa di perbodohkan.
Melarikan diri ke dunia luar dan bersendirian aku rasakan yang terbaik saat itu. hidup dengan cara sendiri. Menenangkan diri dari manusia yang kerakusan tempa terhebat didunia. TAPI ada pula fitnah lain yang datang. Memikirkan yang negatif dan sentiasa melontarkan perlian hebat. Memasamkan muka kerana memprotes? Ooh Tuhan ku.. seronoknya manusia mengalimut dan mengumpat tentang apa yang tidak di ketahui kebenaran. Memang begitu sifat manusia bukan? Usah di tidakkan. Aku sangat tahu semua itu akan datang. Aku langsung tidak kisah tentang apa yang di katakan, kerana aku tahu apa yang aku buat. Mereka? Apa tahu? Mengalimut dan mengumpat? Memandang serong dan memasamkan muka? Memerli dan memulaukan?
Apa erti bertudung litup, bangun bertahajud di tengah malam, membasahkan diri dengan zikrullah, dan sentiasa mendekatkan diri dengan Al-Quran sedang sifat-sifat yang keji sekecil itu, yang mampu merosakkan hubungan sesama manusia tidak boleh di hindari? Menutup sikap dengan penampilan yang kelihatan mulia di sisi manusia. Apakah semua itu hanya manusia bertopengkan ........?