...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Saturday, March 10, 2007


>> mimpi akan mati ? apakah semua itu..
Longlai aku melangkah ke katil seawal jam 9 malam. Aku tak mampu lagi utk teruskan kata-kata walau sepatah. Sedari aku jam 10.30 malam masih aku blm terlena. Nsetku masih kemas di pegangan tgn, melakar kata-kata penuh makna. Aku sekadar sepi di situ. Tanpa kata tanpa rasa. Diam membisu. Akhirnya terlena juga aku, tapi.. selang beberapa minit aku tersedar dalam suasana yg mencemaskan. Aku seakan hilang punca utk bernafas. Ku celikkan mata. Aduh ! mimpi rupanya. Ku cari nset di celahan bantal melihatkan waktu tika itu. Baru saja melepasi jam 10.45 malam. Aku kembali pejamkan mata. Belum pun sempat aku terlena sekali lagi aku di situasi yang sama seperti tadi, aku dalam keadaan tidak bermaya seolah-olah ingin dibunuh seseorg. Siapakah itu ? tidakku tahu. Ku celikkan mata. Mengucap beberapa kali. Terlintas di fikiranku, andai esok tiada lagi hari utk ku.. Mungkinkah semua itu mainan tidurku ? sekali lagi ku meraba-raba di bawah bantal dalam kegelapan itu mencari nset milikku. Arh..send aje la ! perasaanku menekan fikiranku saat itu. Ku ulang bacaan beberapa kali dan akhirnya aku terlena. Selang beberapa minit aku kembali tersedar. Tepat jam 11.35 malam. Hmm..sekali lagi di himpit mimpi aku dalam usaha utk dibunuh. Hermm..aku sekali lagi mengucap panjang dan ku teruskan lena..

>> belajar dan belajar..
Sehingga hari ini masih banyak assingment yang belum aku selesaikan. Semalam, ku habiskan waktu pagiku di perpustakaan. Bukan aje smlm, sudah 3 kali jumaat berturut-turut aku habiskan masa di perpustakaan. Aku lebih tenang disana. Mengulangkaji pelajaran tanpa gangguan. Tapi cukup sukar utk ku luangkan masa ke sana. Hanya pada hari jumaat, itu pun di sebelah pagi sahaja. Biarpun dalam kesibukan, namun tiap saat dan waktu fikiran aku masih melayang berfikir..tentang apa ? biarlah aku saja yang tahu. Permulaan dan kesudahan sebuah drama kehidupan. Mungkin..

>> maaf..
Aku mohon kemaafan.. tiada kata lagi mampu aku susun. Hanya itu. Mgkin tidak mampu utk meleraikan sebuah kehilangan..maafkan aku andai aku penyebabnya

by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 5:27 PM.





Comments: Post a Comment
 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara