Sederap tapak melangkah Menerusi hari-hari mendatang Penuh yakin agar tidak goyah Bertautkan azam dan tekad Bertunjangkan semangat dan kekuatan Agar esok yang dilalui Lebih indah dari semalam yg dilepasi
Kerana kita pengemis kasih Ilahi Hidup penuh percaturan Tanpa-Nya pastikan jatuh. Dengan-Nya mampu membuatkan Kepahitan itu menjadi manis Derita itu menjadi madu.
Tunduklah, dambalah kasih-Nya Carilah sepenuh redha-Nya Mendoakan langkah yg dipercaturan ini Agar setapak perubahan esok Menjanjikan limpahan rahmat Menongkat tulang belakang Harapan yang di impikan..