...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Friday, November 24, 2006



Hangat Sentuhanmu

Tika semalam seketika aku jatuh
Kau datangi aku dengan selembaran hikmah
Membuat aku tegar utk berdiri kembali
Biar panahan itu menusuk sukma
Kau redakan ia dengan redup kalammu

Kau kata padaku
Hatimu perlu kuat meredah onak
Kau ingati aku
Jangan sekali goyah andai badai melanda
Kerana aku perlu tabah
Kuhimpun bait mutiara di sisipan kalammu
Kerana aku masih anak kecil
Masih mendambakan
Hangatnya bekalan penuh erti darimu

Seketika esok pula
aku masih belum bangun
Dari redupan hati menangis
Kerana esakan itu terus menawan
Melemahkan semangat juangku
Menggugur keyakinan semalam

Tika itu, kau masih tegar bersamaku
Mencari ruang agar aku mampu dipapah
Mencari sudut agar keringatmu,
Mampu membuat aku bngun kembali
Harapanmu itu bermain di suara hati

Agar lusa aku sejernih embun pagi
Bangun dengan penuh kesucian
Mengatur langkah memulakan rentak
Menerima hakikat kehidupan
Terkadang diangkat ke darjat termasyhur
Terkadang jatuh terduduk dibalik kelemahan

22 november 2006 ( 6:34 PM )
Bouhlal, Rabat

by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 5:30 AM.





Comments:
hahaha..sajak siott..ayat power gak..nak ku sambung ker..??..hahaha..meh meh ku sambung..

Bismillahirrahmanirrahim..
sambung ku pada kalam halus..
teman pada si mulus..
yang bertaut di ranting2 persahabatan..

(baru mukaddimah tuh mem..sambung sket)

Bila kau terduduk..
menangis haru dan biru..
dek rasa yang jatuh junam..
tanpa ada hadang..

(amacam?..chewahh..sket lagik..)

rasa atma bagai di hiris..
di koyak rabak..
persis kertas buruk..
di kecamuk..berkesan..
pasti..!!

(atma tuh..uiseh..hahaha..sket lagik)

Susun rasa..ikut aliran iman..
bak sungai nil..
tabah membawa utusan Nya..

(tuh ingatan ku satu..hikss)

Pasrahkan saja..
semua drama menguji diri..
itu ujian dari Nya..

(tuh ingatanku yang no 2..ngeh)

esok..
awan warna hitam kelam..
perlahan terbang pergi..
ikut tiup nya angin..
si manis meditterranee..

(haa ingat tuh..)

esok..
airmata mu..
juga turut mengalir pergi..
menjauh dan jauh..
hingga kering..

(tade dah tangisan..hoiyahhh)

kerna..dari itu..
ada yang terbit kembali..cantik..
seiring dengan embun embun..
dalam hati mu..

(tgk tuh ler hasil nyer..)

pastinya menjadi pancar wajah..
seterang matahari di langit bouhlal..

(apa kes bouhlal..kakaka..so rilek rilek..sabar sabar..dugaan seme tuh..)

fuhhh..30 minit nak siap kan sajak neh..aok kene publish kat blog neh..kakaka..ok

salam..
 
aduhai sahabat...
indah benar setiap kalimah syairmu,
seindahnya bunga mawar yang kembang dari layu,
tertunduk pandanganku kerana puitisnya kalammu,
jiwaku bagaikan keguguran digugurkan oleh baitmu,

namun...
sekelumit pesanan ingin ku lontarkan,
bukan kerana aku fikirkan nilai persahabatan,
tetapi kerana kasih ku kepada sifat keinsanan,
yang kadang2 insan itu alpa kerana mereka itu "insan".

kau tidak seperti mereka,
bahkan kau tidak akan sekali2 menjadi mereka,
berdirinya mereka ibarat kau duduk bersila ,
bersilanya mereka umpama dirimu kaku seketika.

tapak kakimu yang halus murni,
manakan mampu memenuhi tapak mereka yang penuh berduri,
jalan gelap hitam yang mereka lalui,
bukanlah medan mu untuk diredahi,

Di depanmu pantai indah murni untuk bermandi-manda,
mengapa perlu merenangi lautan api yang menyala,
dihujung jarimu punya pena yang tajam terasah,
apa gunanya jika kau biarkan ianya tumpul basah,

seribu kemaafan andainya lontaran ku terlalu deras,
moga kelembutanya ditemui disebalik tabir yang keras,
harapanya juga lontaran ku tepat kegawangnya,
kerna aku sedar di depan ku ialah "ahli sastera"..

akhirnya..
sedikit nukilan ku dari kata pujangga,
untungla kiranya kerna medan mu ada cebisannya,
kerna tidak ku lakarkan melainkan untuk si "dia",
dan pujangga ku juga ditulis bukan kerna "nama".
 
Post a Comment
 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara