Kekadang terasa menyayangi itu sia-sia.. Terasa jua di sayangi itu sia-sia Bila hati membariskan butir mutiara Tersusun wadah bicara menyayat hati.. Menyentuh sanubari..
Bila sayang sekadar angan-angan.. Mimpi indah dibuaian kedinginan malam Seakan ingatan pada yg tidak mengingati Tinggal lah sia-sia segalanya.. Tersimpul rapi dikotak fikiran..
Tiada harapan yg mungkin Terkapai di ruangan kepulan awanan Biarkan ia hnya di sana.. Kerana tidak mungkin.. Biar pun kata hati tetap inginkan
Tinggal lah segalanya.. Sekalipun hancur luluh hati Biarpun tersungkur di lembaran kesedihan Kerana ia seakan fatamorgana Sia-sia menanti..sia-sia mendekati..
Pergilah.. Sekejam bicara..hati memujuk.. Sayang itu hanya sia-sia.. Meremukkan..menghancurkan.. bertandang disaat kerinduan.. berlalu seakan tidak membawa erti..
hanya hati membaca segalanya.. hati menerima penuh luka dan duka pedih dek kerana sayang yg sia-sia biarkan ia berlalu..mencari kasih yg abadi tidak sekali mengecewakan.. tidak sekali merugikan..