Assalamualaikum Bertemu kembali..hehehe.. Kenapa aku letak muke depan novel Pesona Rindu kat entry aku kali nih..haa!! nih ler novel yg aku baru abis baca..tulisan Syarifah Abu Salem..sedap ceritanya..kepada sesape yg ade kat Maalaysia sile dapatkan segera dipasaran..hihihi..aku tertarik dengan keberanian penulis menonjolkan konsep penulisan nye kali ni sbb nye tema penulisan yg penulis gunekan kali nih adalah berkaitan ngn hidup bermadu, dengan kata lain berkongsi suami..atau pun seorng suami yg ade isteri lebih dari sorng..hehehe..atau pun dengan istilah yg lebih sedap dan selesa disebut hidup berpoligami..sebut pasal hidup berpoligami ni..memane pompuan yg sanggup menerima dengan hati terbuke sile lah angkat tgn..hik hik..( gurau jerk ) Memula aku baca novel nih aku cuak jugak laa..yer laa kan, aku nih pompuan jugak..tak kesah laa aku ni budak2 lagik pun, berckp pasal berpoligami nih cerita nih mmg menyentuh hati…dalam cerita nih dier berpoligami dengan kawan baik dier sendiri..huhu. susah nk terima kenyataan tuh..
Seperti yg penulis katakan di awal muqaddimah novelnyer " Hati wanita saya memang sama dengan wanita lain yg menolak bermadu itu hadir dalam kehidupan. Namun fikiran saya pula melihat bermadu dalam dimensi yg berbeza. Kalau selama ini bermadu itu sepahit hempedu bagi kebanyakan wanita, saya ingin menjadikan kehidupan bermadu itu semanis madu itu sendiri. Kalau bermadu itu penuh dendam dan kebencian, saya ingin mewujudkan hormat dan kasih sayang. Jika bermadu itu terseksa dan air mata, saya mahu bermadu itu bahagia dan ceria mesra "
Dengan erti kata lain, hidup bermadu bukan lah ditentang oleh kaum hawa sebaliknyer ia sedikit meenyentuh soal hati yg sememangnya sukar utk dijelaskan. Pada aku..hati wanita mmg cukup keras utk menerima hakikat bermadu..seandainya ia benar2 terjadi dalam hidup sesorng wanita kebnyakkan nya lebih mudah mentafsirkan penerimaan mereka kepada hidup bermadu sebagai "bukan lah menerima tetapi merelakan" . Rata-rata kaum hawa yg ditnya tentang bermadu sememangnya sukar utk menerima tetapi sebagai jalan terakhir dek kerana sayangkan suami sudah tentu merelakan berpoligami. Ada pun sesetengah kes bermadu yg amat sukar utk diterima sehingga menimbulkan perpecahan. Wanita sudah pastinya dikenali dengan sikap emosional berbnding dengan lelaki yg lebih rasional dalam membuat keputusan. Selayaknya hal ini dibincangkan secara hati ke hati. Kerana yg pastinya hati seorng wanita mmg sukar utk dibaca dan ditafsirkan..Ape2 pun jangan lah kerana bermadu itu menyebabkan ukhuwwah sesame islam terlerai.
Hehe..pnjang plak aku bercakap pasal nih..hik hik..tak der pengalaman pon..just cakap2 jerk..sekadar mengeluarkan ape yg terbuku dihati..hihihi..aku pun tak berani nk komen banyak.. yg berpengalaman lebih mengetahui..dan pada aku..hidup berpoligami nih bukan laa aku menetang utk aku sebaliknya seboleh mungkin utk dielakkan..hikss..
Hingga ketemu lagi..
** persis mutiara **
nikmatilah harimu dengan sebaiknya.carilah sesuatu yang dapat mencerahkan penderitaan sebelum penderitaan itu datang menyerangmu