...::: rahsia di kamar hati :::...
header


 auuummm chak!
Thursday, August 03, 2006

KULIM 2 Ogos - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai ditikam oleh isterinya di rumah mereka di Taman Selasih, di sini hari ini.

Mangsa, N. Asaithamby, 44, ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan satu kesan tikaman pada perut, di ruang tamu rumahnya, kira-kira pukul 2.15 petang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supritendan Abdul Majid Hashim berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh oleh isterinya selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Beliau berkata, Asaithamby ditikam dengan menggunakan senjata tajam.

"Mangsa yang bekerja sebagai buruh manakala isterinya baru bekerja sebagai operator kilang di Prai dikatakan bergaduh sebelum kejadian.

"Ketika kejadian, salah seorang daripada tiga anak mereka berada di rumah berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Abdul Majid, ketika polis tiba di rumah mereka, isteri mangsa berada di sisi mayat suaminya sambil menangis teresak-esak.

"Isteri mangsa dikesan membuang pisau berkenaan setelah panik melihat suaminya terkujur di ruang tamu rumah mereka," katanya.


** Sumber : http://utusan.com.my **

Ade yang berpendapat wanita mudah termakan dengan emosi.. Ade yang mengatakan wanita membuat keputusan tanpa berfikir panjang.. buat dahulu menyesal kemudian.
Ape2 pun wanita tetap wanita. Setiap orng mempunyai attitude yg berbeza. Terpulang kepada seseorng individu itu mengawal perasaan dan emosi masing-masing. bukan sahaja wanita mudah terpengaruh dengan emosi malahan kaum lelaki tidak terkecuali. Apabila emosi menguasai diri bukan mudah bagi kita utk mengawalnya.. ** peace **


** persis mutiara **

jangan tangisi aper yg sudah berlalu dan jangan hamburkan airmata dengan sia-sia kerana dengan cara apa pun ianya tidak dapat mengembalikan apa yg sudah berlalu


by : ..adikbebecute.. | Honestly On | 10:25 PM.





Comments:
emosi adalah teman baik wanita..hehe ;)
 
yeah!! betul tuh kak dayah..ade kalanya emosi adalah teman baik wanita..hnya wanita sahaja yg mampu memahaminya :D
 
I had a glass, it is very beautiful and quite fascinating. i'd appreciate it, and care for it! one day, accompanied by a ringing sound of glass was broken. i'm very sorry, links of london was very sorry,
 
Post a Comment
 

[ ...::: rahsia di kamar hati :::... ]


© Hak Cipta Terpelihara