...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Thursday, June 28, 2007

Kerna hatimu lemah!


Terjerut diri di untaian kasih

kerna mimpi itu buat kau lari

tidak mahu sedar dari nyata

berjalan di hayat dusta.


Hatimu tahu,

sedari berdiri

di pentas tarian pura-pura.

Dan kau jeratkan alpamu di situ

enggan pergi retakkan rasa.


Nyata sudah tiada lagi cinta ;

Mengapa bergelut mencari?

Mengapa menyiksa menanti?


Kerna kau miliki hati lemah

pesongkan sedar mimpi,

diamkan resah jiwa

gundah yang dimiliki terusik.


Dan kau terus mencari epilog kasihmu,

berenang di laut seyuman dusta

redahi bara retakan kaca

atma membukam tiada kata.

Kerna hatimu lemah!


Tika malam kau sapa bayu sepi

merenung bintang menyoal desak

menggamit bulan mengadu pedih

dan kau nantikan bayu,

terbang di alunan mulus

perantara utusan kasihmu.


Bukan berpaling dari bicara hati

andai halilintar menyapa emosi

hilang sudah tulus mengerti

dan mungkinkah untuk di fahami

hatimu lemah untuk nyata

tiada siapa mampu halusi,

kerna hatimu milikmu

dan ke kuatanmu jatuh di kasihnya.


03:19 am

28 Jun 2007


by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 11:25 AM.

(2) comments



Monday, June 04, 2007

+ baru sehari cuti ku dah mula bosan2 gitu..sepagi ni ngemas bilik, meja segala..kasi clean n clear..sedap sket mata memandang..paham je la bile exam kertas bertimbun2 atas meja. Bile ku ngemas2 gitu dak meja sebelah ni dah perli..’ waahh..anis dah nak balik mesia ‘ hik hik..

+ baru sehari cuti smlm ku dah mimpi 2 perkara..petama ku mimpi muktamar dh berlngsung, kedua ku dah sesiap ngnkut beg turun dari kapal terbang nun..panjang betul angan2..ahakss..tandanya ku dah tak sabar nk pulang agaknye..

+ semalam 2 bende berlangsung..pagi gitu ku ade exam syafawi madah sirah nabawiyyah dan itu lah juga exam terakhir ku untuk sem ini..( selain istidrak ) ihikss.. petang gitu jam 4 ade majlis kat umah baru Duta malaysia ke Morocco. Cantik eh umah die..anggun gitu.

+ ku nk bersukann!! Entah semangat ape datang pada aku ..ttb je rasa nk bersukan.. dah ku suarakan pada sherot selaku s/u sukan dan rekriasi helwi..ade rezeki insyallah bersukan lah kite yer..

+ kenapa ade orang yg langsung tak pandai nak jaga hati org lain even kite dah banyak kali tegur dan nasihatkan ..masih begitu.. takkan tak de usaha nk menjadi lebih baik dari sblm ni. Takkan tak rasa bersalah selalu saketkan hati org kan. pelik juga aku ngn manusia ni. Huhu. Berubah la sebelum kite terus dibenci.. jagalah setiap tutur kata dan perbuatan kite ;-) ..so, same2 kite improve diri kite menjadi lebih baik dari sblm nya.

+ jom smbung cite pasal negara asal usul papa ku..ahakss..


..::Ahmad Sir Hindi::..

Aritu cite pasal Jalaluddin tu kan, dengan segala kesesatan yg di bawa.. masa penghujung pemerintahan Jalaluddin ni telah muncul seorang mujaddid ( pembaharu gitu lah kot terjemahnye ) Namanya Ahmad Sir Hindi. Masa Jalaluddin ( dikenali juga dengan pnggilan Ambrator Akhbar ) masih hidup, dakwah yg dibawa oleh Ahmad Sir Hindi ni tak berkembang, malap2 gitu. Tapi selepas kematian Jalaluddin dan pemerintahan die di smbung oleh anak nye Jahangir, masa tu la Syed Ahmad ni mule dikenali dan dakwah die bawa di terima masyarakat. Dakwah kepada agama yg benar..Islam.
Bila dakwah Syed Ahmad mula berkembang, Jahangir tak senang hati, rasa tergugat dan tercabar.. so die pn suh org pi tangkap Syed Ahmad ni dah masukkan dalam penjara.

Walaupun dalam penjara Syed Ahmad ni masih teruskan dakwah die.. udah nya, pembunuh, perompak, seme2 la org yg dimasukkan dalam penjara dengan kesalahan masing2 masuk Islam. Pastu rakyat2 Jahangir ni marahlah kat Jahangir sbb penjarakan Syed Ahamd ni.. so, Jahangir ni mule rasa bersalah sbb die penjarakan Syed Ahmad tnpa sebab. Lepas kejadian tu Syed Ahmad dibebaskan lah. Pastu Jahangir ni mule sedar yg Syed Ahmad ni baik orgnya.. die pn mula lah buat hubungan diplomatik ngn Syed Ahmad. Ringkasnya..last2 Syed Ahmad ni jadi penasihat pada Jahangir sbb kekaguman Jahangir pada kebijaksanaan Syed Ahmad dan peribadinya juga. Lepas dah jadi penasihat Jahangir tu, Syed Ahmad meneruskan dakwah pada Jahangir. Insap lah Jahangir ni, dan masuk islam.. lepas dah Jahangir masuk islam, peraturan2 yg dibawa agama Din Ilahi yg di pelopori ayah die tu di mansuhkan semuanya. Hidup dorg mula berlandaskan islam. ( alhamdulillah .. )

bersambung…

by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 12:58 AM.

(2) comments



 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara